Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Soalan Lazim - Tribunal Pengurusan Strata

1. Apakah bidang kuasa TPS?
 
Bidang kuasa TPS dihadkan kepada suatu tuntutan untuk mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan jika jumlah keseluruhan yang berkenaan dengannya suatu award Tribunal diminta tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang ditetapkan untuk menggantikan jumlah keseluruhan itu.
 
   
2. Bolehkah isu yang sama difailkan di Tribunal dan mahkamah?
  i. Seksyen 106 dalam Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan bahawa jika suatu tuntutan difailkan dengan Tribunal dan tuntutan itu
   adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu tidak boleh menjadi
   perkara prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
 
  (a)   prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum tuntutan itu difailkan dengan Tribunal; atau
  (b)   tuntutan di hadapan Tribunal ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.
   
  ii. Jika suatu tuntutan difailkan dengan mahkamah, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang baginya prosiding itu adalah berkaitan itu
    tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika
    tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.
   
3. Apakah jenis tuntutan yang boleh difailkan?
  Tuntutan yang boleh difailkan adalah tuntutan yang dibuat berdasarkan empat belas (14) bidang kuasa Tribunal di bawah Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013.
 
     
4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?
  Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM250,000.
   
5. Apakah tempoh masa untuk memfailkan tuntutan?
  Subseksyen 105(2) dalam Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan bahawa Akta Had Masa 1953 [Akta 254] tidak terpakai bagi prosiding Tribunal.
     
6. Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan?
  Pihak yang ingin memfailkan tuntutan di Tribunal dinasihatkan untuk membuat aduan mengenai penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama kepada Pihak Pemaju/Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan (pihak yang bertanggungjawab untuk menyenggara dan menguruskan bangunan tersebut) dan Pesuruhjaya Bangunan masing-masing sebelum memfailkan tuntutan di Tribunal. Hal ini adalah kerana Pesuruhjaya Bangunan mempunyai kuasa untuk melaksanakan kewajipannya di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.
 
  Pihak Yang Menuntut hendaklah memfailkan 5 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TPS bersama dengan fi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM100 bagi kediaman atau RM200 bagi komersil/industri.
(Sekiranya terdapat lebih daripada seorang Pihak Penentang yang difailkan, mohon disertakan salinan tambahan Borang 1 bagi Pihak Penentang yang lain)
 
  i. Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh Pihak Yang Menuntut.
  ii. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    -
Satu salinan dokumen, rekod, bahan atau harta (yang mana berkenaan) untuk menyokong tuntutan
   
-
Bukti penyerahan Notis Pertama/Borang 11/Borang 20 hendaklah dikemukakan bagi tuntutan untuk Caj penyenggaraan
  iii.
 
Dua salinan Borang Butiran TPS (boleh dimuat turun dari laman sesawang Tribunal) hendaklah diisi dan diserahkan semasa pemfailan Borang 1.
   
 
  Pihak Penentang hendaklah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (sekiranya ada) dalam 5 salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM100 bagi kediaman atau RM200 bagi komersil/industri dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada Pihak Yang Menuntut.
     
     
     
     
   
     

Kemaskini pada 2018-05-21 10:21:53 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 12658
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 25-03-2019 Jumlah Pelawat : 3565641
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini31 Minggu Ini31 Jumlah Pelawat3565641