Khas Bagi Pengguna


portal bertaraf 5-Bintang

light blue pointer Kaji Selidik Kepuasan
Pelanggan Luar
KPKT Bil. 1/2011

kod QR KPKT
light purple pointer klik untuk bantuan
QR-KPKT
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan  MerdekaRaya     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


FAQ



BAHAGIAN 2(a): PEMEGANG PAJAK GADAI
Hak-hak Pengguna/  Pemajak yang perlu diketahui semasa berurusan dengan Pemegang Pajak Gadai (PPG).

S: Adakah Pengguna / Pemajak  berhak untuk mendapatkan salinan surat pajak gadai jika surat pajak gadai yang asli hilang, musnah atau rosak?

J: Pengguna/ pemajak  berhak untuk mendapatkan satu salinan baru surat pajak gadai secara percuma jika sekiranya resit tersebut hilang atau rosak.

 



S: Apakah yang Pengguna / Pemajak  perlu lakukan jika sekiranya surat pajak gadai mereka hilang atau musnah?

J: Pengguna/ pemajak  perlu memaklumkan/ melaporkan dengan kadar segera kepada kedai Pajak Gadai sekiranya surat pajak gadai tersebut hilang atau rosak.

 



S: Adakah PPG perlu menyediakan sebarang resit untuk Pengguna/ pemajak  apabila Pengguna/ pemajak  membuat sebarang pembayaran?

J: Pengguna/ pemajak  berhak untuk mendapatkan satu resit sebagai bukti bagi setiap pembayaran yang dibuat kepada PPG.



S: Apakah hak Pengguna/ pemajak  jika sekiranya terdapat sebarang lebihan lelongan ke atas sandaran yang tidak ditebus semula?

J: Pengguna /  Pemajak  berhak mendapatkan lebihan lelongan sekiranya sandaran yang dilelong tersebut adalah melebihi nilai pinjaman.

 



S: Adakah Pengguna/  Pemajak  dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pajakan mereka? Apakah syaratnya?

J: Pengguna / Pemajak  berhak untuk mendapatkan tempoh perlanjutan gadaian selepas tamat 6 bulan. Perlanjutan boleh dibuat dengan memaklumkan kepada PPG keinginan tersebut dan membayar jumlah faedah yang dikenakan.

 



S: Adakah sandaran yang dipajak dilindungi dari sebarang risiko?

J: Setiap sandaran yang dipajak oleh pengguna/ pemajak adalah dilindungi oleh insurans yang dimiliki oleh PPG pada setiap masa.



S: Apakah yang perlu dilakukan oleh PPG jika sandaran yang dipajak hilang atau musnah?

J: Pengguna/ pemajak  berhak mendapat ganti rugi sebanyak ¼ melebihi nilai pinjaman sekiranya sandaran yang dipajak musnah, hilang atau binasa semasa di bawah tanggungjawab PPG.



S: Adakah Pengguna/ pemajak  perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kedai PPG jika mereka ingin menebus semula sandaran mereka?

J: Pengguna / Pemajak  boleh menebus semula barang pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada kedai lebih awal. (Kecuali hari cuti dan luar waktu perniagaan)



S: Berapakah kadar faedah yang dibenarkan untuk dikenakan kepada Pengguna / Pemajak setiap bulan?

J: PPG hanya dibenarkan untuk mengenakan kadar faedah sebanyak 2% sebulan kepada pengguna / pemajak.

 



S: Apakah yang pelu Pengguna / Pemajak  lakukan jika mereka berpindah dari alamat yang telah diserahkan kepada kedai PPG?


J : Pengguna/ pemajak perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada kedai PPG sekiranya Pengguna/ pemajak telah berpindah atau berlaku perubahan alamat.

 



S: Apakah kandungan yang perlu dicatatkan di dalam setiap surat pajak gadai?

J: Setiap surat pajak gadai yang diterima oleh pengguna/ pemajak  hendaklah mempunyai butiran berikut iaitu :

 

a. Nombor siri sandaran itu ; (jika ada)

b. Tarikh pemajak gadaian
c. Perihal terperinci bagi setiap sandaran;  termasuklah
i. Nama
ii. Jenama (jika ada)
iii. Material
iv. Berat dan
v. Panjang
d. Anggaran nilai sandaran;

e. Jumlah pinjaman yang dibuat atasnya;

f. Keuntungan yang dikenakan; (kadar faedah)
g. Tarikh akhir untuk sandaran itu boleh ditebus;
h. Nama, umur , jantina, kerakyatan, nombor kad pendaftaran negara, nombor pasport dan alamat pemilik;
i. Tarikh sandaran ditebus;
j. Nama, umur, jantina, kerakyatan, nombor kad pendaftaran negara, nombor pasport dan alamat orang yang menebus sandaran itu;
k. Butir-butir insurans; danl. Tarikh dan nombor siri surat pajak gadai yang dikeluarkan.


S: Apakah yang perlu Pengguna / Pemajak  lakukan sebelum meninggalkan kedai PPG?

J: 1. Pengguna/ Pemajak perlu memastikan semua maklumat yang tercetak didalam surat pajak gadai adalah betul dan tepat sebelum meninggalkan kaunter kedai.

    2. Pengguna/ pemajak perlu memeriksa sandaran yang dipajak dengan teliti selepas menebus semula barang tersebut sebelum meninggalkan kedai.

 



S: Adakah Pengguna / Pemajak  boleh membenarkan individu lain untuk menebus semula sandaran yang dipajaknya?

J: Pengguna/ pemajak boleh mewakilkan individu lain untuk menebus sandaran yang dipajak tetapi individu tersebut perlu membawa bersama kad pengenalannya untuk direkod.
Dikemaskini pada 25/03/2010 Jumlah capaian kepada laman ini: 1917
Dikemaskini pada 03/02/2012 Jumlah pelawat ke Portal ini: 2346081
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau
   Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |