![]() |
|
|
|
|
| Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Luar KPKT Bil. 1/2011 |
|
|
|
|
![]() |
|
| klik untuk bantuan QR-KPKT |
|
| INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN |
| Makluman Terkini |
Pahang mulai 1 Oktober 2011 | klik bagi maklumat lanjut | video pengenalan ILPKT (27.3MB) | |
| Latar Belakang |
|
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan status adalah setaraf dengan Jabatan/bahagian di Kementerian. Penubuhan Institut ini telah dipersetujui oleh Kerajaan pada Januari 2008 dengan cadangan penempatan 10 orang kakitangan Pasukan Teras. |
|
|
Pada masa ini Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai lapan orang kakitangan iaitu tiga orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lima orang kakitangan sokongan. |
|
|
Secara amnya, core business Institut ialah menyediakan latihan kepada Pegawai/Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala dalam jangka masa panjang, Institut akan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat, Pusat Rujukan (referral center) dan Khidmat Nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (dalam bidang teknologi, perkembangan produk dan perkhidmatan, pengubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan program / projek). |
|
|
Pelanggan utama Institut ialah semua anggota kerja Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala pelanggan sokongan ialah jabatan teknikal yang terlibat secara langsung dalam pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Pertubuhan Profesional (seperti Jururancang Bandar, Akitek, Jurutera, Akitek Landskap dan lain-lain), Pertubuhan Bukan Kerajaan, pemaju perumahan dan semua badan yang terlibat dalam pembangunan penempatan manusia dan perumahan. |
|
| ke atas | |
| Tujuan Penubuhan |
| Penubuhan Institut ini bertujuan untuk: |
|
Memberi kefahaman terhadap dasar-dasar semasa kerajaan yang secara langsung menyentuh pembangunan penempatan manusia dan kerajaan tempatan seperti Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan lain-lain. |
|
|
Memberi kefahaman terhadap undang-undang dan kaedah penguatkuasaan akta dan garis panduan yang berkait dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut: |
| Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). | ||
| Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). | ||
| Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1984 (Akta 133). | ||
| Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663). | ||
| Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. | ||
| Garis panduan Perancangan Bandar, Landskap dan Perumahan. |
|
| ke atas | |
| Visi |
| |
Pusat Kecemerlangan dalam Bidang Latihan, Rujukan dan Khidmat Nasihat bagi aspek Perancangan Fizikal, Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar yang mampan bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembangunan penempatan manusia yang memenuhi sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. |
|
| ke atas | |
| Misi |
| |
Membangunkan modul dan melaksanakan program latihan bersistematik ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti selaras dengan wawasan negara. |
|
Berperanan sebagai pakar rujuk dan khidmat nasihat dalam bidang perbandaran, perumahan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta Pengurusan Kerajaan Tempatan. |
|
|
Menyelaras dan mengendalikan taklimat mengenai Akta, Undang-undang kecil dan Peraturan-peraturan serta Dasar/Polisi semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. |
|
|
| ke atas | |
| Matlamat |
|
Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam aspek pentadbiran, pengurusan, perancangan, perbandaran dan penempatan manusia. |
|
| ke atas | |
| Objektif |
| |
Melaksanakan latihan dalam semua aspek berkaitan Kerajaan Tempatan, perancangan dan penempatan manusia kepada anggota Pihak Berkuasa Tempatan. |
|
Mewujudkan pusat rujukan yang responsif bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. |
|
|
Menyediakan khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dari segi teknologi, bahan/produk, program dan projek untuk pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. |
|
|
| ke atas | |
| Fungsi |
| |
