Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim - Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

1. Apakah bidang kuasa TTPR?
 
Bidang kuasa TTPR dihadkan kepada suatu tuntutan yang berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen. TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia.
 
   
2. Bolehkah pembeli rumah memfailkan tuntutan di TTPR jika projek perumahan itu terbengkalai?
  Tidak. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah atau apartmen berkenaan disiapkan atau perjanjian jual beli telah ditamatkan.
     
  Apakah jenis tuntutan yang boleh difailkan?
  Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu ;
  i. Tuntutan Teknikal 
    Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan dan jika rumah atau apartmen tidak dibina mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli
     
  ii. Tuntutan Bukan Teknikal
    Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong
     
4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?
  Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM50,000 melainkan pihak-pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
   
5. Apakah tempoh masa untuk memfailkan tuntutan?
  Semua tuntutan hendaklah difailkan tidak lewat 12 bulan dari -
 
-
tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
  -
tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau
  -
tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran  CCC, yang mana terkemudian.
     
6. Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan?
  Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di  Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
  i. Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
  ii. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    -
satu salinan perjanjian jual beli  -  Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal  
   
-
satu salinan surat penyerahan milikan kosong - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal 
    - satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)  - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal   
    - sebut harga pembaikan oleh kontraktor - Tuntutan Teknikal
    - satu salinan Borang Butiran TTPR (boleh dimuat turun dari laman sesawang Tribunal) hendaklah diisi dan diserahkan semasa pemfailan Borang 1
  iii.
Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
  iv.
Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
   
 
7. Adakah pembeli rumah perlu mendapatkan kebenaran daripada pembiayaan sebelum memfailkan tuntutan di TTPR?
  Tidak. Pembeli rumah perlu memaklumkan pembiaya melalui notis secara bertulis sebelum atau dalam masa 14 hariu selepas tuntutan difailkan di TTPR
     
8. Apakah yang harus dilakukan jika pemaju gagal untuk mematuhi award?
  Pembeli rumah boleh mengambil tindakan yang berikut:
  i. Tindakan Sivil
    Pembeli boleh memaklumkan kepada TTPR dan TTPR akan mendaftarkan Award berkenaan di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Seksyen.
     
 

TTPR akan menghantar satu salinan Award yang telah direkodkan kepada pembeli rumah. Award yang direkodkan hendaklah dianggap sebagai perintah mahkamah dan pembeli rumah boleh melaksanakannya melalui tindakan sivil.

     
  ii. Tindakan Jenayah
    Pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
     
     
 

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA
No. Telefon    : 603 - 8891 4410

Emel : enforcement@kpkt.gov.my

Pemaju boleh didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Award.
     

Kemaskini pada 2018-05-21 10:16:23 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 86848
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
Tarikh Kemaskini : 21-10-2018 Jumlah Pelawat : 3235786
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini333 Minggu Ini13828 Jumlah Pelawat3235786