Khas Bagi Pengguna


pointer Senarai Kursus/Latihan
anjuran BSM

(Feb - Jun 2013)

red pointer Bagi Warga KPKT,
kini aplikasi INTRANET
menggunakan Single
Sign-On (SSO)
. Rujuk
WebMaster


red pointer Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan
Luar Bil 2/2012 bagi
tempoh Julai - Disember
2012 |
SINI
 
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


Anda di sini: Laman Utama > Mengenai KPKT > Bahagian & Unit di KPKT > Bahagian Kewangan & Perolehan > Klinik Pengurusan Kewangan & Perolehan
perkhidmatan

Pelaksanaan Klinik Pengurusan Kewangan & Perolehan KPKT

blue pointer
Mulai Februari 2011, Bahagian Kewangan & Perolehan (BK&P) akan memperkenalkan Klinik Pengurusan Kewangan Dan Perolehan. Buat permulaan, bidang perkhidmatan yang akan diproses oleh klinik ini adalah berkaitan urusan tuntutan perbatuan yang diproses bayaran oleh BK&P.

blue pointer
Selaras dengan peruntukan di bawah Arahan Perbendaharan/AP 100(a), ”Tuntutan perjalanan.....hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya.”, semua tuntutan yang diterima lewat daripada tarikh tersebut tidak akan diproses. Bagi menghargai usaha kita semua dalam mematuhi AP100(a), BK&P ingin berusaha untuk mempastikan bahawa semua bayaran kepada tuntutan perbatuan dapat dibuat dalam tempoh bulan yang sama tuntutan tersebut diterima dengan sempurna.

blue pointer
Oleh itu, Klinik ini diadakan bagi memberi peluang kepada semua pelanggan BK&P untuk menyemak tuntutan perbatuan masing-masing agar lengkap dan sempurna serta tidak dikuiri, sebelum dikemukakan untuk diproses bayaran, tidak lewat daripada 10hb, setiap bulan. Outcome yang diharapkan daripada Klinik ini adalah supaya semua pelanggan BK&P akan mendapat bayaran bagi tuntutan perbatuan masing-masing dalam bulan yang sama tuntutan tersebut dikemukakan.

blue pointer
Jadual pelaksanaan klinik untuk urusan tuntutan perbatuan adalah dari 1hb hingga 9hb setiap bulan, pada jam 2p etang hingga 4 petang (kecuali pada cuti hujung minggu dan cuti umum).Sekiranya tuntutan perbatuan tidak disemak dalam tempoh Klinik ini berjalan dan didapati tidak lengkap/sempurna, BK&P tidak boleh menjanjikan bayaran akan dapat dibuat dalam tempoh bulan semasa. Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan perbatuan juga mungkin  tidak akan dapat dilayan dengan sempurna di luar tempoh Klinik yang telah ditetapkan.

blue pointer
Operasi klinik ini adalah di Bilik Mesyuarat, BK&P, Blok K, Tingkat 3, Pusat Bandar Damansara. BK&P akan melayan pelanggan Klinik berdasarkan “Siapa Datang Dahulu Didahulukan”. Senarai semak tuntutan perbatuan yang lengkap adalah seperti di Kembaran A.
[NOTA: Bagi memudahkan  proses muat turun,  mohon klik kanan pada pautan tersebut, pilih Save Target As ... dan simpan di dalam folder pilihan anda]

blue pointer
Pelaksanaan ‘Trial Run’ bagi klinik ini akan berjalan selama satu bulan untuk tujuan memperhalusi proses kerja dan pada masa yang sama akan mengumpul maklumbalas dari pelanggan untuk tujuan penambahbaikan. Selepas tempoh ini, klinik ini akan diperluaskan ke bidang lain seperti berkaitan gaji dan sebagainya.

blue pointer
Bahagian ini mengalu-alukan dan berharap semua penjawat awam KPKT akan menggunakan klinik ini.


Dikemaskini pada 14/02/2011 Jumlah capaian kepada laman ini: 34109
Dikemaskini pada 28/03/2013 Jumlah pelawat ke Portal ini: 8939189
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11
   ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |