Khas Bagi Pengguna


pointer Senarai Kursus/Latihan
anjuran BSM

(Feb - Jun 2013)

red pointer Bagi Warga KPKT,
kini aplikasi INTRANET
menggunakan Single
Sign-On (SSO)
. Rujuk
WebMaster


red pointer Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan
Luar Bil 2/2012 bagi
tempoh Julai - Disember
2012 |
SINI
 
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


FAQ



BAHAGIAN 1(b): PEMBERI PINJAM WANG
Soalan daripada mereka yang meminjam / ingin meminjam dari Pemberi Pinjam Wang Berlesen.

S. Bolehkah saya meminjam wang dengan mana-mana orang yang menawarkan pinjaman wang selain daripada bank atau koperasi?

J. Ya, terlebih dahulu anda perlu pastikan orang yang menawarkan pinjaman itu mempunyai lesen sah sebagai Pemberi Pinjam Wang yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



S. Bagaimana saya hendak tahu jika seseorang itu menjalankan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang?

J. “Pemberi Pinjam Wang” ertinya mana-mana orang yang memberi pinjam sejumlah wang kepada seseorang peminjam sebagai balasan sejumlah wang yang lebih besar dibayar balik kepadanya. Ini bermakna mana-mana orang yang menjalankan perniagaan sedemikian perlu mendapat lesen Pemberi Pinjam Wang.



S. Adakah perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang tertakluk dibawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia?

J. Ya, segala urusan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang adalah tertakluk di bawah AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 & Peraturan-peraturan.



S. Adakah menjadi kesalahan  menjalankan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang tanpa memiliki lesen sah?

J. Ya, mana-mana orang, syarikat atau firma yang ingin menjalankan perniagaan Pemberi Pinjam Wang perlu mendapatkan lesen dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu.  Jika gagal berbuat demikian menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 5(2) AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951 yang boleh dihukum dengan denda tidak kurang RM20,000 tetapi tidak melebehi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali atau bagi kesalahan yang berikutnya boleh dikenakan sebatan sebagai hukuman tambahan.  Hukuman ini juga boleh dikenakan kepada Pemberi Pinjam Wang yang lesen mereka dibatalkan atau digantung.



S. Bagaimana saya hendak tahu samada seseorang itu mempunyai lesen sah sebagai Pemberi Pinjam Wang atau tidak?

J. Ada dua perkara yang patut anda tahu iaitu :
 

i) Pemberi Pinjam Wang yang sah hanya boleh menjalankan urusan pinjaman di alamat operasi yang diluluskan sahaja;

ii)Setiap premis yang menjalankan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang yang sah perlu mempamerkan lesen mereka ditempat yang mudah dilihat oleh pelanggan. Contoh lesen sah adalah seperti berikut:

 




S. Apakah butir-butir yang akan di tunjukkan pada lesen tersebut?

J.1.  Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG.
   2.  Alamat berdaftar pemohon lesen.
   3.  Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan.
   4.  Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendafatar.
   5.  Nombor lesen.
   5.  Tarikh sah mula lesen
   6.  Tarikh sah tamat tempoh lesen
   7. Tandatangan Pendaftar/Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut.



S. Bolehkah urusan transaksi pinjaman wang dibuat dimana-mana tempat selain daripada alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang telah diluluskan oleh Pendaftar?

J. Tidak boleh dan menjadi satu kesalahan kepada PEMBERI PINJAM WANG terbabit dibawah Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.



S. Jika saya ingin meminjam wang dari Pemberi Pinjam Wang adakah perlu saya mengisi apa-apa borang perjanjian pinjaman?

J. Ya, mengikut Seksyen 10P AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951, mana-mana orang yang hendak memberi pinjam wang kepada seseorang peminjam dikehendaki membuat perjanjian pinjaman dalam borang yang ditetapkan.Jika gagal berbuat demikian seseorang PEMBERI PINJAM WANG boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya dan jika bagi kesalahan yang kedua boleh dikenakan sebatan sebagai tambahan hukuman.Selain daripada menjadi kesalahan, jika perjanjian pinjaman tidak mengikut borang yang ditetapkan, perjanjian itu terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.



