Khas Bagi Pengguna


portal bertaraf 5-Bintang

light blue pointer Kaji Selidik Kepuasan
Pelanggan Luar
KPKT Bil. 1/2011

kod QR KPKT
light purple pointer klik untuk bantuan
QR-KPKT
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan  MerdekaRaya     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


FAQ

BAHAGIAN 1(a): PEMBERI PINJAM WANG
Soalan daripada Pemberi-pemberi Pinjam Wang / mereka yang ingin memohon lesen  Pemberi Pinjam Wang (PPW)

S: Apakah syarat atau kriteria yang digunapakai untuk pertimbangan lesen baru?

J: Permohonan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi salah satu daripada kriteria seperti berikut :

a) Mana-mana perbadanan/ syarikat/ pertubuhan milik kerajaan atau anak syarikat kerajaan yang ditubuhkan mengikut tujuan tertentu, tanpa mengira amaun modal berbayar/ modal kerja tunai; ATAU

b) Mana-mana syarikat/pertubuhan/firma dalam apa jua bidang perniagaan yang telah berjaya membuat keuntungan melebihi RM 1 juta setahun bagi tempoh 3 tahun berturut-turut dengan rekod perniagaan bersih; ATAU

c) Mana-mana syarikat/pertubuhan/firma yang mempunyai seorang atau lebih pemilik saham yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman professional dalam pengurusan kewangan dan perbankan; ATAU

d) Mana-mana syarikat/pertubuhan/firma swasta yang mempunyai objektif perniagaan untuk membantu memajukan syarikat/pertubuhan/firma lain dibawah program vendor atau memberi bantuan pelajaran kepada pelajar institusi latihan milik mereka sendiri atau mengeluarkan modal teroka(venture capital) untuk pelanggan tersenarai/tertentu; ATAU

e) Pemegang lesen PPW sedaia ada yang telah Berjaya membuat keuntungan melebihi RM 0.5juta setahun bagi tempoh 3 tahun berturut-turut dengan rekod perniagaan bersih dan bertujuan untuk penubuhan cawangan baru; DAN

f) mematuhi semua syarat-syarat berikut:


i) Mempunyai modal berbayar /modal kerja tunai RM 1 juta ke atas kecuali permohonan di para (a) dan (e) di atas;


ii) Terdapat kekosongan kuota dalam kawasan PBT yang di pohon;

iii) Perniagaan berdaftar dengan SSM atau Pendaftar Pertubuhan mana yang berkenaan;

iv) Semua pemilik saham /ahli lembaga pengarah/pemegang jawatan/pekongsi lulus tapisan daripada Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura PDRM dan mempunyai rekod bersih daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM/ Bank Negara Malaysia/ Jabatan Insolvensi;

v) Pemohon bukan pemilik tunggal;

vi)   Pemohon tidak mempunyai lesen Pemegang Pajak Gadai; dan

vii) Pemohon tidak terlibat dengan perniagaan sewa beli;


g) Mematuhi syarat pemodenan PPW iaitu:

i) Mempunyai kaunter urusniaga dan ruang kaunter berhawa dingin termasuk tempak duduk menunggu yang mencukupi. Lantai dan dinding sekitar kaunter berjubin seramik;

ii) Tempat menyimpan dokumen sandaran yang munasabah dan selamat;

iii) Rekod transaksi dan pengeluaran resit serta melaksanakan sistem akaun secara berkomputer di samping penggunaan buku rekod mengikut peruntukan seksyen 18, Akta 400.

Bagi pemohon yang baru mendapat kelulusan KPKT, syarat menyediakan kemudahan di para
(g) di atas perlu dipatuhi sebelum lesen untuk memulakan operasi dikeluarkan . Pemegang sedia ada pula akan disyaratkan mematuhi keperluan tersebut dalam tempoh 4 tahun melalui tarikh kuatkuasa pembaharuan lesen akan datang .


 

S: Apakah dokumen penting yang perlu dihantar ketika permohonan lesen baru dibuat?


J: Bagi setiap permohonan baru hendaklah menghantar :

a) surat iringan (covering letter) yang mencatatkan nombor rujukan pemohon, tarikh surat, alamat surat-menyurat, nama kawasan PBT dipohon dan bertandatangan pemohon;

b) Borang Permohonan Lesen Pemberi Pinjam Wang (Jadual A) yang dilengkapi sepenuhnya;

c) Sesalinan kad pengenalan bagi setiap pemilik/pemegang jawatan/lembaga  pengarah yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah /Pegawai Kerajaan /Peguam;

d) Sesalinan Akuan Berkanun (Jadual C) bagi setiap pemilik /pemegang jawatan/lembaga pengarah yang dibuat dihadapan hakim Mahkamah Sesyen /Majistret/ Pesuruhjaya Sumpah;

e) Sesalinan profail syarikat atau surat pengesahan bekas majikan berkaitan tempoh dan jeis pengalaman dalam pengurusan kewangan atau prbankan bagi mana-mana seorang pemilik syarikat /firma /pertubuhan; mana yang berkenaan;

