PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan kemampuan sektor perumahan melalui penggubalan dasar-dasar dan perundangan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan sektor perumahan bagi memastikan pembangunan perumahan yang mencukupi, berkualiti, mampu dan selamat bagi semua golongan masyarakat.

  2. Membuat perancangan dan pelaksanaan program-program perumahan awam kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.
  3. Memastikan kemajuan pelaksanaan program-program perumahan swasta berjalan lancar.
  4. Meluluskan semua permohonan Lesen Pemaju Perumahan, Permit Iklan dan Jualan dan permohonan-permohonan lain yang berkaitan yang lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan.
  5. Memberi maklumbalas kepada sebarang pertanyaan dan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pertanyaan dan aduan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan hingga 12 bulan (bergantung kepada kes, pertanyaan atau aduan).

  6. Meluluskan semua permohonan pinjaman perumahan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat skim ini dalam tempoh 17 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
 

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Paras 6- 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Tel : 603 - 2094 7033 Faks : 603 - 2094 7033
Hak Cipta © Terpelihara KPKT 1999-2004