Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c RAKYAT | WARGA | OWA 1GOVUC
jata     mei2018  


youtube

facebook

twitter

instagram
 

Piagam Pelanggan KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:
 
  1.
 
Kelulusan permohonan  dikeluarkan dalam tempoh berikut:
 
    I.

 
Lesen baharu, pembaharuan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan & Jualan yang lengkap selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
 
    II.
 
Skim Pinjaman Perumahan selewat-lewatnya 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat;
 
    III.
 

Lesen Baharu dan Pembaharuan Lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja setelah pengesyoran lengkap dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diterima;

    IV.
 
Surat kelulusan bersyarat bagi lesen baharu PPW / PPG  selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan pendaftar;
 
    V.
 
Pembaharuan lesen PPW / PPG dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
 
    VI.
 
Perakuan Pelan Arkitektural dan Pelan Mekanikal & Elektrikal selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 
         
  2.
 
Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa 110 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.
 
         
  3. Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.
         
  4. Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh award.
         
  5. Maklumat gunatanah dikemaskini dan dimuatnaik ke pangkalan data sekali setiap enam (6) bulan.
     
     
  6.
 
Mesyuarat utama kementerian dilaksanakan seperti berikut:
 
    I.
 
Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara tiga (3) kali setahun;
 
    II.
 
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan satu (1) kali setahun;
 
    III. Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) satu (1) kali setahun.
         
         
  7.
 
Maklumbalas kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung permohonan pembangunan landskap dikemukakan dalam tempoh 10 hari bekerja.
         
  8.
 
Jentera Bomba pertama keluar dari Bay Jentera ke lokasi operasi kebombaan tidak melebihi 60 saat dari masa panggilan diterima di bilik kawalan balai.
         
  9.
 
Aduan PBT yang diterima oleh JKT: Memanjangkan aduan yang diterima daripada orang awam kepada PBT untuk siasatan awal dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
         
  10.


 
 Tindakan siasatan Jabatan Teknikal JKT: Melaksanakan siasatan seperti kejadian (banjir, pencemaran, tanah runtuh, kesihatan dan sebagainya) yang dimaklumkan oleh pihak PBT dan menyediakan laporan dalam tempoh 30 hari bekerja, bergantung kepada kes.
 
         
  11.

 
 Pelaksanaan kursus I-KPKT mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 3.75 pada skala 1-5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian.
 
         
  12.
 
 Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari selepas maklumat lengkap diterima.
 
         
  13.
 
 Respons terhadap aduan pelanggan diberikan dalam tempoh masa yang berikut:
 
 
    I.
 
Akuan penerimaan aduan/pertanyaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja dari tarikh diterima;  
    II.
 
Maklum balas awal dalam tempoh lima (5) hari bekerja; dan  
    III.
 
Penyelesaian aduan dalam tempoh 15 hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.  
         
         
         
      Tarikh Kemaskini : 22 Mei 2018  
         

Kemaskini pada 2018-05-22 09:24:48 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 22410
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
Tarikh Kemaskini : 22-06-2018 Jumlah Pelawat : 2992469
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari Ini906 Minggu Ini8987 Jumlah Pelawat2992469