FUNGSI

Fungsi utama JPN dibahagikan kepada:

i) Fungsi Pentadbiran dan Pembangunan

  • Menjalankan urusan pentadbiran, kewangan dan perjawatan jabatan               
  • Menyediakan asas-asas untuk merancang strategi dan pembentukan garis panduan pelaksanaan serta penyelenggaraan Program Perumahan Rakyat (PPR)
  • Mengkaji kemungkinan dari segi ekonomi dan kejuruteraan terhadap projek-projek PPR
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai keperluan perumahan khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dari segi jumlah dan lokasi
  • Menilai dari segi teknikal dan operasi terhadap projek-projek PPR

ii) Fungsi Pelaksanaan Projek

  • Melaksana dan mengawasi Projek-projek PPR
  • Menyediakan khidmat teknikal seperti ukur tanah, senibina, kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, urusan tender dan pengurusan kontrak dalam pelaksanaan projek-projek PPR

iii) Fungsi Perancangan Dan Pemantauan

  • Menyediakan pelan pelaksanaan PPR
  • Mengenalpasti dan perolehan tapak projek
  • Menyelaras pemilihan pembeli-pembeli rumah PPR
  • Memantau progres pelaksanaan projek PPR dan menyediakan laporan-laporan prestasi projek
  • Menyelaras urusan penempatan semula setinggan
  • Urusan tabung pusingan PPR Dimiliki


FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN


Bahagian Pentadbiran & Kewangan || Bahagian Pembangunan & Penyelarasan || Bahagian Pengurusan Setinggan || Bahagian Seni Bina || Bahagian Kejuruteraan Struktur || Bahagian Kejuruteraan Awam || Bahagian Pengurusan Kontrak || Bahagian Kejuruteraan Elektrikal & Mekanikal || Bahagian Pengurusan Projek || Pejabat-pejabat Wilayah JPN

---------------------------------------------------------------------

i) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Fungsi utamanya ialah untuk memberi perkhidmatan gunasama kepada JPN dalam hal-hal pentadbiran, belanjawan, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, pengurusan pejabat dan kakitangan secara umum.

---------------------------------------------------------------------

ii) Bahagian Pembangunan dan Penyelarasan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menghasilkan maklumat-maklumat yang tepat dan kemaskini untuk menggubal dasar, strategi dan perancangan program perumahan kos rendah bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat serta menentukan program perumahan negara berjalan dengan teratur dan mencapai matlamatnya. Fungsi-fungsi utama bahagian ini adalah diringkaskan seperti berikut:-

  • Membentuk dasar dan menyediakan perancangan berkaitan dengan perumahan kos rendah serta ditugaskan untuk mengkaji dan menilai cadangan-cadangan semua projek perumahan.
  • Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh Agensi-agensi Kerajaan.
  • Menyedia, mentafsir dan menyebarkan perangkaan yang boleh dipercayai dan bertepatan masa secara cekap dan berkesan untuk tujuan pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar perancangan pembangunan perumahan supaya aspirasi negara ke arah penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh semua warga Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah dapat dipenuhi.
  • Membuat dan mengembangkan kajian mendalam dalam bidang pelan susunatur tapak, reka bentuk bangunan, reka bentuk struktur dan lanskap supaya dapat menghasilkan satu penemuan tata atur dan reka bentuk bangunan yang kosnya kurang, selesa, selamat dan mengekalkan alam persekitaran yang cantik, bersih dan tidak merosakkan alam semula jadi.
  • Mengkaji infrastruktur kawasan perumahan terutamanya jalan, kemudahan awam, tempat riadah, perparitan, bekalan air, pembetungan dan rawatan air kumbahan dan sampah sarap.
  • Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain dalam atau luar negeri yang menjalankan penyelidikan saintifik, teknikal dan ekonomi mengenai industri perumahan. Bahagian ini akan mempromosikan hasil penyelidikan di kalangan kerajaan dan secara komersial di kalangan sektor swasta.
  • Mengkaji dan mengembangkan hasil kajian dalam bidang teknologi binaan dan bahan-bahan binaan. Penyelidikan adalah ditumpukan kepada teknologi binaan yang moden dan bahan-bahan binaan yang lebih bermutu, murah dan tahan lama. Di samping itu, bahagian ini berusaha mewujudkan pengusaha-pengusaha tempatan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar bagi merebut peluang dari hasil penyelidikan bahagian ini. Bahagian ini juga menggalakkan penyelidikan berterusan dan pengeluaran secara komersial teknik dan bahan-bahan yang telah dihasilkan dengan berkesan.

