Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

     
     
     
     
1. Apakah Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
  Skim Pinjaman Perumahan (SPP) adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas. Skim ini diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali  sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini  telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.
   
2. Apakah syarat-syarat permohonan SPP?
  i. Warganegara Malaysia
  ii. Berumur 21 hingga 60 tahun
  iii. Bukan kakitangan Kerajaan (termasuk pasangan)
  iv. Belum mempunyai rumah
  v. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500.00
  vi. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat (cth : ibu, bapa, adik-beradik, suami atau isteri, ibu atau bapa saudara)
  vii. Perlu mengambil pelindungan insuran yang disediakan oleh panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.
     
3. Berapakah had pinjaman maksimum SPP?
  Had Pinjaman Maksimum RM45,000.00 (tidak termasuk insuran)
     
4. Apakah syarat-syarat pembinaan rumah dibawah SPP?
  Syarat-syarat pembinaan rumah adalah seperti berikut:
  i. Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1000 kakipersegi,
  ii. Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  iii. Menggunakan pelan seragam yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara atau pelan sendiri dengan mematuhi syarat di perenggan (i).
  iv. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
     
  Bagaimanakah caranya untuk membayar balik SPP?
  Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:
  a.  Poskan Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos
    Bayaran Melalui bank deraf/kiriman wang/wang pos hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN/KPKT’. Sila poskan bayaran menggunakan sampul surat. Alamatkan kepada:

      Bahagian Skim Pinjaman Perumahan
      Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
      Aras 33 , No. 51, Persiaran Perdana
      Presint 4, 62100 Putrajaya
     
    PERHATIAN: 
    •    Jangan kirimkan wang tunai.
•    Pastikan no. kad pengenalan dan nama penuh serta alamat surat-menyurat anda di tulis di belakang bank deraf / kiriman wang.
     
  b. Bayaran Secara Online
    Financial Process Exchange (FPX). Peminjam perlu mempunyai akaun dengan mana-mana bank yang menyertai FPX dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank tersebut.

Perkhidmatan online bank-bank terpilih yang disenaraikan di bawah. Perhatian! Anda perlu mempunyai akaun bank tersebut dan mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan online di:
•    www.cimbclicks.com.my
•    www.rhbbank.com.my
•    www.posonline.com.my 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank tersebut atau hubungi:
•    CIMB Service Centre: 03-2295 6100.
•   RHB Bank ibank Support: 03-9206 8228
 
    PERHATIAN: 
Setiap transaksi pembayaran yang dilakukan secara online akan dikenakan caj RM0.50 kepada pembayar. 
     
  c. Bayaran Melalui Kaunter
    Bayaran melalui wang tunai diterima dengan cara pergi ke:

Kaunter Setempat
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Aras 1, No. 51, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
 
MAKLUMAN:
Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda. Resit rasmi Bahagian Pinjaman Perumahan hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada Bahagian Skim Pinjaman Perumahan Pembayaran melalui cek peribadi tidak dibenarkan.
     
  Adakah SPP akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik pinjaman?
  Pihak SPP hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik yang di bayar terus kepada SPP seperti terus ke kaunter SPP, melalui pos bank deraf, kiriman wang dan wang pos) yang dibuat atas nama SPP. Manakala bayaran menerusi agen kutipan SPP seperti CIMB (online) dan RHB (online) tidak akan dikeluarkan resit.
     
   Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman?
  Baki pinjaman boleh disemak melalui Portal eHome.
     
  Bagaimanakah caranya membayar balik pinjaman menerusi potongan gaji?
  Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama, alamat dan nombor telefon kepada Bahagian Skim Pinjaman Perumahan melalui surat rasmi. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1-3 bulan. Sementara itu anda boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran.
     
  Bilakah saya boleh mula membayar balik pinjaman perumahan saya?
  Bayaran ansuran pinjaman boleh dimulakan selepas sebulan dari bayaran peringkat pembinaan yang terakhir. Pihak SPP akan mengeluarkan notis arahan bayaran balik bersama dengan bayaran peringkat yang terakhir.
     
  Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus (lump sum)?
  Bahagian ini tiada masalah untuk menerima bayaran secara lump sum setelah notis bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam
     
  Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan? 
  Bergantung kepada arahan bayaran balik pada notis bayaran balik pinjaman. Pada notis bayaran balik terdapat tarikh mula bayaran balik
     
     
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi : 
 
Pengarah
Bahagian Skim Pinjaman Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No 51,Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon      : 603-8891 4299
No. Faksimile    : 603-8891 4088
E-mel               : spp@kpkt.gov.my

  •  
  • Email this page
  • 69790
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 17-01-2019 Jumlah Pelawat : 3413456
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini1812 Minggu Ini11981 Jumlah Pelawat3413456