|
(seperti yang disiarkan di dalam akhbar) |
| Siri 12 (akhir) : Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) |
Sijil
Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah
siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan
menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan
Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit
dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh
menyebabkan orang berkenaan didakwa.
CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli. Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju. Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya. |