Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan : PPW & PPG


PEMBERI PINJAM WANG (PPW)


1.    Dimanakah pengguna boleh membuat aduan berkenaan aktiviti PPW dan PPG?

Sebarang aduan berkaitan PPW atau PPG berlesen boleh dibuat melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT (SAB) di laman web, https://aduan.kpkt.gov.my/aduan atau pengadu boleh hadir sendiri ke Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai (BPWG), KPKT.

2.    Apakah hak-hak peminjam?

a)    Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.

b)    Setiap pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh Kementerian sahaja iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman dengan cagaran).

c)    Peminjam adalah berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.

d)    Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.

e)    Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di pejabat PPW yang berkenaan.


3.    Berapakah kadar faedah yang dikenakan bagi setiap pinjaman?

a)    Kadar faedah bagi pinjaman bercagar adalah tidak melebihi 12% setahun.

b)    Kadar faedah pinjaman tidak bercagar adalah tidak melebihi 18% setahun.


4.    Bagaimana saya hendak tahu samada seseorang itu mempunyai lesen sah sebagai Pemberi Pinjam Wang atau tidak?

a)    Pemberi Pinjam Wang yang sah hanya boleh menjalankan urusan pinjaman di alamat operasi yang diluluskan sahaja.

b)    Setiap premis yang menjalankan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang yang sah perlu mempamerkan lesen mereka di tempat yang mudah dilihat.


5.    Apakah butir-butir yang akan ditunjukkan pada lesen tersebut?

a)    Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG
b)    Alamat berdaftar pemohon lesen
c)    Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan
d)    Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar
e)    Nombor lesen
f)    Tarikh sah mula lesen
g)    Tarikh sah tamat tempoh lesen
h)    Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut


6.    Kenapakah perjanjian pinjaman mesti diakusaksi?

a)    Mengikut peruntukkan Seksyen 27 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, setiap perjanjian memberi pinjam wang hendaklah diakusaksi di hadapan seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi, seorang pegawai dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pegawai Daerah atau orang-orang yang dilantik oleh Menteri untuk berbuat sedemikian.

b)    Pengakusaksi hendaklah menerangkan terma-terma akan perjanjian memberi pinjam wang kepada peminjam, dan hendaklah mengesahkan pada perjanjian tersebut bahawa peminjam tersebut telah memahami maksud terma-terma dalam perjanjian itu.

c)    Jika perjanjian pinjaman tidak diakusaksi dengan betul boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.


7.    Bolehkah seseorang Pemberi Pinjam Wang mengutip kadar faedah suatu jumlah yang melebihi jumlah pokok?

Tidak boleh kecuali dengan perintah Mahkamah setelah mengambil kira keadaan pinjaman tersebut selaras dengan subseksyen 17A(2) AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.


8.    Apakah bentuk bayaran yang boleh dikenakan kepada saya oleh Pemberi Pinjam Wang semasa memohon pinjaman daripada mereka?

Mengikut peruntukkan Seksyen 23 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, bayaran kos pinjaman yang boleh dikenakan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang kepada peminjam adalah:

a)    Fee duti setem yang perlu dibayar di sisi undang-undang
b)    Kos-kos guaman yang berhubung dengan rundingan pemberi pinjaman atau;
c)    Jika terdapat apa-apa kos, caj-caj, atau perbelanjaan sedemikian selain daripada tersebut di atas, jumlah tersebut hendaklah boleh didapat balik sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada peminjam atau ditolak terhadap jumlah hutang sebenarnya.


9.    Bolehkan seseorang Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya datang menuntut hutang ansuran pinjaman mereka di alamat kediaman saya, pejabat atau mana-mana lain tempat?

a)    Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya tidak dibenarkan sama sekali datang ke rumah peminjam atau pejabat atau lain-lain tempat selain daripada di alamat operasi perniagaannya yang diluluskan sahaja bagi tujuan mengutip bayaran ansuran.

b)    Jika didapati Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya berbuat demikian dengan cara mengganggu atau mengugut peminjam atau keluarga peminjam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29B AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, iaitu boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 tetapi tidak melebihi RM250,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan dalam kes kedua atau berturutan boleh dikenakan dengan sebatan sebagai tambahan hukuman.