Melaksanakan latihan mengenai penempatan manusia, persekitaran dan kualiti hidup, perancangan dan pengurusan bandar serta perkhidmatan perbandaran melalui kajian ke atas demografi, migrasi, sosio budaya, ekonomi, pembangunan teknologi, pengurusan, perubahan teknologi dan perkembangan semasa pentadbiran negara. |
|
Menyediakan kertas-kertas makluman untuk dibentangkan di peringkat kebangsaan dan persidangan antarabangsa dalam menangani isu-isu berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan. |
|
|
Membantu mengenalpasti isu dan masalah semasa dalam konteks perbandaran negara dan seterusnya memperakukan kaedah perancangan dan cadangan dasar. |
|
|
Menawarkan khidmat nasihat dan pakar runding bagi penggubalan dasar, perancangan dan strategi pelaksanaan program dan aktiviti dalam sektor berkaitan. |
|
|
Melaksanakan program latihan kepada semua peringkat personel dalam sektor berkaitan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan pentadbiran. |
|
|
Menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. |
|
|
Menyalurkan maklumat terkini berhubung dengan perubahan dasar dari semasa ke semasa. |
|
|
Menggubal kurikulum, merancang, melaksana, menyediakan garis panduan pelaksanaan kursus dan laporan penilaian kursus yang berkaitan. |
|
|
| ke atas | |
| Piagam Pelanggan |
|
Menyedia dan mengedar kalendar latihan tahunan pada minggu pertama bulan Disember bagi program latihan untuk tahun berikutnya. |
|
|
Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta yang dipilih sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh kursus bermula. |
|
|
Melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) program latihan setiap bulan. |
|
|
Memastikan perkhidmatan sokongan seperti makan, dewan kuliah dan tempat kursus mendapat skor purata tidak kurang daripada skala 4.0 berdasarkan borang penilaian kursus yang disediakan. |
|
|
Memastikan maklumbalas pertanyaan mengenai kursus dan latihan dalam tempoh tidak lewat dari satu (1) hari bekerja. |
|
| Memastikan maklumbalas aduan mengenai kursus dan latihan dalam tempoh tidak lewat dari satu (1) hari bekerja. |
|
| ke atas | |
| Strategi Tindakan |
|
Merangka dan menggunapakai kurikulum yang relevan dan terkini. |
|
|
Menggembeleng tenaga profesional yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing untuk diambil sebagai Pakar Rujuk, Pensyarah dan fasilitator. |
|
|
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi penerbitan ilmiah berbentuk jurnal / amalan terbaik / metodologi penyelidikan. |
|
|
Mewujudkan kerjasama dengan jaringan institusi-institusi latihan yang sedia ada dari sektor-sektor kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan serta pihak-pihak dari universiti. |
|
|
Jalinan rangkaian kerjasama di peringkat antarabangsa antara Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan serta syarikat-syarikat dan pertubuhan dari luar negara khususnya dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal, Perancangan, Landskap dan Perumahan. |
|
|
Menganjur dan mengendalikan kursus-kursus secara maya (Virtual Courses). |
|
|
| ke atas | |
| Organisasi Pentadbiran ILKPKT |
|
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan diketuai oleh Pengarah (Gred M54 Terbuka). Beliau dibantu oleh seorang Pendaftar (Gred M48). Secara amnya institut mengandungi 6 Pusat pengajian iaitu : |
| Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi | |
| Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal | |
| Pusat Pengajian Perumahan | |
| Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan | |
| Pusat Pengajian Pengurusan Landskap | |
| Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan |
|
Setiap Pusat pengajian ini akan diketuai oleh seorang Pegawai Pengurusan Profesional Gred 48 yang mempunyai kelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan. |
| 1. | Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi |
|
Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi merupakan pusat pengajian yang penting kerana salah satu fungsi mandatori Pihak Berkuasa Tempatan adalah perancangan dan pembangunan bandar. Pusat ini akan memberi peluang kepada pegawai kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai proses, prosedur dan tatacara perancangan bandar dalam pentadbiran harian Pihak Berkuasa Tempatan. Secara amnya, pusat ini akan mengendalikan: |
