Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman


youtube

facebook

twitter

instagram
 
Anda di sini : Laman Utama > PR1MA

PR1MA

MENGENAI PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden  bagi penduduk bandar berpendapatan pertengahan.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagi jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara.
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.


KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.

•    Warganegara Malaysia
•    Bujang atau berkahwin serta  berumur 21 tahun dan ke atas
•    Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500- RM15,000) sebulan
•    Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja


CARA MEMOHON

PENDAFTARAN

Buka akaun di www.pr1ma.my.  Lengkapkan borang pendaftaran anda.


PERMOHONAN

Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.


PEMBIAYAAN

PR1MA menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda.


Institusi- institusi yang terlibat:

•    Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak.
•    Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.


MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN

•    Pembayaran faedah dikenakan ketika dalam pembinaan dan bayaran ansuran bermula hanya apabila kediaman telah siap dibina.
*   Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank.


MORATORIUM

Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium.
Dalam konteks ini, tempoh moratorium dikenakan selama 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli.


Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF)

Skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi:
•    Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman
•    Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan


Untuk maklumat lanjut:


HUBUNGI KAMI

PERBADANAN PR1MA MALAYSIA Aras bawah, Blok F,  No. 2, Jalan PJU 1A/7A,  Oasis Square, Ara Damansara,  47301 Petaling Jaya,  Selangor, Malaysia.

Pertanyaan:
No Tel Pusat Panggilan: 03- 7628 9898 (Tutup pada cuti umum)
No. Fax : 03-7840 0268
Waktu Operasi: Hari: Isnin hingga Ahad Waktu: 9 pg - 6 ptg
 
Umum / Pendaftaran / Teknikal : info@pr1ma.my

Laman web: www.pr1ma.my

[ KLIK UNTUK INFOGRAFIK PR1MA ]

 
SUMBER: KPKT

Kemaskini pada 2019-05-28 16:10:16 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1070
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Tarikh Kemaskini : 23-07-2019 Jumlah Pelawat : 5341767
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini214 Minggu Ini3713 Jumlah Pelawat5341767