Font Hitam ori 1 2 3 4 Font Kecil Font Pertengahan  Font Besar  Font Merah Font Biru Font Hijau EN
 

 
header  
 

Negara_Taman
Aduan_TABB
Pelan_Konsep_TABB
Dasar_Landskap_Negara
Blog

Perkhidmatan

Web Mail KPKT

 Username

 Password

 Ingati saya

 

Langganan Berita

Jika anda ingin menerima berita kami, sila masukkan e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

Program-Program

Jabatan Landskap Negara


Program 1
Pembangunan Taman Awam & Rekreasi


Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi merupakan program utam ajabatan yang melaksanakan arahan kerajaan supaya dibangunkan tamna-taman awam yang berfungsi dan indah. Di saping itu juga pembinaan Taman Awam ini adalah untuk memupuk dan membudayakan kehidupan sihat di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di bawah program ini terdapat 4 projek pembangunan yang terdiri dari :

  1. Pembangunan Taman Awam Baru
  2. Naik Taraf Taman Awam
  3. Taman Persekutuan
  4. Pembangunan Rekreasi Awam

PROGRAM PEMBANGUNAN TAMAN AWAM DAN REKREASI

Program Pembangunan Taman Awam adalah bagi melaksanakan arahan kerajaan supaya dibangunkan taman-taman awam di seluruh negara. Ia merupakan program utama pihak Jabatan Landskap Negara dengan objektif untuk mewujudkan lebih banyak taman-taman awam dalam bentuk yang lebih sempurna.  Di bawah program ini terdapat empat (4) projek pembangunan yang terdiri dari Pembangunan Taman Awam Baru, Naik Taraf Taman Awam, Pembangunan Taman Persekutuan, dan Pembangunan Rekreasi Awam. Dengan pelaksanaan projek-projek ini, ianya nyata dapat memberikan ruang yang selesa dari aspek rekreasi dan keindahan di sekitar kawasan penduduk setempat.

 

PEMBANGUNAN TAMAN AWAM BARU

Projek ini menyediakan rangkaian taman awam dan kemudahan rekreasi yang mencukupi mengikut piawaian perancangan kawasan lapang dan rekreasi. Ia dirancang bagi memenuhi keperluan rekreasi awam berasaskan piawaian perancangan kawasan lapang dan rekreasi keperluan 21.3 juta penduduk bandar pada tahun 2010 adalah 358 taman bandar dan 1220 taman kejiranan.

 

NAIK TARAF TAMAN AWAM

Projek Naik Taraf Taman Awam akan meningkatkan kualiti dan menambahkan bilangan serta fungsi kemudahan taman di bawah kelolaan PBT.  Keutamaan diberi kepada projek menaik taraf rekabentuk dan kemudahan di taman sediada terutamanya taman kejiranan seperti alat permainan,litar cergas dan perabot taman.

 

PEMBANGUNAN TAMAN PERSEKUTUAN

Taman Persekutuan adalah sebuah taman yang dimiliki dan ditadbirurus oleh kerajaan persekutuan sebagai satu kawasan rekreasi awam berskala besar (100 ha) dan mengutamakan pengekalan sumber semulajadi untuk rekreasi.

 

PEMBANGUNAN REKREASI AWAM

Menyokong pembangunan program ‘mass recreation' di taman-taman awam dengan mewujudkan kepelbagaian program rekreasi untuk masyarakat  dan memperkenalkan budaya dan keindahan negara kita.

 

Program 2

Pembangunan Landskap

Di bawah Program Pembangunan Landskap pelbagai projek telah dirangka untuk membantu mencapai usaha melandskapkan negara. Ia meliputi kawasan pembandaran, jalan raya, tepian sungai/laut, kawasan perumahan/kampung dan bangunan kerajaan.

