Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim : Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)

1.
 
Apa itu Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)?
 


 

Penubuhan JPP merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan transformasi pengurusan bandar  memandangkan pada

masa ini hampir 70% penduduk Negara ini tinggal di bandar. Dengan penubuhan JPP, Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri dan Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa sebarang isu untuk ditangani bersama. Ini kerana terdapat

isu-isu perbandaran yang bidang kuasanya terletak di bawah kawalan agensi Kerajaan Persekutuan seperti kesihatan, pengangkutan, keselamatan,

perumahan, alam sekitar dan lain-lain. Secara tidak langsung penubuhan JPP dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab PBT dalam aspek kesejahteraan

bandar dan membolehkan mereka lebih fokus kepada urusan utama yang lain.

Penubuhan JPP akan memberi peluang dan menggalakkan penyertaan penduduk (public participation) dalam program program dan pembangunan di kawasan

Bandar bagi meningkatkan kemampanan kejiranan (neighbourhood sustainability). Sehubungan itu, penduduk berpeluang melibatkan diri dalam mengemukakan

pandangan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh Kerajaan.

     
2. Adakah JPP akan ditubuhkan ke seluruh Negara?
  JPP akan ditubuhkan di 148 PBT seluruh Negara kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman. Penubuhan JPP adalah mengikut zon iaitu maksimum 24 zon bagi setiap kawasan PBT.
   
3. Apakah objektif utama penubuhan JPP?
  Tiga (3) objektif utama penubuhan JPP adalah seperti berikut:
  i. Menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat;
  ii. Membantu menangani isu-isu kesejahteraan Bandar dan seterusnya meningkatkan system penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan
  iii. Mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat
     
4. Apakah peranan dan fungsi JPP?
  Peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh JPP adalah seperti berikut:
  i. menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti pihak berkuasa; 
  ii. mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk bandar melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (self-help);
  iii. bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kejiranan; 
  iv. membantu pihak berkuasa dalam menangani isu-isu kebersihan, kesihatan dan alam sekitar; 
  v. membantu pihak berkuasa dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur, kemudahan awam dan sosio ekonomi bandar; dan
  vi. menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
     
5. Bagaimana organisasi JPP?
  JPP ditadbir oleh Pengerusi dan dibantu oleh Setiausaha serta lapan (8) ahli jawatankuasa seperti berikut:
   
  • Biro Kemajuan Wanita
   
  • Biro Belia dan Sukan
   
  • Biro Ekonomi dan Kewangan
   
  • Biro Sosial dan ICT
   
  • Biro Aduan dan Kebajikan
   
  • Biro Keselamatan
   
  • Biro Pendidikan, Modal Insan dan Kerohanian
   
  • Biro Kebersihan, Kesihatan dan Alam Sekitar
     
6. Apakah beza peranan Rukun Tetangga (RT), Persatuan Penduduk (RA) dan JPP?
 

Penubuhan RT adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) manakala Penubuhan

RA adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia dan terhad kepada kawasan perumahan tertentu

sahaja. Sebaliknya, JPP ditubuhkan di setiap zon yang merangkumi keseluruhan kawasan dalam zon di setiap PBT. Fungsi RT dan RA hanya menumpukan

kepada isu-isu keselamatan, perpaduan, kebajikan penduduk dan keharmonian antara kaum dalam kawasan perumahan tertentu serta dipantau oleh JPNIN

sahaja (bagi RT) tanpa penglibatan secara langsung dengan PBT.

Melalui penubuhan JPP, penyertaan masyarakat dalam urus tadbir PBT dapat ditingkatkan dalam menangani isu-isu kesejahteraan bandar seperti

perancangan, pengurusan landskap, pencemaran alam sekitar, peningkatan kadar jenayah, penempatan setinggan, gejala sosial, vandalisme dan lain-lain isu

perbandaran.

     
7.
 
Bukankah wujud pertindihan antara peranan JPP dan pertubuhan atau persatuan yang bergerak aktif di kawasan PBT seperti Rukun Tetangga, Persatuan Belia, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pertubuhan atau persatuan?
 

Pertubuhan atau persatuan ini hanya menumpukan kepada aspek-aspek tertentu seperti keselamatan keagamaan dan sosial. Taburannya adalah secara

rawak dan melibatkan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Persatuan-persatuan penduduk pula didapati hanya aktif di dalam kawasan perumahan mereka

sahaja dan kurang berinteraksi dengan PBT.

Melalui penubuhan JPP, pertubuhan atau persatuan yang bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang dilaksanakan

tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang

dibangkitkan oleh penduduk.

     
8. Apa fungsi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)?
  MPP akan ditubuhkan di setiap PBT bagi menyelaras dan memastikan kelancaran perjalanan JPP di setiap zon. MPP akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar/YDP atau wakil yang dilantik oleh KPKT manakala ahli-ahli MPP adalah terdiri daripada Pengerusi JPP di setiap zon, pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan di kawasan PBT. MPP perlu bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
  Peranan utama MPP adalah seperti berikut:
  i.  menyelaras pelaksanaan program kesejahteraan bandar di setiap zon JPP di PBT;
  ii.  mendapatkan maklum balas bagi isu-isu kesejahteraan bandar; dan
  iii.  meneliti dan membincangkan cadangan program dan projek pembangunan di peringkat JPP.
     
9. Bagaimana hubungan JPP, PTP dan PBT?
  Pada masa ini, interaksi di antara Pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) yang terdiri daripada Ahli Parlimen atau Pemimpin Tempatan yang dilantik bagi mewakili Kerajaan Persekutuan dan PBT adalah amat kurang. PTP tidak terlibat secara langsung dengan perancangan dan pembangunan bandar serta pentadbiran PBT. Melalui penubuhan JPP dan pembentukan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di PBT yang turut melibatkan PTP di kawasan tersebut dapat membantu penduduk untuk menyuarakan setiap permasalahan mereka kepada Kerajaan.
     
10. Bolehkah ahli dalam mana-mana persatuan/pertubuhan seperti Rukun Tetangga, dan persatuan penduduk menjadi anggota JPP?
  Ya, ahli sedia ada dalam Rukun Tetangga, persatuan penduduk atau mana-mana persatuan boleh menganggotai JPP sekiranya menepati kriteria yang ditetapkan.
     
11. Siapakah Pihak Berkuasa Melantik bagi anggota JPP?
  Pihak Berkuasa Melantik bagi Pengerusi adalah YB Menteri Kesejahteraan Bandar manakala Setiausaha dan ahli jawatankuasa JPP yang lain dilantik oleh Ketua Setiausaha KPKT.
     
12 Apakah kriteria atau syarat umum pelantikan anggota JPP?
  Penduduk yang bermastautin di dalam zon tersebut;
  i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun;
  ii. Kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya;
  iiii. Keutamaan diberikan kepada penduduk yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal;
  iv. Tidak diisytiharkan muflis;
  v. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah;
  vi Bukan di kalangan Ahli Majlis yang sedang berkhidmat;
  vii Pemilihan calon JPP dari kalangan penjawat awam dan golongan professional adalah wajar digalakkan untuk membuka minda dan melaksanakan pengurusan Bandar;
  viii Pemilihan Pengerusi hendaklah di kalangan opinion leaders yang berpengaruh
  ix. Serta bersesuaian dengan taraf social dan pemikiran masyarakat setempat; dan
  x. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPKT.
     
13. Berapakah tempoh lantikan anggota JPP?
  Tempoh lantikan bagi anggota JPP bagi satu penggal adalah tidak melebihi dua (2) tahun. Tempoh lantikan anggota JPP boleh dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh anggota JPP dalam tempoh perkhidmatan. Tempoh maksimum pelantikan adalah dua (2) penggal sahaja.
     
14 Adakah pelantikan JPP boleh ditamatkan?
  Lantikan anggota JPP boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Melantik dengan syor dan perakuan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk atas sebab-sebab berikut:
    Dilucutkan kewarganegaraan; 
    Diisytiharkan muflis oleh mahkamah;
    Berpindah dari kawasan PBT yang diduduki;
    Disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan jenayah;
    Diperakukan oleh pengamal perubatan kerajaan bahawa anggota berkenaan tidak sihat atau menghidap penyakit kronik;
    Gagal hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah; dan
    Lain-lain sebab yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
     
15. Apakah elaun dan kemudahan yang diterima oleh anggota JPP?
 
Bil Perkara
Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran
 
Majlis Daerah
1. Elaun Pengerusi RM800 sebulan RM500 sebulan
2. Elaun Setiausaha RM400 sebulan RM250 sebulan
3. Elaun Kehadiran Mesyuarat (Untuk AJK sahaja) RM75 bagi setiap mesyuarat yang dihadiri, maksimum 6 kali setahun RM50 bagi setiap mesyuarat yang dihadiri, maksimum 6 kali setahun
4. Elaun Keraian Mesyuarat Tidak melebihi RM100 setiap kali mesyuarat dengan maksimum kekerapan 6 kali setahun.
5. Kemudahan Rawatan kelas Kedua Pengerusi dan Setiausaha layak menerima kemudahan rawatan kelas kedua di Hospital kerajaan dengan maksimum RM500 bagi setiap tahun.
     
16. Adakah peranan JPP bertindih dengan peranan Ahli Majlis.
  Status JPP adalah berbeza dengan status Ahli Majlis. PBT adalah merupakan sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) dan merupakan satu entiti undang-undang dan merupakan agensi penguatkuasaan. Manakala JPP adalah bersifat pentadbiran yang bukan merupakan satu entiti undang-undang dan bukan agensi penguatkuasaan. Fungsi JPP hanyalah bertujuan untuk membantu orang awam dalam sesuatu komuniti untuk bergiat aktif dalam proses pentadbiran kerajaan tempatan. Memandangkan JPP ditubuhkan secara pentadbiran sahaja, apa-apa keputusan, cadangan atau syor yang dibuat oleh JPP tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang dan dengan itu PBT tidak terikat untuk mematuhinya melainkan PBT bersetuju untuk menerima pakai keputusan, syor atau cadangan tersebut.
     
     
 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Setiausaha Bahagian
?
Bahagian Kesejahteraan Bandar
?
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 15, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,?

62100 Putrajaya??

No. Telefon        : 03-8891 4775/5051

No. Faksimile     : 03-8891 5547

E-mel                : hafidzah.hassan@kpkt.gov.my


  •  
  • Email this page
  • 72373
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 22-05-2019 Jumlah Pelawat : 3724471
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini60 Minggu Ini4170 Jumlah Pelawat3724471