|
Latarbelakang
|
|
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
|
|
Visi
|
Mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia selaras dengan Wawasan Negara.
|
|
Misi
|
Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
|
|
Dasar Q
|
Kami komited terhadap memangkin kecemerlangan perancangan pembangunan dan perkhidmatan ke arah mewujudkan petempatan manusia yang berkualiti.
|
|
Matlamat
|
|
Bagi merealisasikan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.
|
|
Objektif
|
|
Kementerian mempunyai lima (5) objektif untuk mencapai matlamat di atas.
-
MEWUJUDKAN dan melaksanakan perancangan yang setara untuk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan-kawasan bandar dan luarbandar.
-
MENGGALAK, memaju dan membimbing Pihakberkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bandaran yang bermutu tinggi dan juga kemudahan-kemudahan sosial, rekreasi serta peluang-peluang ekonomi yang seimbang.
-
MEMASTIKAN kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial dan rekreasi.
-
MEMASTIKAN keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran dan ancaman dari bahan-bahan berbahaya, penyelamatan semasa kecemasan yang cekap dan berkesan serta peningkatan pengetahuan orang awam terhadap bahaya kebakaran dan pencegahannya.
-
MEWUJUDKAN pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang berkualiti secara menyeluruh di seluruh negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.
|
|
Fungsi
|
|
|
Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan.
|
|
|
Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang.
|
|
|
Memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda.
|
|
|
Menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. |
|
|
Menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan.
|
|
|
Menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
|
|
|
Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.
|
|
|
Piagam Pelanggan
|
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan ini adalah komited untuk merancang, menyelaras dan menyediakan petempatan manusia yang mampan dan lebih sempurna, lengkap dengan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan sosial dan rekreasi di samping mencipta peluang-peluang ekonomi kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan:
| 1. |
Menguatkuasakan dan melaksanakan Akta dan Perundangan Subsidiari di bawahnya dengan efisien seperti berikut :
|
| |
a. |
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);
|
| |
b. |
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
|
| |
c. |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
|
| |
d. |
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133);
|
| |
e. |
Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
|
| |
f. |
Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538);
|
| |
g. |
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341);
|
| |
h. |
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672);
|
| |
i. |
Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (kta 673 );
|
| |
j. |
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400); dan
|
| |
k. |
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 ( Akta 81 )
|
| 2. |
Menggubal dan melaksanakan dasar, strategi dan tadbir urus program berkaitan peranan dan tanggungjawab KPKT ini sesuai dengan matlamat dasar-dasar pembangunan sosial.
|
| 3. |
Merancang dan mengawal selia pembangunan perumahan yang berkualiti dan teratur bagi mewujudkan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
|
| 4. |
Memberikan perkhidmatan yang adil, mudah, murah dan cepat kepada pihak yang menghadapi masalah berkaitan dengan tuntutan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).
|
| 5. |
Merancang dan memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan secara telus mengikut jadual dan nilai pulangan terbaik (best value for money) serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
|
| 6. |
Membantu dan meningkatkan tadbir urus PBT dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan selamat bagi memenuhi keperluan penduduk serta pembangunan perniagaan yang seimbang.
|
| 7. |
Memastikan keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang cekap dan berkesan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan kebakaran.
|
| 8. |
Mewujudkan dan memastikan perancangan guna tanah untuk pembangunan fizikal yang mampan berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
|
| 9. |
Memastikan pemuliharaan dan pembangunan landskap, taman awam dan kemudahan rekreasi yang berkualiti dan menyeluruh bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.
|
| 10. |
Memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dibekalkan berada di tahap yang tinggi manakala kemudahan pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan dan pengoperasian dibina dengan teknologi mesra alam dan kos efektif.
|
| 11. |
Merancang, menyedia dan mengawal selia infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
|
| 12. |
Mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai peminjam.
|
| 13. |
Mengawal selia aktiviti pemegang pajak gadai melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai pemajak.
|
|
| |
|
Senarai Menteri Terdahulu
|
| Menteri |
Dari |
Hingga |
Y.B. Dato' Seri Chor Chee Heung
|
7 Jun 2010
|
Semasa
|
| Y.B. Dato' Seri Kong Cho Ha |
10 April 2009 |
4 Jun 2010 |
| Y.B. Dato' Seri Ong Ka Chuan |
18 Mac 2008 |
9 April 2009 |
| Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Ting |
15 Disember 1999
|
17 Mac 2008 |
| Y.B. Dato’ Dr. Ting Chew Peh |
27 Oktober 1990 |
14 Disember 1999 |
| Y.B. Dato’ Lee Kim Sai |
14 Ogos 1989 |
26 Oktober 1990 |
| Y.B. Dato’ Ng Cheng Kiat |
27 Oktober 1986 |
13 Jun 1989 |
| Y.B. Dato’ Chan Siang Sun |
7 Januari 1986 |
10 Ogos 1986 |
| Y.B. Dato’ Dr. Neo Yee Pan |
15 September 1979 |
15 Ogos 1985 |
| Tuan Hj. Hasan Adli b. Hj. Arshad |
5 Mac 1976 |
27 Julai 1978 * |
| Y.B. Michael Chen Wing Sum |
9 April 1974 |
1 November 1975 * |
| Y.B. Dato’ Ong Kee Hui |
9 Februari 1971 |
4 Mac 1976 * |
| Mr. Khaw Kai Boh |
2 Mei 1964 |
3 Jun 1969 |
|
|
* Fungsi Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibahagikan kepada dua Kementerian yang berasingan.
|