Anrtara prjek tersebut adalah:

  1. Pelan Induk Landskap
  2. Penghijauan Negara
  3. Pembangunan Persekitaran Kehidupan
  4. Kempen Tanam Pokok
  5. Kempen Tanam Pokok Bunga Raya

 

KAJIAN PELAN INDUK LANDSKAP (PIL) 

Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan landskap di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia mengariskan cadangan dalam bentuk polisi, stategi, kaedah kawalan, garis panduan pelaksanaan dan cadangan projek landskap yang sesuai untuk pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

PENGHIJAUAN NEGARA

Projek Penghijauan Negara dilaksanakan bagi mewujudkan kesinambungan dalam menyediakan persekitaran hidup yang indah, selesa dan selamat dalam proses membangunkan negara. Pelaksanaan projek-projek ini akan dapat menyokong pengwujudan persekitaran kehidupan yang kondusif serta mampan. Ia meliputi :

Legaran Bandar
Legaran Bandar melibatkan kawasan seperti laluan utama dan kawasan komersial yang berpotensi sebagai penjana ekonomi dan sejarah.  Ia berkonsepkan ‘pedestrian mall' yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan  seperti laluan pejalan kaki, kiosk, gerai kraftangan, ruang makan luaran arca dan juga penanaman pokok-pokok teduhan.

 

Taman Poket
Merupakan sebuah ruang hijau di antara ruang-ruang fizikal tepubina bandar bertujuan untuk mengurangkan kesan kepanasan dan memperbaiki mutu alam sekitar dan visual di damping mengimbangi sistem ekologi persekitaran setempat.

 

Jalan Protokol
Pembangunan ini adalah untuk mewujudkan suatu imej atau karekter jalan masuk utama ke kawasan bandar. Pembangunan in imemberi keutamaan kepada imej bandar dan fungsi jalan disamping menekankan faktor keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki. Rangkaian pokok teduhan dan lampu jalan disulami dengan tanaman renek mencatikkan lagi pemandangan ketika pemanduan.

 

Promenade & Waterfront
Pembangunan ini melibatkan kawasan hadapan air samada sungai atau laut yang boleh berfngsi sebagai ruang rekreasi santai.

 

Greenways, Greenbelts dan Urban Woodland
Pembangunan ini adalah untuk mewujudkan rangkaian hijau dalam mengimbangi sistem ekologi bandar yang membentuk satu hubungan laluan yang selesa dan selamat.

 

PEMBANGUNAN PERSEKITARAN KEHIDUPAN

Dibawah pembangunan ini pihak jabatan telah menyediakan rekabentuk dan khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi kerajaan yang lain mengenai usaha melandskapkan kawasan agar berfungsi sebagai kawasan yang menarik dan memenuhi keperluan setempat.

 

KEMPEN TANAM POKOK

Kempen Tanam Pokok telah dilancarkan pada 3 Mac 1997 sempena sambutan Hari Landskap Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar di seluruh negara yang menyasarkan sebanyak 20 juta pokok menjelang 2020.

 

KEMPEN TANAM POKOK BUNGA RAYA

kempen ini telah dilancarkan pada 3 Mac 2005 sempena Hari Landskap Negara. Kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penanaman pokok bunga raya di kediaman, premis perniagaan dan bangunan Kerajaan sesuai dengan status Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

 

Program 3

Promosi dan Pembangunan Industri

Dalam usaha untuk menjadikan Pembangunan Landskap di hayati oleh semua lapisan masyarakat, pihak jabatan memberi perhatian kepada usaha mempromosi pembangunan industri landskap agar mencapai misi negara taman. Antara program yang dianjurkan dalah seperti:

  • Hari Landskap Negara
  • Festival Antarabangsa Landskap & Taman (LAMAN)
  • Karnival Industri Landskap Malaysia
  • Trees For Life
  • Hutan Kita-Kiara

 

HARI LANDSKAP NEGARA

Hari Landskap Negara peringkat kebangsaan telah diisytiharkan disambut pada 3 Mac setiap tahun

Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan di kalangan semua pihak terhadap landskap dan seni taman.

Hari Landskap Negara juga diadakan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada semua pihak diatas usaha meningkatkan kehijauan, kualiti landskap dan seterusnya menerapkan budaya landskap disemua peringkat masyarakat sebagai gaya hidup seharian. 

 

FESTIVAL ANTARABANGSA LANDSKAP & TAMAN (LAMAN)

Festival LAMAN merupakan festival luaran landskap taman yang dapat merangsang pembangunan industri landskap negara, meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia dan antarabangsa terhadap landskap taman dan bunga-bunga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman menjelang 2020.

Festival ini mengumpulkan penggiat-penggiat industri landskap seperti Hortikultur, Flora dan Bunga-bungaan, pereka-pereka seni taman, pengusaha tapak semaian, kontraktor landskap, pangeluar perabot dan aksesori taman, pengeluar jentera taman dan juga mempamerkan seni rekabentuk taman saripada agensi kerajaan dan juga pehak swasta.

Ia mewujudkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan persekitaran kehidupan yang selesa indah, rekabentuk dan amalan terbaik pembangunan landskap disamping mempromosi produk-produk dan perkhidmatan industri landskap. Festival ini juga disasarkan untuk menjadi satu produk pelancongan Negara.

 

KARNIVAL INDUSTRI LANDSKAP MALAYSIA

Aktiviti ini merupakan suatu fiesta jualan berkonsepkan 'one stop' niaga yang menjual pelbagai produk landskap secara besar-besaran. Di samping itu juga, terdapat pameran bahan landskap dan khidmat nasihat percuma mengenai jenis teknologi dan kaedah semasa perlandskapan di Malaysia.

 

TREES FOR LIFE

Aktiviti yang berbentuk kempen ini meruoakan usaha kerajaan yntuk memberi ksedaran kepentingan pokok dalam kehidupan. Kesedaran masyarakat adalah penting bagi menjamin keseimbangan ekosistem dan pengekalan alam sekitar yang indah untuk generasi akan datang.

 

HUTAN KITA-KIARA

Program Hutan Kita-Kiara telah dirasmikan pada 15 feb 2009 oleh Y.A. Bhg Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia di Taman Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ia merupakan aktiviti penanaman pokok dan pengekalan ciri alam sekitar di Bukit Kiara dengan kerjasama badan bukan Kerajaan seperti Landskap Malaysia, Institusi Landskap Arkitek Malaysia (ILAM) dan Friend of Bukit Kiara(FOBK).

Program 4
Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap


 Program in imenekankan kepada penyelidkan dan pemuliharaan sumber landkap seperti kajian tanaman, kajian rekabentuk dan projek pemuliharaan kawasan landskap semulajadi agar dapat befungsi dengan baik dan berkesan. Antara sub program yang di jalankan adalah:

  • Penyelidikan Rekabentuk landskap
  • Penyelidikan Teknologi Landskap
  • Taman Botani
  • Pemuliharaan dan Pemuliharaan Landskap

PENYELIDKAN REKABENTUK LANDSKAP

Penyeledikan Rekabentuk Landskap merupakan satu program yang mengandungi ciri-ciri penyelidikan horticultur dan senibina dengan perbezaan tumpuannya terhadadap rekabentuk landskap kejur dan rekabentuk landskap lembur. Penyelidikan rekabentuk ini akan membantu negara dalam menyediakan ruang luaran yang berfungsi, selesa dan berkesan tanpa mengabaikan ciri-ciri estatik yang diharapkan.

PENYELIDIKAN TEKNOLOGI LANDSKAP

Program Penyelidikan Teknologi Lanskap melibatkan komponen-komponen yang berkaitan dengan landskap kejur, landskap lembut, sistem pengurusan, penggunaan mesin dan peralatan serta kaedah perlaksanaan pembinaan, pengurusan dan penelenggaraan lanskap.

TAMAN BOTANI

Mewujudkan kawasan pemuliharaan ex-situ sebagai koleksi tanaman dalam bentuk asal sebagai sumber khazanah negara, pendidikan dan rekreasi pasif.

  • Taman Botani merupakan sebuah muzium hidup yang menempatkan spesis tumbuh-tumbuhan yang ditanam bagi tujuan koleksi, keperluan penyelidikan sains dan seni tumbuhan serta untuk tujun rekreasi pasif.
  • Pendekatan konsep Taman Botani menerapkan kaedah pemeliharaan dan juga pemuliharaan dimana pokok-pokok sediada dibiarkan hidup secara semulajadi dan penanaman spesis-spesis baru dibangunakan mengikut konsep tertentu dengan mengelakkan gangguan secara minimum.