[ Atas ]

---------------------------------------------------------------------

iii) Bahagian Pengurusan Setinggan

  • Menyediakan pelan tindakan setinggan.
  • Menyelaras maklumat dan data-data setinggan.

·        Menyelaras pelaksanaan penempatan setinggan dari aspek-aspek berikut :

o       Projek-projek pembangunan persekutuan

o       Penyelesaian masalah setinggan

o       Pengeluaran garis panduan dan peraturan -    peraturan

o       Sistem maklumat dan data-data

o       Laporan penempatan semula setinggan

o       Menyelaras pengkalan data setinggan

o       Menyediakan laporan-laporan semasa kepada Kementerian dan pihak-pihak tertentu

·        Urusetia mesyuarat :

o       Jawatankuasa Kabinet Mengenai setinggan di         Lembah Kelang.

o       Jawatankuasa Tindakan Setinggan.

o       Jawatankuasa Induk Setinggan.

---------------------------------------------------------------------

iv) Bahagian Seni Bina

  • Peranan utama bahagian ini ialah menyediakan pelan-pelan tata atur, reka bentuk, lukisan kerja rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah untuk projek-projek Perumahan Awam Kos Rendah dan projek-projek Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dengan berpandukan kepada garis panduan perancangan, akta dan undang-undang kecil bangunan serta menitik beratkan kos yang ekonomik, keselesaan, kesihatan dan mutu yang baik.
  • Bahagian ini juga menyediakan pelan setara untuk kemudahan awam seperti surau, dewan, balai raya dan tadika.
  • Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengurus dan mendapatkan kelulusan dari semua jabatan teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan dari peringkat perancangan sehingga pengeluaran Sijil Layak Menduduki dan bertanggungjawab membantu bahagian-bahagian perumahan di peringkat negeri bagi mendapatkan hak milik lot-lot perumahan untuk projek-projek yang dilaksanakan oleh JPN.

[ Atas ]

---------------------------------------------------------------------

v) Bahagian Kejuruteraan Struktur

  • Menjalankan kerja mengkaji tanah untuk sesuatu projek dan menyediakan laporan yang berkaitan.
  • Menyedia rekabentuk asas yang bersesuaian dengan hasil kerja tanah yang telah dijalankan.
  • Menyedia rekabentuk struktur semua jenis rumah yang dilaksanakan oleh JPN dan lukisan-lukisan yang berkaitan.
  • Menyedia dokumen meja tawaran untuk kerja cerucuk.
  • Memberi khidmat nasihat dalam hal-hal yang berkaitan kerja kejuruteraan struktur.

[ Atas ]

---------------------------------------------------------------------

vi) Bahagian Kejuruteraan Awam

·        Mengkaji kesesuaian sesuatu tapak projek dari segi kejuruteraan dan ekonomi sebelum projek tersebut dimulakan.

·        Mengurus, menyelaras serta mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan penyediaan rekabentuk infrastruktur seperti sistem-sistem jalan, perparitan, perawatan najis dan air kumbahan, retikulasi berkaitan air, kerja tanah dan lain-lain yang berkaitan dengan merujuk kepada agensi-agensi kerajaan lain seperti JKR, JPS, JBA dan lain-lain.

·        Menjalankan kerja mengukur tanah dan sempadan.

·        Memberi khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan dengan Kejuruteraan Awam.

-----------------------------------------------------------------

vii) Bahagian Pengurusan Kontrak

1. Pengurusan Tender dan Kontrak

1.1. Khidmat kepakaran ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak

 

Perkhidmatan Pra Kontrak

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan kos dan ekonomi pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos terhadap kerja yang direkabentuk.
  • Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang lain. Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender dan pengurusan kontrak.

Perkhidmatan Pos Kontrak

  • Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran interim.
  • Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat laporan tender untuk kerja bekalan bahan-bahan yang terkandung dalam kontrak sebagai Wang Pos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.
  • Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender.
  • Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak.
  • Menyedia dan mengedar dokumen kontrak.
  • Menyediakan penilaian kerja perubahan dan Perakuan Perubahan Kerja.
  • Menyediakan Pelarasan Harga Kontrak dan Akaun Muktamad.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam pentadbiran kontrak seperti Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa, Perakuan Kerja Tak Siap, notis-notis bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor, dsb.
  • Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu didalam kes timbangtara dan dakwaan mahkamah.

1.2. Khidmat audit teknik.

1.3. Khidmat nasihat tender dan kontrak.

1.4. Pemantauan perkhidmatan yang diberi oleh perunding.

1.5. Khidmat keurusetiaan tender & kontrak.

1.6. Pemantauan prestasi kontraktor.

2. Khidmat Kos

2.1. Menyelenggara pengkalan data kos seperti harga bahan binaan, upah buruh, sewa loji dan sebagainya.

3. Pembangunan Dan Penyelidikan

3.1. Khidmat keurusetiaan perlaksaan ISO 9000.

[ Atas ]

---------------------------------------------------------------------

viii) Bahagian Kejuruteraan Elektrikal & Mekanikal

·        Bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk dan menyelia kerja-kerja pemasangan elektrik untuk luar dan dalam bangunan, sistem telekomunikasi, sistem antena TV sepusat, sistem pencegahan kebakaran dan lain-lain sistem bagi semua projek JPN.

·        Bertanggungjawab memastikan keperluan kerajaan di dalam “Need Statement” menepati garis panduan perumahan yang dikehendaki jabatan dalam semua projek JPN.

·        Berhubung dengan TNB, PBT dan agensi lain yang berkaitan mengenai keperluan masing-masing dari aspek kejuruteraan elektrik dalam semua projek JPN.

·        Penyediaan dan penilaian tender dari aspek kejuruteraan elektrik untuk projek Design & Build.

·        Menyediakan dan mengemukakan pelan susunatur lampu jalan sebagaimana di persetujui oleh PBT kepada TNB untuk pembelian dan pemasangan.

·        Merancang keperluan sistem mekanikal dalam bangunan dan merekabentuk sistem dan kelengkapan mekanikal.

·        Penyediaan dan penilaian tender dari aspek kejuruteraan mekanikal bagi projek Design & Build.

·        Menyelaras dan mengawas pemasangan sistem mekanikal bagi memastikan sistem berfungsi.

·        Memberi khidmat nasihat dalam aspek mekanikal kepada jabatan dan kementerian.

---------------------------------------------------------------------      

ix) Bahagian Pengurusan Projek

Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh bahagian ini untuk menyempurnakan tanggungjawabnya adalah:-

  •  

Mengurus pelaksanaan dari segi perancangan, penyelarasan, pengesanan serta penilaian dari awal sehingga akaun ditutup;

  •  

Memberi input dan nasihat kepada jawatankuasa-jawatankuasa perancangan projek, penyelarasan dan pengesanan;

  •  

Menyediakan laporan-laporan kajian kemungkinan projek dan laporan-laporan kemajuan, penilaian serta prestasi projek-projek;

  •  

Menyediakan dokumen-dokumen meja tawaran dan kertas-kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti penyelarasan dan pelaksanaan projek;

  •  

Menyediakan anggaran-anggaran belanjawan tahunan bagi penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek;

  •  

Bertindak sebagai urusetia perhubungan antara JPN dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan lain.

[ Atas ]

---------------------------------------------------------------------

x) Pejabat-Pejabat Wilayah

  • Setiap Pejabat Wilayah berfungsi sebagai wakil Kerajaan Persekutuan untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri dalam membuat unjuran keperluan perumahan, mengenalpasti tapak-tapak projek perumahan yang baru dan membuat kajian kemungkinan dan potensi berdaya maju dalam tugas penentuan tapak projek.
  • Pejabat-pejabat ini dibahagikan kepada enam wilayah, iaitu :

a) Wilayah Utara (merangkumi Perlis, Kedah dan  Pulau Pinang)
b) Wilayah Tengah (Perak)
c) Wilayah Barat (Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka)
d) Wilayah Selatan (Johor)
e) Wilayah Timur (Kelantan dan Terengganu)

f)  Wilayah Sabah/Sarawak (Sabah dan Sarawak)

  • Pejabat-pejabat cawangan ini bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi kerja pembinaan agar mengikut spesifikasi dan kualiti yang diperlukan dan segala perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kontrak seperti penyediaan interim kepada kontraktor, arahan perakuan perubahan, sijil perakuan kelambatan kerja, sijil siap kerja, sijil perakuan muktamad dan kerja pembaikan kecacatan sehingga mendapat sijil kelayakan menduduki.
  • Pejabat-pejabat Wilayah juga bertindak membantu Kerajaan Negeri untuk mengesan, mengawal dan menyelaras pelaksanaan projek-projek perumahan di peringkat negeri samada dilaksanakan oleh Agensi-agensi Kerajaan ataupun pihak swasta serta memajukan pusat maklumat perumahan dan sistem pendaftaran terbuka.
  • Pejabat-pejabat Wilayah akan bertindak sebagai penggalak penggunaan bahan tempatan dan teknologi baru dalam industri perumahan supaya pelanggan mendapat kemudahan perumahan yang berkualiti dan lebih selesa dengan harga yang berpatutan.

[ Atas ]

 

 

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Paras 6- 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Tel : 603 - 2094 7033 Faks : 603 - 2094 7033
Hak Cipta © Terpelihara KPKT 1999-2004