
Mewujudkan perkhidmatan pengurusan Kewangan dan Perolehan yang cemerlang sebagai pelengkap kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Agensi-agensi di bawahnya.
|
|
Bahagian Kewangan dan Perolehan komited untuk mewujudkan perkhidmatan pengurusan Kewangan dan Perolehan yang terbaik di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan, ketelusan, akauntabiliti dan integriti.
|
|
Mewujudkan khidmat pengurusan Kewangan dan Perolehan yang terbaik dengan cara:
 |
Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan Kewangan dan Perolehan dengan teratur dan efisyen;
|
 |
Menggunakan sumber manusia dan lain-lain secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan Kewangan dan Perolehan dengan cekap;
|
 |
Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan serta kutipan hasil; dan |
 |
Menguatkuasakan semua peraturan kewangan berdasarkan Akta Acara Kewangan 1957, Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, 1Pekeliling Perbendaharaan, Arahan Pegawai Pengawal serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
|
|
|
1.
|
Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab utama dan memaklumkan agihan peruntukan kepada Pusat Kos dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima. |
2. |
Mengeluarkan Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
3. |
Memproses Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
4. |
Memproses semua bil/ tuntutan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
5. |
Mengeluarkan resit rasmi pada tarikh yang sama setiap terimaan yang diuruskan. |
6. |
Menguruskan pemohonan perwakilan kuasa dan had nilai dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
7. |
Memproses semua permohonan pembelian terus dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima. |
8. |
Memproses semua permohonan perolehan secara sebut harga dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima. |
9. |
Memproses semua permohonan perolehan secara tender dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima |
10.
|
Mengemukakan dokumen perubahan gaji ke Jabatan Akauntan Negara/Bahagian Akaun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JAN.
|
|
Arahan - Arahan dan Jadual |
|
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan dan Perolehan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 14, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
|
|
Kemaskini pada 2018-10-29 10:23:39 daripada Administrator