Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : Hari Habitat Sedunia

1. Apakah Hari Habitat Sedunia?
  Sambutan Hari Habitat Sedunia adalah satu sambutan peringkat global yang dianjurkan oleh semua negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selesa/kondusif.  
     
2. Apakah tujuan Hari Habitat disambut?
  Tujuan Hari Habitat disambut di seluruh dunia adalah untuk memperingati dan menyedarkan kita semua bahawa semua berhak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami serta kemudahan asas.
     
3. Mengapakah Hari Habitat Sedunia disambut?
  Hari Habitat Sedunia mula disambut oleh UN-HABITAT bermula tahun 1986. Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia adalah seperti berikut:
  i. Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa;
  ii. Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa; dan
  iii. Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.
     
4. Apakah peranan KPKT dalam sambutan Hari Habitat Sedunia?
  KPKT telah dilantik National Focal Point untuk menyelaras semua aktiviti berkaitan United Nations Human Settlement Programme atau UN-HABITAT di Malaysia pada tahun 1985. Sejak pelantikannya, KPKT  juga bertindak sebagai think tank kepada hal-hal berkaitan petempatan manusia serta terlibat secara aktif dalam menghadiri mesyuarat Governing Council UN-HABITAT, menghadiri persidangan World Urban Forum dan menganjurkan program-program dan aktiviti sepanjang tahun untuk Sambutan Hari Habitat Sedunia. 
   
5. Bilakah Hari Habitat Sedunia disambut?
  Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif Hari Habitat Sedunia. Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Global Observance akan diaturkan oleh UN-HABITAT di satu atau dua buah negara yang terpilih setiap tahun.
     
6. Apakah program-program yang dianjurkan oleh KPKT sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia?
  Setiap tahun, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat, KPKT dengan kerjasama pelbagai pihak kementerian, jabatan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan akan menganjurkan beberapa program dan pertandingan antaranya Seminar Hari Habitat, Sesi Perbincangan Meja Bulat, Projek House Build, Pertandingan Analisis Senario Habitat, Pertandingan Fotografi, Penerbitan Habitat Magazine, Program Sedetik Habitat, Projek Pengkomposan, Soft Launch Sambutan Hari Habitat dan Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia dan lain-lain yang melibatkan pelbagai peringkat lapisan masyarakat di Malaysia.
     
7. Adakah pertandingan-pertandingan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia KPKT dibuka kepada orang ramai dan bagaimanakah cara untuk menyertainya?
  Ya. Pertandingan dan program yang dianjurkan oleh KPKT sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia dibuka kepada orang ramai. Pelawaan untuk penyertaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari blog rasmi Hari Habitat Sedunia di http://habitat.kpkt.gov.my.
     
     
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Korporat,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 20, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon     : 603 - 8891 5088/5089
No. Faksimile     : 603 - 8891 3088 
E-mel              : osh@kpkt.gov.my
     
     
     
     

  •  
  • Email this page
  • 16210
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 22-05-2019 Jumlah Pelawat : 3724471
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini60 Minggu Ini4170 Jumlah Pelawat3724471