Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)

1. Apakah Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)?
  Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) merupakan program pembangunan KPKT di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Program ini bertujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyenggaraan perumahan kos rendah awam berstrata/ berbilang tingkat. Program ini didasarkan kepada geran sepadan 90:10, di mana (90%) daripada kos akan disumbang oleh pihak kerajaan dan 10% daripada kos ditanggung oleh Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk pelaksanaan projek ini sepanjang tempoh RMK-10 (2011-2015).
   
2. Siapakah yang layak memohon PPP?
  Pihak pengurusan perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat iaitu pihak Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri/PIhak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab mengurus dan menyeggara perumahan kos rendah awam di negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah layak memohon PPP.
   
3. Adakah perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta layak diselenggara dibawah PPP?
  Tidak. Hal ini adalah kerana Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2012 menetapkan bahawa penyenggaraan perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta dibawah pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan(MC)/ Ejen pengurusan yang dilantik oleh COB adalah dibiayai di bawah program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) yang diuruskan oleh Cawangan Penyenggaraan Rumah Kos Rendah Swasta, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, KPKT. 
   
4.  Apakah skop kerja PPP?
  Skop kerja PPP memberi fokus kepada kerosakan harta bersama perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat yang menjejaskan keselamatan penduduk seperti berikut:
  a. membaiki atau mengganti lif;
  b. membaiki atau mengganti tangki air dan sistem ratikulasi;
  c. membaiki atau mengganti paip sanitari;
  d. membaiki atau mengganti bumbung;
  e. membaiki atau mengganti tangga dan handrail;
  f. mengecat bangunan dan harta bersama (setiap 10 tahun);
  g. pendawaian dan kerja elektrikal; dan
  h. membaiki kerosakan umum pada kemudahan awam harta bersama yang   menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni.
     
     
 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:


Setiausaha Bahagian

Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
 
Sektor Kesejahteraan Bandar

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 34, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Putrajaya.

No. Telefon        : 03-8891 4338

No. Faksimile     : 03-8891 4332

E-mel                : mridzwan@kpkt.gov.my


  •  
  • Email this page
  • 9388
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 23-07-2019 Jumlah Pelawat : 5344871
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini3318 Minggu Ini6817 Jumlah Pelawat5344871