10.    Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas saya jika saya      lewat menjelaskan ansuran hutang?
Seperti yang terkandung di dalam perjanjian pinjaman di bawah tajuk “keingkaran’, Pemberi Pinjam Wang berhak mengenakan faedah ringan atas kadar 8% setahun dari jumlah pokok dan faedah yang tertunggak dikira hari ke hari sehinggalah jumlah tersebut dijelaskan sepenuhnya.


11.    Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas saya jika gagal menjelaskan hutang kepada Pemberi Pinjam Wang?

a)    Mengikut perjanjian pinjaman di bawah tajuk “hak tindakan”, jika peminjam gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh 28 hari selepas tempoh genap tarikh bayaran ansuran atau melakukan perbuatan kebangkrapan secara terpaksa atau sukarela, Pemberi Pinjam Wang berhak untuk menamatkan perjanjian itu.

b)    Pemberi Pinjam Wang dikehendaki memberi notis 14 hari bagi tujuan menamatkan perjanjian itu dan;

c)    Jika dalam tempoh tersebut peminjam tidak dapat juga menjelaskan hutangnya, perjanjian itu terbatal dan;

d)    Tindakan menuntut baki jumlah hutang termasuk faedah serta lain-lain kos guaman dan mahkamah akan dituntut oleh pihak Pemberi Pinjam Wang di Mahkamah dan;

e)    Jika pinjaman bercagar, Pemberi Pinjam Wang berhak ke atas cagaran tersebut mengikut proses undang-undang.




12.    Bolehkah saya menyemak rekod akaun lejar pinjaman saya dengan Pemberi Pinjam Wang?

a)    Ya boleh.

b)    Mengikut Seksyen 18 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, Pemberi Pinjam Wang diwajibkan menyimpan satu buku akaun yang ditetapkan bagi setiap transaksi pinjaman pelanggan yang mengandungi butir-butir lengkap pinjaman dan jadual pembayaran balik

c)    Jika Pemberi Pinjam Wang terbabit gagal berbuat demikian telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini yang boleh dihukum denda RM10,000, atau dalam keadaan kesalahan berterusan, dikenakan denda tidak melebihi RM1000 sehari atau bahagian hari ketika mana kesalahan itu dilakukan.

d)    Di bawah Seksyen 19 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, peminjam atau melalui wakilnya berhak dengan secara bertulis untuk mendapatkan penyata akaun dalam angka-angka inggeris yang ditandatangan oleh Pemberi Pinjam Wang menunjukkan butir-butir pinjaman dan ansuran lengkap (dalam bentuk jadual pertama seperti dalam perjanjian pinjaman) dan peminjam perlu membuat bayaran minima bagi tujuan ini.



13.    Adakah saya boleh mengenal pasti mana-mana perniagaan Pemberi Pinjam Wang melalui iklan?

a)    Ya.
b)    Mana-mana orang yang ingin membuat iklan berbentuk perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang dimestikan mendapat permit iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
c)    Jika gagal mendapatkan permit telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.


14.    Bagaimana saya hendak bezakan antara Pemberi Pinjam Wang berlesen yang sah dan haram melalui iklan?

Mengikut Peraturan 8 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003*, setiap iklan samada dalam bentuk papan iklan, banner atau kad mesti mengandungi butir-butir berikut:
a)    Nombor lesen Pemberi Pinjam Wang dan tarikh pengesahannya;
b)    Nombor permit iklan;
c)    Nama, alamat dan nombor telefon Pemberi Pinjam Wang berlesen, dan;
d)    Kadar faedah yang ditawarkan


15.    Apakah cara-cara lain untuk saya mengenalpasti samada sesuatu premis itu menjalankan perniagaan Pemberi Pinjam Wang secara sah?

Semakan boleh dibuat melalui Portal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di alamat http://www.kpkt.gov.my atau boleh berhubung terus melalui talian telefon 03-8000 8000, atau datang sendiri ke Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



16.    Adakah apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang yang tidak mengikut peraturan pinjaman wang?

a)    Perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang adalah di bawah peruntukan AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 di mana setiap pengusaha Pemberi Pinjam Wang dikehendaki mematuhi segala peraturan dan kehendak-kehendak Akta 400.

b)    Sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil di bawah AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan di samping akan menyebabkan perjanjian pinjaman itu terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.







PEMEGANG PAJAK GADAI (PPG)


1.    Apakah hak-hak pemajak?

a)    Seseorang pemajak gadai berhak kepada sesalinan surat pajak gadai semasa pemajakgadaian. Jika hilang, sesalinan catatan dalam buku pemegang pajak gadai boleh diberikan secara percuma.

b)    Kadar keuntungan ialah 2% sebulan atau sebahagian daripadanya campur caj pengendalian sebanyak lima puluh sen bagi mana-mana pinjaman yang melebihi sepuluh ringgit.

c)    Jika mana-mana sandaran hilang atau musnah disebabkan kebakaran, kecuaian, tinggalan, kecurian, rompakan dan sebagainya, maka amaun pampasan adalah satu per empat lebih daripada jumlah pajakan. Mana-mana sandaran hendaklah ditebus dalam masa 6 bulan dari tarikh pemajakgadaian atau dalam masa yang lebih panjang sebagaimana yang dipersetujui antara Pemegang Pajak Gadai dengan pemajak.

d)    Seseorang pemajak berhak kepada perlanjutan masa yang tidak kurang daripada 3 bulan pada satu-satu masa apabila bayaran amaun keuntungan yang perlu dibayar ke atas sandaran.

e)    Seseorang pemajak berhak pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan selepas lelongan untuk memeriksa catatan jualan dalam buku pemegang pajak gadai dan laporan pelelong.

f)    Pemajak berhak, atas permintaan, kepada apa-apa wang lebihan selepas pemotongan kepada keuntungan yang kena dibayar ke atas sandaran itu dan kos lelongan.


2.    Berapakah kadar faedah pajakan yang dikenakan?

Kadar faedah pajakan adalah tidak melebihi 2% sebulan bagi tempoh 6 bulan atau suatu tempoh yang telah dipersetujui.


3.    Bagaimana pemajak boleh membuat tuntutan sekiranya terdapat lebihan lelongan?

Pemegang Pajak Gadai hendaklah menghantar penyata jualan (Jadual M) kepada  pemajak bagi memaklumkan perihal sandaran yang telah dilepaskan melalui lelongan awam. Dalam tempoh 4 bulan selepas tarikh jualan, pemajak boleh membuat tuntutan lebihan lelongan tersebut daripada Pemegang Pajak Gadai.


4.    Bolehkah saya menebus kembali setelah barang gadaian saya telah dilelong?

Anda boleh menebus kembali jika dipersetujui oleh Pemegang Pajak Gadai dengan apa-apa bayaran dikenakan kerana setelah lelongan dibuat bahawa anda tidak lagi mempunyai hak ke atas barang tersebut.


5.    Bolehkan saya mendapat kembali barangan kepunyaan saya yang telah dicuri dan telah dipajakkan?

Apabila sesuatu kecurian melibatkan barangan telah digadai maka pihak polis akan menyiasat. Setelah siasatan dijalankan dan dapat dituduh si pelaku itu di mahkamah, maka pihak mahkamah akan menentukan samada;

5.1.    Memerintahkan supaya barang itu diserah kepada pemunya asal samada dengan dibayar;

6.1.1.    Jumlah yang dipinjamkan oleh PPG serta dengan keuntungan yang kena bayar oleh pemunya asal kepada pihak PPG

6.1.2.       Pemunya asal tidak perlu membayar apa-apa bayaran
Sebagaimana yang difikirkan adil dan wajar memandang kepada kelakuan pemunya dan Pemegang Pajak Gadai dan hal keadaan kes itu.


7.    Bolehkah pihak Pajak Gadai melepaskan barang gadaian apabila ditebus oleh pihak ketiga?

Boleh. Pemegang Pajak Gadai boleh melepaskan barang gadaian apabila si penebus itu dapat mengemukakan Surat Pajak Gadai dan dianggap sebagai telah ada dalam miliknya sandaran yang dimaksudkan oleh Surat Pajak Gadai tersebut.


 

  •  
  • Email this page
  • 36858
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 19-09-2019 Jumlah Pelawat : 5482521
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini174 Minggu Ini8797 Jumlah Pelawat5482521