Pertimbangan
Kuantiti
Mengumpul bahan untuk dikitar semula dalam kuantiti
yang mencukupi adalah penting kerana vendor tidak
sentiasa mampu untuk menampung kos pengeluaran dan
pengangkutan jika bahan dikumpul dalam kuantiti yang
sedikit. Potensi pemasaran yang ada pada bahan yang
dikitar semula dapat ditingkatkan jika kita bekerjasama
dengan syarikat perniagaan lain yang menghasilkan
bahan yang sama.
Pertimbangan
Kualiti
Faktor kedua yang membantu penjualan bahan yang dikitar
semula ialah dengan memastikan kualiti bahan tadi
selaras denagan kelayakan dan keperluan. Kualiti merujuk
kepada kebersihan, tidak mudah berubah dan bebas dari
pencemaran. Program yang dijalankan seharusnya menekankan
terhadap kepentingan meminimumkan pencemaran dan pengumpulan
bahan yang berkualiti tinggi.