| Pengurusan Dan Pelaksanaan Pusat Sehenti. | ||
| Amalan dan prosedur Permohonan Kebenaran Merancang. | ||
| Certificate of Completion and Compliance. | ||
| Pengurusan Pembangunan Bandar. | ||
| Forward Planning. | ||
|
Rancangan Pemajuan (Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas). |
||
| Kawalan Pembangunan. | ||
| Bandar Selamat. | ||
| Rancangan Pembangunan dan Penempatan Kampung Tradisional. | ||
| 2. | Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal |
|
Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal memainkan peranan yang penting kerana negara berhadapan dengan masalah pengurusan sisa pepejal yang kritikal akibat dari pertambahan isipadu, kekurangan tempat pelupusan dan kesan kepada alam sekitar. Oleh yang demikian, pusat ini akan memberi penekanan kepada bidang-bidang berikut: |
| Kursus Pengurusan Sisa Pepejal. | ||
| Undang-undang Sisa Pepejal. | ||
| Pengurusan Operasi. | ||
| Pengurusan Alam Sekitar. | ||
| Pengurusan Kebersihan dan Kesihatan Awam. | ||
| Program Kitar Semula (3R). | ||
| Teknologi Sisa Pepejal. | ||
| 3. | Pusat Pengajian Perumahan |
|
Pusat ini akan bertanggungjawab menyediakan program-program latihan mengenai perkara-perkara berikut: |
| Dasar Perumahan Negara. | ||
| Pengurusan Setinggan. | ||
| Industrialised Building System. | ||
| Kawalan Bangunan. | ||
| Commisioner of Building. | ||
| 4. |
Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan |
|
Pusat ini bertangungjawab untuk menyediakan program latihan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berhubung dengan perkara-perkara berikut: |
|
Pengurusan Projek Kecil. |
||
| Siasatan dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan. | ||
| Pengurusan Aset. | ||
| Pengurusan Pemajuan Hartanah. | ||
| Pengurusan Kewangan. | ||
| Penyelenggaraan Bangunan. | ||
| Urban Governance. | ||
| Key Performance Indicator. | ||
| 5. |
Pusat Pengajian Pengurusan Landskap |
|
Selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara taman, pusat pengajian ini memainkan peranan yang penting bagi menyediakan latihan kepakaran dalam bidang landskap dan senitaman. Secara amnya, pusat pengajian ini akan mengendalikan latihan dalam bidang berikut : |
|
Rekabentuk Landskap. |
||
| Pengurusan Landskap. | ||
| Pengurusan Kontrak. | ||
| Penyelenggaran Taman Awam Dan Landskap. | ||
| 6. | Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan Undang-Undang |
|
Pusat pengajian ini memainkan peranan yang penting kerana Pihak Berkuasa Tempatan seringkali terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kawasan-kawasan di bawah pentadbiran bebas dari kacau ganggu, selamat dan selesa untuk didiami. Sehubungan dengan ini, pusat ini akan mengendalikan kursus kefahaman dalam bidang-bidang seperti berikut: |
|
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). |
||
| Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). | ||
| Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1984 (Akta 133). | ||
| Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663). | ||
| Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400). | ||
| Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81). | ||
| Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. | ||
| Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. | ||
| Lembaga Rayuan. | ||
| Pelbagai Pekeliling, Perundangan dan Garis panduan yang berkaitan. |
|
| ke atas | |
| Senarai Latihan Yang Akan Dianjurkan Sepanjang Tahun 2010 |
Kursus
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
Seminar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
Executive Talk/ Luncheon Talk
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ke atas | |
| Carta Organisasi Pasukan Teras Institut Latihan KPKT |
| Sila klik Carta Organisasi Pasukan Teras Institut Latihan KPKT |
|
| ke atas | |
| Warga Pasukan Teras Institut Latihan KPKT |
| Sila klik Warga Pasukan Teras Institut Latihan KPKT. |
|
| ke atas | |
| Alamat Surat-Menyurat |
|
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
|
| ke atas | |
| | Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel | |