Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata negaraku  
youtube facebook twitter instagram  

PELAN TRANSFORMASI PBT


 
   
Dalam usaha untuk memperkasa dan mentransformasikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, KPKT telah membangunkan Pelan Transformasi PBT: ‘PBT di Hati Rakyat’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT, kesejahteraan kepada rakyat dan kelestarian persekitaran.
 
Pelan hasil cetusan idea YB Datuk Abdul Rahman bin Dahlan (Mantan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ini mula dibangunkan pada tahun 2014 dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-70 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) pada 23 Februari 2016.
 
Pelan yang diaplikasi mulai Mei 2015 hingga tahun 2018 ini menggariskan enam (6) teras utama, 23 strategi dan 208 program.
 
Klik di sini untuk lihat perincian teras, strategi dan program yang telah digariskan.
 
KPKT membangunkan pelan ini dengan mengambil kira kehendak rakyat, pertimbangan daripada kerajaan negeri dan kemampuan PBT untuk melaksanakannya.
 
Antara kelebihan pelan ini kepada pihak kerajaan negeri ialah pelan ini tidak menjejaskan kuasa pihak berkuasa negeri (PBN) seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perkhidmatan PBT yang berkesan dan mesra rakyat akan meningkatkan imej kerajaan negeri dan PBT.
 
Terdapat pelbagai kepentingan pelan ini kepada PBT antaranya ialah meningkatkan integriti warga PBT, membangunkan modal insan secara optimum, memperluas dan mengukuhkan sumber kewangan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan daya saing PBT.
 
Rakyat juga bakal menikmati faedah daripada pelaksanaan Pelan Transformasi PBT ini antaranya ialah rakyat akan mendapat perkhidmatan terbaik, menikmati kehidupan yang berkualiti dengan persekitaran kondusif serta peningkatan kemakmuran ekonomi.
 

pbt
   

  •  
  • Email this page
  • 549
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
Tarikh Kemaskini : 20-08-2017 Jumlah Pelawat : 1235327
Hakcipta Terpelihara @ 2017 KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini19 Minggu Ini11635 Jumlah Pelawat1235327