S. Apakah bentuk-bentuk pinjaman yang dibenarkan mengikut AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951?

J. Dua bentuk pinjaman sahaja yang dibenarkan iaitu Pinjaman Tanpa Cagaran dan Pinjaman Bercagar.



S. Adakah kedua-dua jenis perjanjian pinjaman ini menggunakan borang yang sama?

J. Tidak.  Mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, dua jenis borang sahaja dibenarkan iaitu Borang Perjanjian Pinjaman Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran dan Borang Perjanjian Pinjaman Jadual K bagi pinjaman bercagar.  Kedua-dua bentuk perjanjian pinjaman ini mempunyai  isi kandungan perjanjian yang berlainan. (Lihat contoh link).



S. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya mendapati kedua-dua bentuk borang perjanjian pinjaman samada Jadual J atau K tidak sama seperti yang ditetapkan mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003?

J. Ya, jika terdapat sebarang ubahsuai,tambahan atau tinggalan mana-mana isi kandungan yang ditetapkan tanpa mendapat keizinan Pendaftar terlebih dahulu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 10(2) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003 dan PEMBERI PINJAM WANG terbabit boleh didakwa.  Bergantung kepada keadaan PEMBERI PINJAM WANG terbabit juga boleh didakwa di bawah Seksyen 10P AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951.



S. Adakah saya berhak untuk mendapatkan satu salinan perjanjian pinjaman samada Jadual J atau K?

J. Ya, peminjam berhak untuk mendapatkan satu set lengkap salinan perjanjian yang dibuat dengan Pemberi Pinjam Wang mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.



S. Bolehkah saya mendapatkan wang pinjaman sebelum perjanjian pinjaman dilengkapkan sepenuhnya?

J. Tidak boleh dan menjadi satu kesalahan kepada Pemberi Pinjam Wang terbabit mengikut Seksyen 16(1) AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951.  Sebelum wang pinjaman diserahkan kepada peminjam, borang perjanjian itu perlu ditandatangani oleh semua pihak terlibat dan dimatikan stem.  Jika Pemberi Pinjam Wang terbabit gagal mematuhi kehendak Seksyen ini adalah menjadi kesalahan yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.



S. Bolehkah saya menandatangani borang perjanjian yang tidak diisi lengkap dan menerima wang pinjaman terlebih dahulu?

J. Anda diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan ini kerana akan menyebabkan anda tertipu oleh Pemberi Pinjam Wang terbabit yang berkemungkinan besar akan memasukkan jumlah pinjaman yang lebih besar daripada apa yang anda dapat dan menyebabkan anda akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya Pemberi Pinjam Wang terbabit kemudiannya melengkapkan borang perjanjian pinjaman tersebut tanpa pengetahuan anda.



S. Bagaimana saya hendak tahu samada perjanjian pinjaman itu lengkap?

J. Borang-borang perjanjian pinjaman Jadual J atau K yang lengkap adalah seperti berikut :
 

i) Pastikan bentuk borang perjanjian pinjaman Jadual J atau K terlebih dahulu samada bercagar atau tanpa cagar seperti tertera dibahagian hadapan borang;

ii) Tarikh perjanjian dibuat, tarikh bayaran ansuran dan tempoh dipersetujui;

iii) Tandatangan peminjam;

iv) Tanda tangan Pemberi Pinjam Wang;

v) Perjanjian ini hendaklah dibuat dihadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai Daerah atau jaksa Pendamai atau orang yang dilantik oleh Menteri dan ditanda tangani;

vi) Mengisi lengkap jadual pertama yang mengandungi tarikh perjanjian, nama serta alamat Pemberi Pinjam Wang, Nama dan alamat peminjam, jumlah pinjaman, kadar faedah dikenakan, bayaran ansuran bulanan dan bayaran ansuran terakhir; dan
 
vii)  Perjanjian itu mesti distemkan terlebih dahulu setelah para 1 hingga 6 dilengkapkan sepenuhnya.




S. Kenapakah perjanjian pinjaman mesti di akusaksi?

J. Mengikut peruntukkan Seksyen 27 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, setiap perjanjian memberi pinjam wang hendaklah diakusaksi dihadapan seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi, seorang pegawai dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang,  Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pegawai daerah atau orang-orang yang dilantik oleh Menteri untuk berbuat sedemikian.

Pengakusaksi hendaklah menerangkan terma-terma akan perjanjian memberi pinjam wang kepada peminjam, dan hendaklah mengesahkan pada perjanjian tersebut bahawa peminjam tersebut telah memahami maksud terma-terma dalam perjanjian itu.Jika perjanjian pinjaman tidak diakusaksi dengan betul boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.



S. Berapakah kadar faedah yang boleh dikenakan kepada peminjam?

J. Mengikut Seksyen 17A AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951 kadar faedah yang boleh dikenakan kepada seseorang peminjam tidak boleh melebihi kadar seperti berikut :
 

i) Pinjaman Tanpa Cagaran – 18% setahun

ii) Pinjaman Bercagar – 12% setahun         




S. Bolehkah seseorang Pemberi Pinjam Wang mengutip kadar faedah suatu jumlah yang melebihi jumlah pokok?

J. Tidak boleh kecuali dengan perintah Mahkamah setelah mengambil kira keadaan pinjaman tersebut.



S. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pemberi Pinjam Wang mengenakan faedah yang melebihi dari yang diperuntukkan?

J. Jika terbukti seseorang Pemberi Pinjam Wang mengenakan kadar faedah yang tinggi dari yang diperuntukkan, perjanjian pinjaman itu adalah terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.  Selain itu, perbuatan ini menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 17A(4) AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau kedua-duanya.



S. Apakah bentuk bayaran yang boleh dikenakan kepada saya oleh Pemberi Pinjam Wang semasa memohon pinjaman dengan mereka?

J. Mengikut peruntukkan Seksyen 23 AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951, bayaran kos pinjaman yang boleh dikenakan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang kepada peminjam adalah :
 

i ) Fee duti setem yang perlu dibayar disisi undang-undang


 



ii) Kos-kos guaman yang berhubung dengan rundingan pemberian pinjaman. Atau jika terdapat apa-apa kos, caj-caj atau perbelanjaan sedemikian selain daripada tersebut diatas, jumlah tersebut hendaklah boleh didapat balik sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada peminjam atau ditolak terhadap jumlah hutang sebenarnya.




S. Bagaimana cara yang ditetapkan untuk saya membuat bayaran ansuran?

J. Setiap peminjam dikehendaki membayar balik ansuran mengikut yang dipersetujui semasa perjanjian pinjaman wang dibuat.  Bayaran hanya boleh dibuat di premis operasi Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan sahaja.



S. Adakah seseorang Pemberi Pinjam Wang wajib memberi resit penerimaan bayaran ansuran saya?

J. Ya, Setiap kali pembayaran, Pemberi Pinjam Wang hendaklah memberikan resit pembayaran ansuran kepada peminjam tanpa gagal.  Jika resit tidak dikeluarkan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 19(4) AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 bulan atau kedua-duanya.



S. Bolehkah seseorang Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya datang menuntut hutang ansuran pinjaman mereka di alamat kediaman saya, pejabat atau mana-mana lain tempat?

J. Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya tidak dibenarkan sama sekali datang ke rumah peminjam atau pejabat atau lain-lain tempat selain daripada di alamat operasi perniagaannya yang diluluskan sahaja bagi tujuan mengutip bayaran ansuran.  Jika didapati Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya berbuat demikian dengan cara mengganggu atau mengugut peminjam atau keluarga peminjam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951 iaitu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 15 bulan atau kedua-duanya, dan dalam kes kedua atau berturutan boleh dikenakan dengan sebatan sebagai tambahan hukuman.



S. Apakah tindakan yang boleh diambil keatas saya jika saya lewat menjelaskan ansuran hutang?

J. Seperti yang terkandung di dalam perjanjian pinjaman di bawah tajuk “keingkaran”,  Pemberi Pinjam Wang berhak mengenakan faedah ringan atas kadar 8% setahun dari jumlah pokok dan faedah yang tertunggak dikira dari hari ke hari sehinggalah jumlah tersebut dijelaskan sepenuhnya.


 


S. Apakah tindakan yang boleh diambil keatas saya jika gagal menjelaskan hutang kepada Pemberi Pinjam Wang?


 


J. Mengikut perjanjian pinjaman di bawah tajuk “hak tindakan”, jika peminjam gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh 28 hari selepas tempoh genap tarikh bayaran ansuran atau melakukan pebuatan kebangkrapan secara paksa atau sukarela, Pemberi Pinjam Wang berhak untuk menamatkan perjanjian itu.  Pemberi Pinjam Wang dikehendaki memberi notis 14 hari bagi tujuan menamatkan perjanjian itu dan jika dalam tempoh tersebut peminjam tidak dapat juga menjelaskan hutangnya, perjanjian itu terbatal dan tindakan menuntut baki jumlah hutang termasuk faedah serta lain-lain kos guaman dan mahkamah akan dituntut oleh pihak Pemberi Pinjam Wang di Mahkamah dan jika pinjaman bercagar, Pemberi Pinjam Wang berhak keatas cagaran tersebut mengikut proses undang-undang.


 


S. Bolehkah saya menyemak rekod akaun lejar pinjaman saya dengan Pemberi Pinjam Wang?


 


J. Ya boleh.  Mengikut Seksyen 18 AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951, Pemberi Pinjam Wang diwajibkan menyimpan satu buku akuan yang ditetapkan bagi setiap transaksi pinjaman pelanggan yang mengandungi butir-butir lengkap pinjaman dan jadual pembayaran balik.  Jika Pemberi Pinjam Wang terbabit gagal berbuat demikian telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini yang boleh dihukum denda RM10,000, atau dalam keadaan kesalahan berterusan, dikenakan denda tidak melebihi RM1000 sehari atau bahagian hari ketika mana kesalahan itu dilakukan. 

 Dibawah Seksyen 19 AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951, peminjam atau melalui wakilnya berhak dengan secara bertulis untuk mendapatkan penyata akaun dalam angka-angka Inggeris yang di tandatangan oleh Pemberi Pinjam Wang menunjukkan butir-butir pinjaman dan ansuran lengkap (dalam bentuk jadual pertama seperti dalam perjanjian pinjaman) dan peminjam perlu membuat bayaran minima bagi tujuan ini.


 


S. Saya telah berjumpa dengan seorang Pemberi Pinjam Wang dan semasa berurusan untuk membuat pinjaman berbagai fakta yang agak mengelirukan sehingga saya terdorong untuk meminjam yang mana kemudiannya saya dapati fakta yang diberi tidak sama seperti mana perjanjian pinjaman sebenar.  Apakah hak saya dalam urusan pinjaman ini?


 


J. Mengikut peruntukkan Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG1951, mana-mana Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya atau rakan kongsi melalui mana-mana penyataan palsu atau mengelirukan, representasi atau, melalui apa-apa penyembunyian fakta material yang tidak jujur secara penipuan mendorong atau cuba mendorong mana-mana orang untuk meminjam wang atau untuk setuju terima mana-mana terma wang itu akan diberikan atau akan diberi pinjam, Pemberi Pinjam Wang terbabit melakukan satu kesalahan dibawah seksyen akta ini yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.


 


S. Adakah saya boleh mengenal pasti mana-mana perniagaan Pemberi Pinjam Wang melalui iklan?


 


J. Ya.  Mana-mana orang yang ingin membuat iklan berbentuk perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang dimestikan mendapat permit iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Jika gagal mendapatkan permit telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 AKTA PEMBERI PINJAM WANGyang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.


 


S. Bagaimana saya hendak bezakan antara Pemberi Pinjam Wang berlesen yang sah dan haram melalui iklan?


 


J. Mengikut Peraturan 8 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003*, setiap iklan samada dalam bentuk papan iklan, banner atau kad mesti mengandungi butir-butir berikut :


 

i) Nombor lesen Pemberi Pinjam Wang dan tarikh pengesahannya;


 



ii) Nama, alamat dan nombor telefon Pemberi Pinjam Wang berlesen; dan


 



iii) Kadar faedah yang ditawarkan.                                               




S. Apakah cara-cara lain untuk saya mengenalpasti samada sesuatu premis itu menjalankan perniagaan Pemberi Pinjam Wang secara sah?


 


J. Semakan boleh di buat melalui Portal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di alamat http://www.kpkt.gov.my// atau boleh berhubung terus melalui telefon atau datang sendiri ke Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara, Aras 4, Blok K, Kuala Lumpur.



S. Adakah apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang yang tidak mengikut peraturan pinjaman wang?

J. Perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang adalah di bawah peruntukan AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 dimana setiap pengusaha Pemberi Pinjam Wang dikehendaki mematuhi segala peraturan dan kehendak-kehendak Akta 400Sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil di dibawah AKTA PEMBERI PINJAM WANG mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan di samping akan menyebabkan perjanjian pinjaman itu terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuasakan.



S. Dimanakah boleh saya membuat aduan rasmi terhadap salah laku Pemberi Pinjam Wang?

J. Laporan rasmi boleh dibuat secara bertulis samada secara datang sendiri atau melalui surat menyurat di Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara, Aras 4, Blok K, Kuala Lumpur.
Dikemaskini pada 12/12/2012 Jumlah capaian kepada laman ini: 46006
Dikemaskini pada 28/03/2013 Jumlah pelawat ke Portal ini: 9757313
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11
   ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |