![]() |
|
|
|
|
| Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Luar KPKT Bil. 1/2011 |
|
|
|
|
![]() |
|
| klik untuk bantuan QR-KPKT |
|
|
Secara umunnya logo Korporat KPKT mencerminkan kedudukan KPKT sebagai agensi unggul ke arah menggapai visi mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan bagi semua lapisan masyarakat. Logo Korporat KPKT merupakan rangkaian jaringan hasil dari pembentukan segi empat dan segi tiga secara simetri yang mencerminkan misi KPKT dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda petempatan manusia. Kepelbagaian program menerusi rangkaian jaringan mewakili program-program utama iaitu seperti berikut :
i. Pembangunan perumahan; |
| Garisan |
|
Garisan yang membentuk segi empat dan segi tiga anak panah sebagai jaringan utama logo melambangkan kedudukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai sebuah agensi induk dalam menyelaraskan pelbagai program agensi di bawahnya ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisyen, tepat dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. |
| Rumah |
|
Pembentukan 3 entiti berbentuk rumah di dalam jaringan segi empat menggambarkan rangkaian perkhidmatan yang diberikan dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Ianya meliputi pelaksanaan program-program yang menjurus kepada:
i. Penyediaan kemudahan masyarakat yang kondusif; |
| Warna BIRU |
| Segi empat berwarna biru mencerminkan keikhlasan dan keluhuran setiap penjawat KPKT dalam menyalurkan perkhidmatan kepada setiap pelanggan dan lapisan masyarakat. Ia juga mencerminkan pelaksanaan perancangan menerusi sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar. |
| Warna HIJAU |
|
Jaringan rumah berwarna hijau mencerminkan kestabilan perkhidmatan yang mengambilkira perlindungan habitat untuk memastikan perbandaran yang bermutu, tersusun serta memenuhi keperluan rakyat. Ia juga melibatkan penjagaan persekitaran dan riadah menerusi pembangunan lanskap, taman dan rekreasi yang berkualiti. |
| Warna KUNING |
|
Jaringan rumah berwarna kuning menggambarkan semangat serta optimis berhubung dengan iltizam menyediakan perkhidmatan pembangunan perumahan yang sempurna dan selesa untuk setiap lapisan masyarakat menerusi perkhidmatan yang berkualiti. |
| Warna MERAH |
|
Jaringan rumah berwarna merah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan menjamin keselamatan nyawa, harta benda dan mewujudkan persekitaran yang sihat dan kondusif. |
| Slogan |
| Pembentukan segi tiga anak panah juga mencerminkan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Akronim KPKT bagi maksud logo Korporat KPKT adalah “Ke arah Peningkatan Kualiti Tertinggi”. |
| Latar Belakang Pencipta Logo |
|
|
|
| | Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel | |