Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata negaraku  
youtube facebook twitter instagram  

Soalan Lazim : Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

A.  PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)
     
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)?
  PPKB adalah satu program yang bertujuan membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.  
   
2. Mengapakah program PPKB dilaksanakan?
  Pelaksanaan PPKB kini adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM3,050  pada tahun 2015.
     
3. Siapakah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan di bawah PPKB?  
  Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan dan ini termasuk isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin.
Kumpulan sasar PPKB hendaklah berstatus warganegara dan status kemiskinan mereka telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan. 
 
     
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Miskin Tegar’  
  Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM580 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.  
     
5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Miskin’ :  
  Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM940 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.  
     
6. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Mudah Miskin’?  
  Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan melebihi PGK atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar.  
     
7. Apakah yang dimaksudkan dengan golongan berpendapatan 40% terendah (Golongan B40)?  
  Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,860.00 sebulan.  
     
8. Apakah yang dimaksudkan dengan PGK?  
  Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut :
   
 
KAWASAN
BANDAR
2014
MISKIN MISKIN TEGAR
ISI RUMAH PERKAPITA ISI RUMAH PER KAPITA
Sem. Malaysia 940 240 580 140
Sabah & Labuan 1,160 260 690 150
Sarawak 1,040 250 700 160
Sumber : EPU, JPM.
 
     
9. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi menyertai Program PPKB ini?  
  Calon hendaklah berdaftar di dalam Sistem eKasih dan disahkan status kemiskinan di dalam Sistem tersebut  
     
10. Apakah outcome daripada pelaksanaan Program PPKB ini?  
  Kadar keupayaan isi rumah berpendapatan 40% terendah untuk memiliki aset seperti rumah kediaman yang selamat dan selesa dan meningkatkan pendapatan keluarga melalui peluang-peluang perniagaan yang disediakan dapat ditingkatkan.  
     
B.  PROGRAM PROGRAM DI BAWAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)   
     
1. PROGRAM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF di BANDAR  
     
  a) Apakah Matlamat Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar?
    Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera  
       
  b) Apakah Kriteria Kelayakan Bagi Penerima Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar?  
    i. KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT;   
    ii. Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar/ B40;  
    iii. Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah; dan  
    iv. Rumah yang didiami mengalami kerosakan kecil atau disebabkan  faktor musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut. Walaubagaimanapun, rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik  untuk dibaiki. Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap serta tidak melibatkan struktur asas rumah.
   
  c) Berapakah Kadar Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar?  
    Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan   :           RM10,000  
       
2.  PROGRAM KIOS PENJAJA BANDAR  
       
  a) Apakah matlamat Program Kios Penjaja Bandar?  
    i.   Mengalakkan penyertaan Kumpulan Berpendapatan 40% Terendah (B40) dalam projek-projek keusahawanan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup; dan    
    ii.  Mengurangkan beban Kumpulan Berpendapatan 40% Terendah (B40) di bandar untuk mendapatkan Kios Penjaja yang selamat dan selesa bagi menambah pendapatan.  
       
  b) Apakah kriteria kelayakan bagi peserta Kios Penjaja Bandar?  
    i.    Berstatus miskin tegar,/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar dalam Sistem eKasih sahaja;
ii.   Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
iii.  KIR berumur di antara 18 – 60 tahun (umur produktif) iaitu:
       -  tidak uzur dan mampu bekerja untuk menyara keluarga;
       -  telah tamat persekolahan; dan
       -  berminat dan berazam untuk menjalani program yang dipohon.
iv.   Keutamaan kepada peserta yang telah memulakan perniagaan/ menjalankan  perniagaan sepenuh masa dan bersetuju mematuhi syarat-syarat PBT/ PPPN/ JPPN; dan
v.    Tidak muflis.
 
     
     
       
  c) Berapa lamakah tempoh peminjaman Kios Penjaja Bandar?  
    Tempoh peminjaman yang diberikan adalah 2 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga KIR keluar dari kemiskinan dengan persetujuan dan pengawasan oleh PBT/ PPPN/ JPPN.  
       
  d) Berapakah kadar Bantuan Kios Penjaja Bandar?  
    Kadar maksimum bagi seunit Kios Penjaja Bandar ialah RM15,000.00 merangkumi perkara-perkara berikut:  
   

 i.         Pembinaan Kios Penjaja                 - RM10,000.00

 
   

  •  
  • Email this page
  • 29641
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
Tarikh Kemaskini : 20-08-2017 Jumlah Pelawat : 1235327
Hakcipta Terpelihara @ 2017 KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini19 Minggu Ini11635 Jumlah Pelawat1235327