Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : One Stop Center (OSC) Online

1. Apakah itu OSC Online?
  OSC Online adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan. 
       
2. Apakah modul-modul utama OSC Online?
  2 modul utama ialah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.
       
3. Apakah sub modul OSC Online?
  Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu:
  ppointer e-permohonan  - pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
  ppointer e-permintaan perkhidmatan  - pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan
  ppointer e-rujukan   menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang    disenaraikan
  ppointer e-tanya - pre-consultation secara online
  ppointer e-aduan - membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan
  ppointer e-panduan - maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan
  ppointer e-bayaran - pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan
  ppointer e-kad laporan - menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online
       
  Siapakah pemohon kepada OSC Online?
  Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang, juruukur tanah dan pelukis pelan bangunan.
       
4. Siapakah Pengguna-Pengguna untuk OSC Online?
  Pengguna-pengguna OSC Online ialah:
  i.
Pemohon termasuklah Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
  ii.
Urusetia OSC di PBT
  iii.
Agensi Teknikal Dalaman di PBT termasuk Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan-Jabatan Lain yang memproses di PBT
  iv.   Pentadbir sistem iaitu Jabatan ICT di PBT
  v.
Orang Awam
       
5. Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
  Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon. Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.
       
6. Adakah hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
  Ya. 1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan di peringkat penyerahan sebagai proof of submission dan di peringkat endorsan di atas pelan setelah JawatanKuasa OSC membuat keputusan. Hardcopy perlu dikemukakan dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.
       
7. Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
  5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online.
       
8. Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
  Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online menggunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan menggunakan kaedah yang sama.
       
  Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan diuruskan?
  Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau di kaunter pembayaran PBT. Modul ePembayaran OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan. 
       
9. Apakah kelebihan OSC Online untuk pemohon?
  Kelebihan untuk pemohon adalah seperti berikut:
  i. Penyerahan yang lebih efisien;
  ii. Kekurangan penggunaan kertas;
  iii. Pemantauan sendiri;
  iv. Berkomunikasi terus dengan pihak berkuasa; dan
  v. Akses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.
       
10. Apakah jangkamasa untuk kelulusan permohonan?
  Jangkamasa untuk kelulusan permohonan akan berubah mengikut kadar kemahiran pengguna-pengguna dari masa ke semasa. Ianya akan menjadi lebih cepat setelah pengguna lebih mahir menggunakan sistem. 
       
11. Bagaimanakah OSC Online membantu mempercepatkan proses pertimbangan terhadap sesuatu permohonan?
  OSC Online mampu untuk mempercepatkan permohonan melalui yang berikut:
  i. Penyerahan oleh pemohon secara terus 24/7;
  ii. Maklum balas terhadap permohonan secara terus 24/7;
  iii. Edaran untuk ulasan dan perakuan secara tersus 24/7;
  iv. Platfom elektronik untuk pemantauan secara real time; dan
  v Sistem komunikasi elektronik secara real time. 
       
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Penyelidikan Dan Perundangan Teknikal
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 25, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100 Putrajaya

No. Telefon     : 03-8891 3425/3426
No. Faksimile   : 03-8891 3090
E-mel              : jkt@kpkt.gov.my
       
       
       

  •  
  • Email this page
  • 6249
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 25-03-2019 Jumlah Pelawat : 3565641
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini31 Minggu Ini31 Jumlah Pelawat3565641