PEMULIHARAAN DAN PEMULIHAAN LANDSKAP

Memelihara, memulihara dang menguruskan sumber landskap semulajadi, berkualiti tinggi dan mempunyai 'genius loci' seperti visual, habitat dan ekosistem, geologi dan tumbuhan yang membentuk karekter setempat. Dengan menggunakan pendekatan memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar sebagai punca ekosistem sokongan hidup, sumber ekosistem bernilai tinggi dan ekosistem tebatan bencana. Projek Pemuliharaan dan Pemuliharaan Landskap merupakan pendekatan yang holistic bagi memastikan sumber landskap yang menghadapi kepupusan dipulihara dan sumber jaya landskap yang rosak dipulihkan untuk faedah generasi hari ini dan akan datang.

Program ini dibahagikan kepada 4 sektor:

  • Sektor Landskap Warisan
  • Sektor Landskap Sensitif Alam Sekitar
  • Sektor Landskap Pelancongan
  • Sektor Landskap Kawasan Tanah Terganggu

Program 5
Pengurusan Landskap


Pengurusan landskap merupakan elemen penting bagi memastikan kaedah tanaman dan landskap sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik. Antara sub program yang terdapat di bawah program ini adalah:

  • Penyelenggaraan Taman Awam dan Landskap
  • Pembangunan Unit Penyelengaraan
  • Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap

 

PENGURUSAN TAMAN AWAM DAN LANDSKAP

Tujuan - Memberi sokongan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dalam penyelenggaraan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam taman awam dan projek landskap

Peruntukan diberikan untuk menyelenggara landskap lembut, landskap kejur, peralatan permainan kanak-kanak dan penyelengaraan utliti.

 

PEMBANGUNAN UNIT PENYELENGGRAAN/ARBORIKULTUR PBT

Pembangunan Unit Penyelenggaraan bertujuan untuk membantu pihak PBT yang tidak berkemampuan disebabkan kekurangan sumber kewangan, menyediakan peralatan dan jentera yang digunakan di dalam kerja-kerja penyelenggaraan. Di samping itu, melalui projek ini latihan akan diberikan kepada pengurus dan kakitangan yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan arborikultur mengenai aspek pengurusan hutan bandar (Urban Forest) yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, lembur dan kejur.

 

PEMBANGUNAN PIAWAI PENGURUSAN LANDSKAP

Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap bertujuan untuk mendapatkan piawai pengurusan yang pratikal dan terbaik. Dengan adanya piawai yang seragam (standard) akan sapat membantu PBT, agensi kerajaan dan yang terlibat di dalam pembangunan; landskap melaksanakan amalan pengurusan san penyelenggaraan terbaik yang meliputi aspek-aspek hortikultur, arborikultur, amentiti, struktural dan badan air.

eLANDSCAPE
Sistem Pengurusan Maklumat Landskap


Sistem Pengurusan Maklumat Landskap (eLANDSCAPE) yang dibangunkan akan dijadikan sebagai satu sistem pengurusan  maklumat landskap yang komprehensif dan mudah dicapai, untuk panduan serta rujukan semua pengguna. Ianya akan merupakan satu sistem bersepadu berkenaan pengurusan maklumat landskap secara web based, yang merangkumi kesemua modul perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap di seluruh negara.

 

Sistem ini diharapkan dapat membantu di dalam memantau dan menyelaras pembangunan projek-projek landskap yang telah, sedang serta yang akan dilaksanakan di seluruh negara bagi memenuhi keperluan serta kehendak pengguna, di samping mematuhi polisi-polisi pelandskapan yang telah ditetapkan melalui satu sistem pengurusan pembangunan projek yang efektif.

 

Juga sebagai pemudah cara bagi pihak jabatan dan kementerian amnya di dalam membuat penilaian, analisis, unjuran serta kajian mengenai pelbagai aspek pelandskapan di seluruh negara; dan menyediakan satu saluran interaktif kepada pengguna atau pelanggan untuk mengemukakan sebarang maklum balas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan.

 
Jumlah Capaian : 604401
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
  Hakcipta Terpelihara © 2009-2014 | Jabatan Landskap Negara
Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian  | Soalan Lazim | Bantuan |  Peta Laman
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Kemaskini : Ahad, 26 Oktober 2014