MATLAMAT SETINGGAN SIFAR

a) Latar Belakang

Menurut Banci 2000 penduduk Malaysia telah dianggarkan berjumlah 23.27 juta berbanding dengan Banci 1991 iaitu 18.38 juta. Jumlah ini merupakan penambahan sebanyak 4.9 juta orang atau memberikan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 2.6 dalam tempoh antara banci 1991 – 2000.

Penduduk kawasan Bandar telah meningkat dari 50.7% (1991) ke 62 % (2000). Proses urbanisasi tertumpu kepada pembangunan industri, pelaburan, infrastruktur, perkhidmatan sosial dan ekonomi. Perindustrian dan perbandaran mewujudkan peluang ekonomi yang lebih dipusat-pusat bandar. Peningkatan penduduk bandar, tidak sejajar dengan pembekalan perumahan maka wujud kawasan penempatan setinggan.

Setinggan dapat didefinasikan sebagai aktiviti penerokaan/ pendudukan/ pembinaan bangunan di atas tanah hak kepunyaan pihak lain (sama ada tanah kerajaan, tanah rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dll) secara haram/tidak sah dari segi undang-undang.

b) Isu & Masalah

Pelbagai isu-isu dan masalah berkaitan seperti kesesakan penghuni, masalah sosial, kemiskinan, keburukan astetik alam sekitar dengan bangunan berselerak serta kekurangan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya telah wujud di kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya.

c) Cadangan

Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk menangani masalah setinggan dinegara ini. Antaranya satu kajian telah dibuat dimana 2 tujuan utamanya telah digariskan seperti berikut:-

  • Pembentukan cadangan pelan tindakan dasar, strategi dan garis panduan berkaitan dengan pengawalan dan penempatan semula setinggan dan
  • Membangunkan Sistem Maklumat Setinggan Berkomputer (SMS).

d) Objektif

Beberapa objektif telah dibangkitkan dalam kajian tersebut antaranya mengenalpasti isu dan masalah sebenar setinggan di seluruh Malaysia, meneliti dasar, strategi, garis panduan yang sediada secara terperinci dan lain – lain untuk merangka cadangan yang lebih berkesan bagi menangani masalah setinggan.

e) Maklumat Setinggan Mengikut Negeri

Berikut adalah maklumat setinggan mengikut negeri sehingga Disember 2006.

Bil.
Negeri
Bil. Keluarga Setinggan Yang Belum Dipindahkan
1.
W.P. Kuala Lumpur
11,969
2.
W.P. Labuan
1,068
3.
Selangor
2,811
4.
Johor
11,411
5.
Pulau Pinang
5,835
6.
Perlis
2,266
7.
Kedah
3,443
8.
Perak
14,282
9.
Melaka
52
10.
Negeri Sembilan
346
11.
Pahang
918
12.
Terengganu
846
13.
Kelantan
1,793
14.
Sarawak
9,618
15.
Sabah
25,525
JUMLAH
92,183

f) Keputusan

Bermula sejak tahun 1996 hingga sekarang matlamat kerajaan ialah untuk membasmi sepenuhnya kawasan setinggan di Malaysia pada tahun 2005. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang dibantu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan negeri – negeri terbabit sedang giat berusaha untuk menyelesaikan masalah setinggan negara. Pelbagai usaha sedang diambil oleh kerajaan dan pihak swasta untuk menyediakan perumahan kos rendah dan sederhana.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), JPN merangka beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti Program Perumahan Rakyat Bersepadu, Program Perumahan Rakyat Disewa (Dasar Baru), Program Perumahan Rakyat Dimiliki (Dasar Baru) dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR). PPR adalah salah satu program kerajaan untuk menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Sehingga Disember 2006 bilangan unit yang terlibat adalah sebanyak 95,222 unit yang merangkumi 158 projek. (lihat jadual).

Jadual 2: Pelaksanaan Program Perumahan Kos Rendah, di Malaysia 2007.

Bil
Program
Bil Projek
Bil Unit
1
PPR Bersepadu (MTEN)
52
53,348
2
PPR Disewa (Dasar Baru)
14
12,426
3
PPR Dimiliki (Dasar Baru)
25
3,738
4
PAKR
74
28,541
JUMLAH
165
98,053

Unjuran Unit Siap Mengikut Tahun Bagi Program Perumahan Rakyat RMK-9 Oleh Jabatan Perumahan Negara

ii. JENIS PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

a) PPR Bersepadu

Dilaksanakan mulai Disember 1998 berikutan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), supaya menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan bagi penempatan semula golongan setinggan. Matlamatnya ialah supaya memastikan pencapaian setinggan sifar menjelang tahun 2005. Sehingga Disember 2006 bilangan projek yang dilaksanakan ialah 52 yang melibatkan 53,348 unit.

b)PPR Disewa (Dasar Baru)

Di bawah strategi diberi dan Dasar Baru pelaksanaan PPR oleh kerajaan pada Februari 2002, keutamaan kepada tanah yang disediakan oleh kerajaan Negeri. Kos penyediaan tapak dan pembinaan bangunan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Rumah PPR Disewa adalah disewa pada kadar harga RM124 sebulan. Projek yang telah disiapkan akan diserah kepada Kerajaan Negeri bagi urusan pemilikan penyewa dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Sasaran utama adalah masyarakat setinggan, namun ianya akan dibuka kepada golongan berpendapatan rendah yang lain setelah matlamat setinggan sifar tercapai. Disasarkan sebanyak 50,000 unit rumah PPR Disewa akan dibina dalam tempoh 5 tahun. Sebanyak 12,426 (14 projek) sedang dilaksanakan oleh JPN.

c)PPR Dimiliki (Dasar Baru)

Program ini menggantikan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dibawah strategi dan Dasar baru pelaksanaan PPR pada Februari 2002.

Kos tanah dan 50% kos infrastruktur akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk geran tetapi keutamaan diberi kepada tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan membayar sepenuhnya kos pembinaan bangunan dan 50% kos infrastruktur daripada Tabung Pusingan PPR Dimiliki.

Harga jualan adalah antara RM25,000 hingga RM35,000 berdasarkan harga tanah dan lokasi projek iaitu di Bandar raya, Bandar besar dan pinggir Bandar, Bandar kecil atau luar Bandar dengan kenaikan tidak melebihi 20% bagi negeri Sabah dan Sarawak. Hasil jualan dimasukkan ke dalam Tabung Pusing PPR Dimiliki untuk membiayai pembinaan Projek-projek akan datang.

Disasarkan pembinaan 40,000 unit PPR Dimiliki dalam tempoh lima tahun. Sebanyak 3,644 unit (25 projek) sehingga Disember 2006 dilaksanakan oleh JPN di Pahang, manakala bakinya dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Sasaran utama adalah golongan berpendapatan rendah yang layak termasuk setinggan yang berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Terbuka yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

g) Kemajuan Program Perumahan

Jadual 3: Senarai Program Perumahan Kos Rendah Bersepadu (MTEN) Mengikut Negeri, Disember 2006.

Jadual 4 : Senarai Program Perumahan Kos Rendah Dimiliki/Disewa (Dasar Baru) Mengikut Negeri, Disember 2006.


Kemaskini terakhir pada Mei 2007

 

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Paras 6- 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Tel : 603 - 2094 7033 Faks : 603 - 2094 7033
Hak Cipta © Terpelihara KPKT 1999-2004