Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : Teman Pili Bomba

1. Apakah itu Program Teman Pili Bomba?
  Program Teman Pili Bomba berperanan untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan pili bomba dan aset kerajaan untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa semasa berlaku kebakaran. Program ini telah dilancarkan untuk mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
     
2. Apakah jenis-jenis aduan berkaitan dengan pili bomba?
  teman pili bomba
     
3. Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba? 
   
  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan  masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas;
   
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran;
   
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan;
   
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan;
   
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan;
   
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai;
   
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
     
4. Apakah peranan Teman Pili Bomba?
  Teman Pili Bomba berperanan sebagai penjaga dan pelapor kepada JBPM agar pili bomba:
  i. Tidak dihalang oleh sesiapa dengan meletakkan bahan-bahan binaan seperti pasir, kayu, besi, simen atau halangan-halangan lain;
  ii. Tidak ada kenderaan diletakkan ditepi atau di atas pili bomba. (Jika ada, sila laporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Negeri); dan
  iii. Memastikan kerja-kerja membaiki atau penurapan jalan oleh mana-mana pihak tidak menurap atau menurap lubang ‘hydrant pit’. (Jika berlaku, sila laporkan kepada JBPM). 
     
     
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Lebuh Wawasan, Presint 7, 
62250 Putrajaya.

No. Telefon     : 03-8888 0036/37/38/40
No. Faksimile    : 603-8888 0025
E-mel              : korporat@bomba.gov.my
 

  •  
  • Email this page
  • 7154
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 23-07-2019 Jumlah Pelawat : 5344994
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini3441 Minggu Ini6940 Jumlah Pelawat5344994