
Mewujudkan perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap dan efisien untuk menyumbang ke arah pelaksanaan dan pencapaian program-program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
|
|
 |
Merancang keperluan saiz tenaga manusia yang optimum untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
|
 |
Melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam yang melibatkan aspek perjawatan, perkhidmatan dan latihan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan bijaksana.
|
 |
Membantu menggubal dasar sumber manusia bagi Pihak Berkuasa Tempatan.
|
 |
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
|
 |
Menguruskan keutuhan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
|
|
 |
Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai tenaga manusia yang mencukupi dan digunakan secara optimum.
|
 |
Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai tenaga manusia yang berilmu, berdisiplin dan berdedikasi agar program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
|
|
1.
|
Memastikan 90% daripada kursus dan latihan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.
|
2.
|
|
Memastikan 90% daripada kursus dan latihan yang dirancang dapat diuruskan dalam tahun semasa.
|
3.
|
|
Memastikan proses kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.
|
4.
|
|
Memastikan 90% daripada aktiviti penyusunan semula organisasi dan perjawatan di Kementerian yang dirancang dapat dilaksanakan.
|
5.
|
|
Menyedia dan mengemaskini Senarai Perjawatan bagi penjawat awam Kementerian dalam tempoh tiga (3) bulan.
|
6.
|
|
Memastikan 90% daripada urusan penempatan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
|
7.
|
|
Memastikan maklum balas sesi kaunseling dikemukakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
|
8.
|
|
Mengadakan sesi kaunseling tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima.
|
9.
|
|
Memastikan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen diselesaikan dalam tempoh 10 hari (dari tarikh permohonan lengkap diterima) ke dalam sistem urusan perkhidmatan secara online (ePengesahan).
|
10.
|
|
Memastikan urusan permohonan persaraan wajib / pilihan ke JPA dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.
|
|
|
Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 11 & 12, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon |
: |
603-8891 5174 |
No. Fax |
: |
603-8891 3492
|
e-Mel |
: |
bhr@kpkt.gov.my |
|
Kemaskini pada 2017-12-29 14:53:42 daripada Administrator