Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata      


youtube

facebook

twitter

instagram
1mNegaraku

Mengenai Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata

tpps
 
 
| Latar Belakang  | Visi | Misi | Objektif | Piagam Pelanggan |
Latar Belakang

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditubuhkan pada 1 Disember 2002 melalui pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].  TTPR telah mula beroperasi pada 1 Januari 2003 dan telah meluaskan operasinya di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mulai 1 Januari 2011 melalui Perintah WP Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966) 2010. Dari tahun 2003 sehingga Julai 2015, TTPR merupakan satu-satunya Tribunal yang diwujudkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selain daripada Akta 118, TTPR juga dikawal selia oleh Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah) 2002 yang memperuntukkan secara terperinci berkenaan peraturan-peraturan tuntutan terhadap pemaju perumahan.

Pada 30 Januari 2013, KPKT telah bersetuju untuk menubuhkan pejabat Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) yang menggabungkan TTPR dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

TPS ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta 757 mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2015. TPS telah mula beroperasi pada 1 Julai 2015 dan dikawalselia oleh Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015.

Ibu pejabat TPPS beroperasi di Putrajaya dan mempunyai tiga buah pejabat di Zon Timur (Kuala Terengganu), Zon Selatan (Johor Bahru) dan Zon Utara (Kepala Batas). TPPS mempunyai empat buah mahkamah tribunal di Putrajaya manakala sebuah mahkamah tribunal bagi setiap pejabat zon. Selain daripada itu, TPPS mempunyai lima buah mahkamah tambahan iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Muar.


Visi

Peneraju dalam penyelesaian pertikaian tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata menjelang tahun 2020

 
Misi

Menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata dengan telus dan berintegriti (secara kos efektif) dalam tempoh yang singkat

 
Objektif

Tribunal yang mendengar dan mengendali tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat

 
Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan adil dan saksama kepada pelanggan yang berurusan dengan TPPS:
pointer_blue

Menyelesaikan tuntutan dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran bagi tuntutan pembeli rumah di bawah Akta 118 dan tuntutan pengurusan strata di bawah Akta 757

pointer_blue

Memastikan setiap Borang 1,2 dan 3 yang lengkap didaftarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja

pointer_blue

Menetapkan tarikh perbicaraan dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes

pointer_blue

Menghantar Borang 4 kepada Pihak Yang Menuntut (PYM) dan Pihak Penentang (PP) tidak kurang daripada 14 hari bekerja sebelum tarikh perbicaraan pertama

pointer_blue

Mengeluarkan Award pada hari yang sama selepas keputusan dibuat

pointer_blue

Mengeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima

pointer_blue
 

Memastikan semua aduan diberi maklum balas sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

| ke atas |

 
 
 

 

Kemaskini pada 2017-08-07 11:39:16 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 11411
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
Tarikh Kemaskini : 16-01-2018 Jumlah Pelawat : 2602469
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini4679 Minggu Ini11072 Jumlah Pelawat2602469