Khas Bagi Pengguna


pointer Senarai Kursus/Latihan
anjuran BSM

(Feb - Jun 2013)

red pointer Bagi Warga KPKT,
kini aplikasi INTRANET
menggunakan Single
Sign-On (SSO)
. Rujuk
WebMaster


red pointer Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan
Luar Bil 2/2012 bagi
tempoh Julai - Disember
2012 |
SINI
 
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


Anda di sini: Laman Utama > PPP JPN
perkhidmatan

Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) di Bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

blue pointer
Apa itu Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)?
 
lightest blue pointer Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) adalah salah satu Program Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)
lightest blue pointer Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 (2011-2015)
lightest blue pointer Program ini adalah bagi tujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyenggaraan kawasan pemajuan perumahan kos rendah awam ataupun swasta berbilang tingkat
lightest blue pointer Program ini didasarkan kepada geran sepadan, di mana separuh (50%) daripada kos akan disumbang oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan


blue pointer
Siapa yang boleh memohon PPP?
 
lightest blue pointer Pihak pengurusan sesuatu kawasan pemajuan perumahan kos rendah awam ataupun swasta berbilang tingkat adalah layak memohon PPP ini
lightest blue pointer Pihak pengurusan kawasan pemajuan kos rendah awam adalah merujuk kepada Kerajaan Negeri ataupun mana-mana Agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyenggara kawasan pemajuan perumahan kos rendah awam di negeri-negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak
lightest blue pointer Pihak pengurusan kawasan pemajuan perumahan kos rendah swasta adalah merujuk kepada pihak yang mengurus dan menyenggara kawasan pemajuan perumahan kos rendah swasta di seluruh negara kecuali di Kuala Lumpur iaitu:
 i.
Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang ditubuhkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663];
 ii. Perbadanan Pengurusan (MC) yang ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318);
iii.
ejen-ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB)
 
Keutamaan adalah kepada kawasan pemajuan perumahan kos rendah swasta yang telah menubuhkan JMB/MC. Sebarang kelulusan permohonan yang diterima adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Tapisan dan Kelulusan PPP.


blue pointer
Bagaimana dan di mana boleh memohon PPP?
 
lightest blue pointer Permohonan PPP hendaklah dibuat kepada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh dimuat turun dari:
  i.
Portal rasmi KPKT di alamat http://www.kpkt.gov.my; atau
 ii. Portal e-Home JPN di alamat http://ehome.kpkt.gov.my

lightest blue pointer Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit COB di PBT bersama-sama dokumen-dokumen berikut:
  i. Salinan  baki/penyata terkini Akaun Penyenggaraan Bangunan (APB) / Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan (KWPB) / Kumpulan Wang Pengurusan (bagi kawasan pemajuan perumahan swasta);
 ii.
Salinan  baki/penyata terkini Sinking Fund (Kumpulan Wang Penjelas / Akaun Khas) (bagi kawasan pemajuan perumahan swasta);
 iii. Salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa / Agung Tahunan (AGM) / Agung Luar Biasa (EGM) yang menyatakan:
a. persetujuan untuk memohon Program; dan
b. persetujuan untuk menyumbang sebahagian (50%) daripada kos pembaikan
    (bagi kawasan pemajuan perumahan swasta)

iv. Salinan gambar kerosakan; dan
 v. Permohonan Membaiki Kerosakan di bawah Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) (Lampiran 1 dalam Borang Permohonan)


blue pointer
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi KPKT. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
lightest blue pointer Bahagian Penyelarasan COB, JPN di talian 03-2087 4678  / 03-2087 4702; atau
lightest blue pointer melalui email pa_cob@kpkt.gov.my.


Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Januari 2011


Dikemaskini pada 27/01/2011 Jumlah capaian kepada laman ini: 47649
Dikemaskini pada 28/03/2013 Jumlah pelawat ke Portal ini: 8942332
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11
   ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |