![]() |
|
|
|
|
| Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Luar KPKT Bil. 1/2011 |
|
|
|
|
![]() |
|
| klik untuk bantuan QR-KPKT |
|
MENGENAI PELAKSANAAN
KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15
TAHUN DAN LEBIH DALAM SKIM PERKHIDMATAN DAN PERKHIDMATAN SEMASA
S1: Adakah
pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun pada 1 Julai
2009 sahaja yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat secara Khas
Untuk Penyandang (KUP)?
J: Pelaksanaan urusan kenaikan
pangkat secara KUP ini adalah secara berterusan iaitu apabila pegawai
yang layak dipertimbangkan mencapai tempoh 15 tahun berkhidmat di gred
lantikan dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.
S2: Pihak manakah yang akan menguruskan urusan kenaikan pangkat ini bagi pegawai Kumpulan Sokongan perkhidmatan gunasama?
J: KPKT
hanya melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai Kumpulan
Sokongan jawatan tertutup KPKT. Manakala bagi pegawai Kumpulan Sokongan
perkhidmatan gunasama, urusan kenaikan pangkatnya akan diuruskan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperlu
bagi urusan ini akan diselaraskan oleh pihak Kementerian.
Bagi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa serta Jabatan Landskap Negara, urusan kenaikan pangkat ini akan
diuruskan oleh Jabatan masing-masing.
S3: Pihak
manakah yang akan menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai
Kumpulan Sokongan yang telah bersetuju menerima opsyen ke Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen
seterusnya kekal dalam Perkhidmatan Persekutuan?
J: Bagi
pegawai-pegawai yang telah bersetuju menerima opsyen ke PBT, maka pihak
PBT masing-masing yang akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat mereka.
Bagi
pegawai-pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen ke PBT dan kekal
di dalam Perkhidmatan Persekutuan seterusnya bertugas di KPKT, maka KPKT
akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat mereka.
S4: Adakah
pegawai yang sedang berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Jumud layak
dipertimbangkan kenaikan pangkat ini?
J: Ya, pegawai dalam
Skim Perkhidmatan Jumud layak dipertimbangkan kenaikan pangkat secara
KUP setelah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan..
S5: Apakah
syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan?
J: Syarat-syarat
kenaikan pangkat yang ditetapkan adalah seperti berikut :
a) Pegawai yang masih berkhidmat di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama selama 15 tahun dan lebih pada 1 Julai 2009 dan selepasnya bagi tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira, iaitu tidak termasuk tempoh percubaan dengan denda atau cuti yang boleh menjejaskan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009.
b) Memperoleh markah 80% dan ke atas bagi :
|
(i) Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga tahun terkini; atau
(ii) LNPT
tiga (3) tahun terkini termasuk urusan temuduga (jika perlu);
(iii) Lulus
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan;
(iv) Telah
mengisytiharkan harta, bebas daripada sebarang tindakan tatatertib,
lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bebas
daripada senarai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman
pendidikan; dan (v) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan. |
S6: Bagaimanakah
penempatan pegawai yang telah dinaikkan pangkat secara KUP?
J: Pegawai
yang telah dinaikkan pangkat secara KUP boleh ditempatkan semula untuk
mengisi kekosongan hakiki jawatan kenaikan pangkat berkenaan mengikut
keperluan.
| | Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel | |