Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan : Bomba Sukarela

1. Apakah tujuan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela?
  Tujuan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela di kawasan tertentu adalah bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk:
  i.  Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  ii. Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran;
  iii. Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran; dan
  iv. Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.
     
2. Apakah polisi penubuhan Pasukan Bomba Sukarela?
  Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah di bawah perutukan Seksyen 62(1)(Ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penubuhannya tidak akan melibatkan implikasi kewangan terhadap kerajaan.
     
3. Bagaimanakah hendak menubuhkan Bomba Sukarela?  
  i. Mengemukakan borang permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan kepada Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri;
  ii. Jabatan Bomba dan Penyelamat (sekretariat) peringkat negeri akan memproses borang permohonan;
  iii. Setelah borang permohonan diproses, Jabatan akan mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri untuk mendapatkan kelulusan; dan
  iv. Setelah mendapat kelulusan permohonan dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri kemudian akan dimaklumkan kepada pasukan yang berkaitan.
     
4. Apakah organisasi bagi Pasukan Bomba Sukarela?
  Bagi mempastikan pasukan bomba sukarela dijalankan secara lebih berkesan perlu ada organisasi bagi pasukan tersebut seperti berikut :
  i. Penaung
    Peringkat kebangsaan adalah Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan peringkat negeri boleh dilantik daripada kalangan Yang Berhormat Menteri Besar negeri masing- masing atau orang-orang yang berpengaruh di kawasan berkenaan.
     
  ii. Penasihat Pasukan Bomba Sukarela
    Penasihat Pasukan Bomba Sukarela ini hendaklah terdiri daripada Pengarah atau Pegawai Kanan Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat Negeri atau daerah berkenaan.
     
  iii. Struktur Organisasi
    Suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengelola Pasukan Bomba Sukarela hendaklah dilantik di dalam Mesyarat Agung Dwi-Tahunan yang terdiri daripada:
     
     pointer Seorang Pengerusi
    pointer Seorang Timbalan Pengerusi
    pointer Seorang Setiausaha
    pointer Seorang Penolong Setiausaha
    pointer Seorang Bendahari
    pointer Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa
       
  Jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan kecuali jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang akan dilantik oleh Pengerusi sendiri.
   
  Apakah syarat-syarat keahlian Pasukan Bomba Sukarela?
  i. Warganegara Malaysia;
  ii. Terbuka kepada penduduk setempat yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai keupayaan kesihatan yang baik, tidak cacat anggota;
  iii Permohonan menggunakan borang permohonan Lampiran ‘B’ dan disokong oleh pengerusi. Permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab;
  iv. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah memberikan pengakuan taat setia sebagai ahli pasukan;
  v.  Setiap ahli digalakkan untuk mengambil perlindungan insuran secara berkelompok bagi kepentingan masa hadapan; 
  vi Permohonan untuk menjadi ahli akan dikenakan bayaran sebanyak sepuluh ringgit Malaysia(RM 10); dan
     
  vii. Ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela :
    - Menghadiri latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyalamat, Malaysia.
    - Menghadiri diri untuk bertugas pemadaman dan penyelamat ketempat kebakaran atau lain-lain tugas kecemasan.
    - Mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Ketua Pasukan. Di dalam kerja memadam kebakaran yang dihadiri oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mematuhi segala arahan Pegawai Kanan Bomba yang mengetuai operasi pemadaman tersebut supaya mengelakkan percanggahan dan bahaya-bahaya tidak seragam dalam tindakan operasi.
    - Memberitahu Ketua Pasukan dengan kadar segera bila tidak dapat aktif kerana sakit atau urusan-urusan peribadi.
    - Tidak dibenarkan memberi maklumat tentang hal-hal kebakaran yang dihadiri kepada media masa.
    - Memakai unifom yang telah ditetapkan bila hadir ditempat kebakaran perbarisan, latihan dan lain-lain aktiviti pasukan.
    - Memberi notis dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan jika hendak berhenti daripada menjadi ahli pasukan atau berpindah ke kawasan lain.
    - Tidak menggunakan atau memakai unifom pasukan di luar aktiviti pasukan atau menyalahgunakan unifom.
     
  Apakah larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh ahli Bomba Sukarela?
    Pasukan atau ahli-ahlinya dilarang mengadakan sebarang permainan perjudian di tempat persediaan atau mana-mana tempat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pergerakan Pasukan Bomba Sukarela;
    Pasukan dilarang menyalahguna peralatan memadaman pasukan yang disediakan;
    Pasukan ini tidak boleh menjalankan loteri, sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama pasukan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; dan
     
     

  •  
  • Email this page
  • 9144
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 19-09-2019 Jumlah Pelawat : 5482614
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini267 Minggu Ini8890 Jumlah Pelawat5482614