f) Sesalinan borang 24 Akta Syarikat 1965 dan Form of Annual Return terbaru atau penyata akaun bank bagi bulan terkini yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kerajaan / Peguam;

g) Sesalinan borang 13, 14, 49, Akta Syarikat 1965 atau borang D/E, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik, Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah/Pegawai Kerajaan / Peguam;

h) Sesalinan akaun beraudit bagi tempoh 3 tahun terkini bagi syarikat /pekongsi/pertubuhan lama atau akaun pengurusan terkini/syarikat/pekongsi/pertubuhan baru yang berkelayakan dan diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Pegawai Kerajaan /Peguam, mana yang berkenaan; dan

i) Sesalinan Memorandum dan Artikel syarikat atau Perakuan Pendaftaran (borang D/E) atau kaedah-kaedah undang-undang kecil pertubuhan/yayasan/perkongsian dsb. dan diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah /Pegawai Kerajaan / Peguam.




S: Bagaimana pula dengan permohonan permit iklan PPW?

J: Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut : 

a) Surat iringan (covering letter) yang mencatatkan nombor rujukan pemohon, tarikh surat, alamat surat-menyurat  dan bertandatangan pemohon;

b) Borang permohonan Permit Iklan Pemberi Pinjam Wang (Jadual F) yang dilengkapi sepenuhnya;

c) Tiga salinan draf iklan bagi setiap kategori iklan dipohon dalam bahasa Melayu  atau sekiranya dalam bahasa lain, satu salinan hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu;




S: Selepas mendapat permit iklan daripada KPKT, bolehkah saya menampal, menggantung atau mendirikan iklan di mana-mana tempat/ kemudahan awam?

J: Tidak boleh. Permit iklan yang dikeluarkan oleh KPKT merupakan permit untuk mengeluarkan iklan berhubung perniagaan pemberi pinjam wang. Lesen iklan daripada Pihak berkuasa Tempatan hendaklah dipohon sekiranya iklan tersebut hendak ditampal, digantung atau didirikan.




S: Di mana saya boleh dapatkan semua borang permohonan bagi permohonan lesen baru dan permohonan permit iklan?

J: Borang boleh didapati di kaunter urusan Cawangan Pelesenan , Bahagian Pemberi Pinjam Wang , Tingkat 4, Blok K, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur.



S: Sekiranya saya seorang PPW berlesen, di bawah akta apakah saya dikuatkuasakan?

J: Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400)




S: Berapakah kadar faedah yang saya boleh kenakan mengikut kehendak Akta 400?

J:  Kadar faedah ialah tidak melebihi 15 % setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18 % setahun bagi pinjaman tidak bercagar.



S: Sekiranya saya ingin menjalankan perniagaan sewa beli (hire purchase)  adakah saya perlu mengambil lesen Pemberi Pinjam Wang?

J: Tidak perlu, kerana urusan sewa beli(hire purchase) menggunakan transaksi urusan yang berbeza dan dikawal di bawah Akta Sewa Beli 1967.




S:  Biasanya berapa lama masa yang diambil untuk satu lesen itu  disiapkan?

J:   Hanya  dalam tempoh masa 14 hari waktu berkerja selepas KPKT menerima dokumen lengkap termasuk selepas mendapat clearance daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, Bank Negara Malaysia dan  Jabatan Insolvensi Malaysia.


S: Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya seseorang itu menjalankan perniagaan PPW ini?

J: Antara tanggungjawab dan peranan PPW adalah :


i) Memastikan penggunaan format perjanjian di Jadual J atau Jadual K dimatikan setem sebelum pinjaman wang diserahkan lepada peminjam;

ii) Memastikan peminjam menerima satu salinan perjanjian pinjaman yang telah dimatikan setem;

iii) Memastikan pengeluaran resit kepada peminjam bagi setiap pembayaran yang dibuat;

iv) Memastikan lesen dan permit dipamerkan di dalam premis perniagaan PPW;

v) Memastikan supaya menghantar laporan transaksi PPW kepada  Pendaftar sebelum atau pada 1 Februari setiap tahun;

vi) Memastikan semua iklan yang diedar atau disiarkan mempunyai permit iklan daripada KPKT. Sekiranya iklan ingin digantung, ditampal atau didirikan, lesen iklan daripada PBT haruslah dipohon;
 
v) Memastikan semua dokumen dan maklumat yang diberi kepada Pendaftar adalah tepat dan benar;

vi)  Memastikan semua syarat-syarat lesen dipatuhi setiap masa;

vii) Memastikan semua urusniaga dilakukan di alamat perniagaan yang diluluskan oleh Pendaftar dan alamat kediaman tidak boleh dijadikan alamat perniagaan;

viii) Tidak melantik atau mengupah mana-mana individu bagi menjalankan tugas untuk mengutip hutang; dan

ix) Tidak mengganggu, mengugut atau mengancam peminjam

Dikemaskini pada 12/04/2010 Jumlah capaian kepada laman ini: 5082
Dikemaskini pada 03/02/2012 Jumlah pelawat ke Portal ini: 2346075
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau
   Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |