PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Datang.

Pengwujudan laman JPN ini adalah merupakan satu titik tolak bersejarah dalam konteks pengurusan JPN yang sama menyertai perkembangan teknologi maklumat (Information Technology) dan seterusnya memanfaatkan hasil IT yang secara langsung dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan organisasi JPN.

Sebagaimana kita sedia maklum, IT adalah merupakan asas kepada kejayaan usaha-usaha reformasi dalam Perkhidmatan Awam. Oleh itu, pengwujudan laman JPN ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membangun satu rangkaian komunikasi bersepadu di semua peringkat pentadbiran agensi sektor awam. Saya yakin dan percaya dengan wujudnya laman JPN ini, pihak awam akan memperolehi maklumat yang kemaskini mengenai JPN secara yang lebih cepat, tepat dan telus yang seterusnya akan membantu meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan JPN kepada pelanggan-pelanggannya. Pihak awam akan lebih mudah akses kepada maklumat mutakhir mengenai peranan dan fungsi sebenar yang dilaksanakan oleh JPN dalam konteks pembangunan perumahan negara. Penyebaran maklumat yang pantas ini akan membantu pelanggan JPN membuat perancangan mengenai apa juga bentuk urusan dengan JPN secara yang lebih teratur dan berkesan.

Akhir kata saya ingin menggesa semua pegawai dan kakitangan JPN agar menjadikan IT sebagai budaya kerja dan berusaha melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan IT supaya kita terus mampu bersaing dalam dunia pentadbiran yang semakin kompleks dan penuh mencabar dewasa ini.

Sekian.

(Y.Bhg. Dato' Abu Bakar bin Hassan)
KP/JPN

kpjpn@kpkt.gov.my

 

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Paras 6- 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Tel : 603 - 2094 7033 Faks : 603 - 2094 7033
Hak Cipta © Terpelihara KPKT 1999-2004