Khas Bagi Pengguna


portal bertaraf 5-Bintang

light blue pointer Kaji Selidik Kepuasan
Pelanggan Luar
KPKT Bil. 1/2011

kod QR KPKT
light purple pointer klik untuk bantuan
QR-KPKT
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan  MerdekaRaya     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


Anda di sini: Laman Utama > Mengenai KPKT > Bahagian & Unit di KPKT > Bahagian Undang - undang


Bhg/Unit di KPKT


BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |



Visi

Menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.


| ke atas |



Misi
Menjadi Bahagian yang :
pointer_blue

Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam  memberi nasihat perundangan; dan

pointer_blue

Mampu membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan  awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.


| ke atas |



Objektif

Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam masa yang ditetapkan.


| ke atas |



Fungsi
pointer_blue

Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang   berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian dan  agensi-agensi di bawahnya.

pointer_blue

Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh  Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

pointer_blue

Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis  perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya  Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan  dilindungi.

pointer_blue

Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang  apabila dikehendaki oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

pointer_blue

Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kementerian dan  agensi-agensi di bawahnya berhasrat untuk mengawal selia dan  menyediakan draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari  mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan  dasar yang dibuat oleh Kementerian  dan mengemukakan draf rang  undang-undang dan perundangan subsidiari kepada Penggubal  Undang-Undang Parlimen untuk  mendapatkan kelulusannya.

pointer_blue

Menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Kementerian dan agensi-agensi  di bawahnya dan memberi nasihat undang-undang mengenai  perkara yang dibincangkan bagi  memastikan apa-apa keputusan dasar  yang dibuat oleh Kementerian adalah menurut undang-undang.

pointer_blue

Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan  yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.

pointer_blue

Mengkaji kertas siasatan bagi memutuskan sama ada sesuatu pertuduhan  perlu dilakukan atau sebaliknya.

pointer_blue

Memberikan arahan dan nasihat kepada agensi penguatkuasaan undang- undang berhubung dengan penyiasatan dan pendakwaan.

pointer_blue

Mengendalikan pendakwaan di Mahkamah.


| ke atas |



Piagam Pelanggan


  1.

Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengambil kira dasar Kerajaan, Kementerian dan kepentingan awam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan  tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta ia tidak memerlukan perbincangan lanjut ;

  2.

Menyediakan dan/atau menyemak draf perjanjian, memorandum persefahaman, garis panduan dan dokumen perundangan yang lain supaya dapat melindungi kepentingan Kerajaan dan teratur dari segi undang-undang dan penggubalan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan  tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta ia tidak memerlukan perbincangan lanjut ;

  3.

Menggubal dan/atau menyemak draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari adalah teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain yang berkuat kuasa dan dasar-dasar Kerajaan dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari bekerja daripada tarikh penerimaan  tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta ia tidak memerlukan perbincangan lanjut ;

  4.

Meneliti Kertas Siasatan dan memberi izin pendakwaan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) ;

  5. Mengendalikan pendakwaan kes-kes di bawah bidang kuasa Kementerian dengan adil dan saksama menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian dengan mengambil kira kepentingan awam dan negara.

| ke atas |



Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Undang-undang.


| ke atas |


 
Alamat Surat - Menyurat
Penasihat Undang-undang
Bahagian Undang-undang
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 19, No. 51, Persiaran Perdana, Persint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.

No. Telefon : 603-8891 5123
No. Fax : 603-8891 3195
e-Mel : perundangan@kpkt.gov.my                                                                                              

| ke atas |

 

Dikemaskini pada 03/02/2012 Jumlah capaian kepada laman ini: 7839
Dikemaskini pada 03/02/2012 Jumlah pelawat ke Portal ini: 2346037
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau
   Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |