Tujuan&Objektif

Tujuan dan objektif pertubuhan ini ialah :-

1. Mencegah kebakaran atau kemusnahan harta benda kerana kebakaran, mengawal serta memadamkan api  kebakaran sama ada atau tidak dengan bantuan Jabatan Bomba, di sekitar bangunan dan kawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.

2. Mematuhi sepenuhnya peraturan dan arahan operasi pencegahan kebakaran, kemusnahan harta benda dan pengawalan api kebakaran daripada Jabatan Bomba.

3. Mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli tanpa mengira pangkat di Jabatan/Bahagian di mana mereka ditempatkan serta memupuk semangat taat setia kepada Raja, Negara dan Jabatan.

4. Mengadakan aktiviti bagi meningkatkan pengetahuan kebombaan dikalangan ahli dan penghuni bangunan yang diduduki oleh Kementerian.

Hak Cipta © Terpelihara KPKT 2005