Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
English | Chinese Soalan Lazim | Peta Laman | OWA 1GovUC
kpkt jatakpkt title
UMUM PERNIAGAAN WARGA

Etika Penggunaan Internet

 
Etika Penggunaan Internet KPKT
 
 pointer_purple KPKT telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan  penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat.
 
 pointer_purple

Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan:

 
blue Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan (Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000);
blue Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (Pekeliling Am Bil 1/2001 bertarikh 4 April 2001);
blue Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam (MyMIS); dan
blue Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan (PKPA Bil 1 Tahun 2003)
 
 pointer_purple Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) KPKT telah melaksanakan peningkatan infrastruktur keselamatan ICT bagi membendung penularan aktiviti negatif yang mudah dicapai melalui ICT di samping melindungi aset ICT Kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Justeru, beberapa polisi keselamatan ICT  dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut:
 

 

blue Kemudahan Chatting melalui internet dihentikan dan sekatan secara automatik akan dilaksanakan bagi sebarang cubaan akses;
blue Kemudahan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan seperti laman web porno, chat forum, P2P (termasuk KAZAA, Napster) dan sebagainya turut disekat secara automatik;
blue Kemudahan memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan gambar yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan turut disekat secara automatik
 pointer_purple Langkah-langkah pelaksanaan polisi keselamatan di KPKT dilaksanakan untuk tidak menjejaskan sistem ICT di pejabat dan memastikan kelancararan tugas rasmi. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan seperti melayari laman web porno atau memuat turun pelbagai gambar, lagu dan video melalui internet pada waktu pejabat akan menggunakan bandwidth (The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time expressed in bits per second or bytes per second) yang tinggi boleh memberi gangguan kepada sistem rangkaian.
 
 pointer_purple Sekiranya YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mematuhi polisi yang dimaklumkan tetapi masih menghadapi masalah penggunaan internet, sila laporkan kepada Helpdesk BTM di talian 03-8891 5400 untuk tindakan susulan. Jika terdapat keperluan khusus melayari laman web yang telah disekat, sila e-mel kepada kpktsecurity@kpkt.gov.my untuk semakan dan pengesahan.
 
 pointer_purple Pihak BTM akan memaklumkan pelaksanaan polisi ini melalui e-mel rasmi Kementerian. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan amat diperlukan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan masing-masing supaya mematuhi segala polisi keselamatan ICT ini bagi memastikan kelancaran tugas rasmi.
 
   

Kemaskini pada 2015-06-30 09:58:53 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1907
  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
  Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557  talk icon Maklumbalas Portal

  Dasar Keselamatan, Dasar Privasi & Penafian | Peta Laman | Soalan Lazim
  Paparan terbaik dengan skrin beresolusi 1024 x 786 piksel menggunakan browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
 
mla sprm mygov qrcode
 
 
Hari Ini98
Jumlah Pelawat2272345