|

Pelbagai
bentuk Plastik
Terdapat berbagai
jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar
semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri
plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai
jenis plastik yang berbeza. Antara jenis-jenis plastik ialah
- Type 1 - Polyethylene
Terephthalate (PET)
Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak
dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan
penutupnya dan meleperkan botol tersebut.
- Type 2 - High
Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik
- Type 3 - Vinyl/Polyvinyl
Chloride
Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar
semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula
- Type 4 - Low
Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan
- Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.
- Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan
stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan
semula.
- Type 7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
Terdapat berbagai
cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik
yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh:
- Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri.
Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
- Guna
Semula
Jangan buang
beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana
ia boleh di guna semula.
- Kitar
Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik
yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik
yang tidajk boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah
kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita
boleh menguruskan bahan-bahan plastik. Jika anda mempunyai cadangan/idea
berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda.
|