::: FAEDAH PROGRAM LA21 KEPADA ANDA
Sebagai individu:
  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
  • Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

Sebagai persatuan atau syarikat:

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.
  • Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.


Sebagai wakil kerajaan:

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan.
  • Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua.
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.
 
::: APA YANG BOLEH ANDA BUAT?
  • Sertailah pertubuhan-pertubuhan, program-program dan aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial dalam kawasan anda.
  • Hubungilah pihakberkuasa tempatan anda (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Dewan Bandaraya) untuk menyertai program-program alam sekitar dan sosial.
  • Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya mencintai alam sekitar.

Jika anda tinggal di kawasan tapak-tapak projek Miri, Petaling Jaya, Kerian atau Kuantan, sila hubungi Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran masing-masing untuk menyertai program Local Agenda 21 di tempat anda.

 
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara@BTM 2004