Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
English | Chinese Soalan Lazim | Peta Laman | OWA 1GovUC
kpkt jatakpkt title
UMUM PERNIAGAAN WARGA

Bahagian Teknologi Maklumat


Bhg/Unit di KPKT

 
BTM
 

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Warga | Nota Kursus |
|
Muat Turun Borang | Mohon e-Mel | Etika Penggunaan Internet KPKTHelpDesk | Alamat Surat-Menyurat |



Visi

Sumber ICT yang optimum sebagai pemacu penyampaian perkhidmatan  dan perkongsian maklumat yang mudah dicapai dan berkesan bagi meningkatkan kualiti persekitaran hidup yang seimbang.

 

| ke atas |


Misi
Pelaksanaan dan pembudayaan ICT ke arah kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan KPKT.
 

| ke atas |


Objektif
pointer_purple

Meningkatkan kecekapan jentera dan sistem pengurusan Kementerian melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT.

pointer_purple

Mewujudkan satu sistem pengumpulan maklumat bersepadu Kementerian untuk kemudahan rujukan pihak Kementerian dan faedah kepada orang ramai.

pointer_purple

Menyediakan pegawai / kakitangan yang mahir dan celik IT.

 

| ke atas |


Fungsi
pointer_purple

Mengenalpasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi maklumat terkini yang bersesuaian untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

pointer_purple

Membantu pihak pengurusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaksanakan teknologi maklumat bersistematik dengan kos yang berpatutan.

pointer_purple

Membangun dan melaksanakan sistem-sistem berkomputer untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

pointer_purple

Merancang dan mengurus projek-projek pengkomputeran yang diluluskan oleh pengurusan.

pointer_purple

Mewujud dan menggalakkan penggunaan piawaian teknologi maklumat di KPKT.

pointer_purple

Membantu pihak pengurusan KPKT melaksanakan dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan teknologi maklumat yang ditetapkan oleh Kerajaan.

pointer_purple

Berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat di KPKT melalui kursus dan bengkel teknologi maklumat.

 

| ke atas |


Piagam Pelanggan
 

1.

Membangun dan   menambahbaik aplikasi melalui proses-proses analisis sistem, reka bentuk sistem, pengaturcaraan, pengujian sistem, dokumentasi dan latihan seperti berikut:

 

 
i. Membangunkan sistem aplikasi baru berdasarkan keperluan pengguna dalam tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan bergantung kepada kompleksiti sistem;
ii. Melengkapkan dokumentasi bagi setiap modul sistem aplikasi dalam masa satu (1) bulan selepas pemasangan; dan
iii. Mengadakan latihan bagi setiap modul sistem aplikasi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pemasangan.

2.

Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KPKT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

3.

Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web KPKT sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

4.

Mengemaskini Laman Web KPKT mengikut keperluan pengguna dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

5.

Membuat pemantauan akuan pematuhan Dasar Keselamatan ICT KPKT sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

6.

Mengurus permohonan e-mel warga KPKT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

7.  

Menyelesaikan aduan berkaitan aplikasi, perkakasan atau perisian ICT yang dihadapi oleh pengguna KPKT seperti berikut:  

 
i.

Menyelesaikan aduan berkaitan perkakasan/perisian bagi pengguna di Ibu Pejabat dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

ii.

Menyelesaikan aduan berkaitan perkakasan/perisian bagi pengguna di Cawangan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja;

iii.
Menyelesaikan aduan berkaitan sistem aplikasi yang tidak melibatkan Change Request dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan
 
iv. Menyelesaikan masalah/aduan berkaitan sistem aplikasi yang melibatkan Change Request dalam tempoh yang dipersetujui oleh pelanggan.
 
   

8.

Memproses permohonan penggunaan Bilik Makmal Komputer dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan.

9. Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web kementerian adalah 95%.

 


Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat.

 

| ke atas |


Warga

Sila klik Warga Kerja Bahagian Teknologi Maklumat.

 

| ke atas |


Nota Kursus

Untuk melihat nota kursus yang disediakan oleh pihak BTM, sila klik pada pilihan berikut:
[NOTA: Bagi memudahkan  proses muat turun,  mohon klik kanan pada pautan tersebut, pilih Save Target As dan simpan di dalam folder pilihan anda]

       Nota Open Office:

       pointer_purple Writer: Getting started with Writer

       pointer_purple Calc: Getting started with Calc

       pointer_purple Impress: Getting started with Impress

 

| ke atas |


Muat Turun Borang

Untuk memuat turun borang berkaitan BTM, sila klik Borang Perkhidmatan atau Pentadbiran BTM.

 

| ke atas |


Mohon e-Mel

Sila klik e-mel KPKT untuk memohon e-mel @kpkt.gov.my.

 

| ke atas |


Etika Penggunaan Internet KPKT

Sila klik untuk membaca panduan Etika Penggunaan Internet di KPKT.

 

| ke atas |


Dasar Keselamatan ICT KPKT

Sila klik Dasar Keselamatan ICT KPKT.

 

| ke atas |


HelpDesk

Sila klik  HelpDesk untuk menyatakan sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan kerosakan komputer atau e-mail.

 

| ke atas |


Alamat Surat - Menyurat
  Setiausaha Bahagian
  Bahagian Teknologi Maklumat
  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  Aras 13, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
  62100, Putrajaya, Malaysia. 

 

No. Telefon : 603-8891 5400
No. Fax : 603-8891 3181
e-Mel : btm@kpkt.gov.my                                                                                              

| ke atas |

 


Kemaskini pada 2017-01-16 11:24:47 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 7714
  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
  Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557  talk icon Maklumbalas Portal

  Dasar Keselamatan, Dasar Privasi & Penafian | Peta Laman | Soalan Lazim
  Paparan terbaik dengan skrin beresolusi 1024 x 786 piksel menggunakan browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
 
mla sprm mygov qrcode
 
 
Hari Ini1803
Jumlah Pelawat998279