BUTIRAN |
KETERANGAN |
SEKSYEN C:
BUTIRAN PEMAJUAN |
BUTIRAN PERMOHONAN |
| |
* |
Kod Pemaju |
Nombor pemaju yang diberikan oleh Bahagian Lesen semasa pemaju pertama kali mendaftarkan lesen |
BUTIRAN PEMAJUAN PERUMAHAN |
|
1. |
Nama Pemajuan (Jika Ada) |
Masukkan nama pemajuan (projek) untuk lesen yang dipohon, jika ada. Contoh: Taman Mutiara. |
|
2. |
Fasa (Jika Ada) |
Masukkan nama fasa untuk lesen yang dipohon, jika ada. Contoh: Fasa 3C. |
|
3. |
Jenis Pemajuan |
Pilih jenis pemajuan tanah daripada kategori yang disenaraikan. Jika bukan dalam senarai tersebut, sila nyatakan dalam ruangan yang disediakan.Contoh: Service Apartment. |
| |
4. |
Kaedah Pemajuan |
Pilih kaedah pemajuan daripada dua kategori yang disenaraikan |
| |
5. |
Cadangan Pemajuan |
Pastikan bilangan, jenis kediaman, bilangan tingkat dan kategori kos yang hendak dipohon dalam lesen ini berdasarkan kategori yang ditetapkan sahaja. Jika pemaju memohon untuk membina jenis kediaman 2 ½ tingkat, masukkan dalam bentuk 2.5 pada ruangan bilangan tingkat. Contoh: 22 unit rumah teres 2.5 tingkat kos tinggi |
| |
6. |
Anggaran Jumlah Jualan Bagi Lesen yang Dipohon |
Masukkan jumlah keseluruhan jualan kediaman dalam Ringgit Malaysia untuk lesen yang dipohon sahaja. Ianya tidak termasuk anggaran jualan bagi lesen lain dalam projek pemajuan yang sama. |
| |
7. |
Butiran Proses Pemajuan Projek: |
|
| |
i) |
Kelulusan tukar syarat tanah/Serah Balik Kurnia Semula |
Masukkan tarikh dan no. rujukan surat kelulusan dan notis bayaran bagi tukar syarat tanah kepada perumahan atau bangunan (Borang 7G, KTN) atau untuk Serah Balik Kurnia Semula atau Tanah Beri Milik atau untuk Jadual III (Melaka) atau Skim Perumahan (Perak) (Borang 5A, KTN). |
| |
ii) |
Kelulusan Pecah Sempadan Tanah |
Masukkan tarikh dan no. rujukan surat kelulusan bagi pecah
sempadan (Borang 9A atau 7D, KTN). Maklumat ini tidak perlu
jika ada kelulusan SBKS. |
| |
iii) |
Kelulusan Cantuman Tanah |
Masukkan tarikh dan no. rujukan surat kelulusan bagi cantuman
tanah bagi satu unit rumah yang mempunyai 2 atau lebih hak
milik (Borang 9C, KTN). Maklumat ini tidak perlu jika ada kelulusan SBKS |
| |
iv) |
Sijil Akuan Juruukur Malaysia |
Masukkan tarikh dan no. rujukan Sijil Akuan Lembaga Jurukur
daripada Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia. |
| |
v) |
Bayaran untuk perndaftaran hakmilik individu dan / hakmilik blok |
Tarikh dan no. resit bayaran untuk pengeluaran hakmilik samada
individu atau blok daripada pejabat tanah. |
| |
vi) |
Kelulusan Pelan Susunatur (Layout) |
Masukkan tarikh dan no. rujukan surat kelulusan pelan susunatur berkenaan |
| |
vii) |
Kelulusan pelan Prahitungan (Precomputation) |
Masukkan tarikh dan no. rujukan surat kelulusan pelan prahitungan berkenaan |