Khas Bagi Pengguna


pointer Senarai Kursus/Latihan
anjuran BSM

(Feb - Jun 2013)

red pointer Bagi Warga KPKT,
kini aplikasi INTRANET
menggunakan Single
Sign-On (SSO)
. Rujuk
WebMaster


red pointer Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan
Luar Bil 2/2012 bagi
tempoh Julai - Disember
2012 |
SINI
 
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


Anda di sini: Laman Utama > Program KPKT > Bomba Sukarela

PROGRAM BOMBA SUKARELA

 

  Pengenalan
Mengikut senarai 1 jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan pindaan 1976, pencegahan dan pemadaman kebakaran termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, Balai Bomba dibina dari semasa ke semasa di tempat-tempat strategik oleh kerajaan bagi memenuhi tanggungjawab ini. Walaupun demikian usaha ini masih belum dapat menampung keperluan yang menyeluruh khususnya di bandar-bandar kecil dan penempatan di luar bandar, fenomena ini dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa dekad lagi. Salah satu langkah yang telah dan sedang diambil bagi tujuan mengisi kekosongan ini adalah dengan memperkenalkan dan menggerakkan penubuhan pasukan bomba Sukarela di seluruh Negara. Petikan pada 14.65 Rancangan Malaysia Ketujuh berbunyi, " Pasukan Sukarelawan Bomba akan ditubuhkan dalam masyarakat dan mereka akan diberikan latihan dalam pemadaman dan pencegah kebakaran ". Tujuannya adalah untuk memastikan pasukan sukarelawan yang terlatih boleh diambil tindakan serta merta untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.
   
  Penubuhan Pasukan
Pasukan Bomba Sukarela adalah  merupakan pasukan bukan sepenuh masa  yang ditubuhkan secara sukarela oleh masyarakat setempat. Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela mula diberi perhatian  pada tahun 1987 . Pasukan Bomba Sukarela adalah  sesuai ditubuhkan  di kawasan-kawasan yang terpencil  yang belum mempunyai balai bomba bagi memberi perlindungan kebakaran.
   
  Objektif Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela
i.
Objektif bantuan awal menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan.
ii.
Membantu penjagaan dan pemeriksaan pili bomba.
iii.
Membantu memberikan khidmat kemanusiaan.
   
  Bentuk Bantuan
Pasukan Bomba Sukarela yang telah ditubuhkan dan didapati aktif diberi bantuan latihan dan peralatan kebombaan. Antara peralatan kebombaan yang diberi adalah merupakan kenderaan bomba, pam angkut, jaket api, kasut api dan lain-lain aksesori kebombaan yang berkaitan.
 
  Program Pasukan Bomba Sukarela
Pelbagai program dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kebombaan Pasukan Bomba Sukarela baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Antara program-program yang diadakan adalah seperti konvensyen, seminar, pertandingan kawad kecekapan, lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Pada umumnya, penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah amat penting bukan sahaja dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia bahkan usaha ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat setempat dalam menghadapi kecemasan khususnya kebakaran

 
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Lebuh Wawasan,
PRESINT 7,
62250 Putrajaya.
Tel         : 603-8888 0036/37/38/40
Faks         : 603-8888 0025
Emel         : korporat@bomba.gov.my
Laman web    : www.bomba.gov.my

 

 

Dikemaskini pada 09/04/2012 Jumlah capaian kepada laman ini: 29840
Dikemaskini pada 28/03/2013 Jumlah pelawat ke Portal ini: 8945043
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11
   ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |