Khas Bagi Pengguna


pointer Senarai Kursus/Latihan
anjuran BSM

(Feb - Jun 2013)

red pointer Bagi Warga KPKT,
kini aplikasi INTRANET
menggunakan Single
Sign-On (SSO)
. Rujuk
WebMaster


red pointer Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan
Luar Bil 2/2012 bagi
tempoh Julai - Disember
2012 |
SINI
 
kembali ke asal   tukar ke latar belakang Ceria  tukar ke latar belakang Hijau  tukar ke latar belakang Tenang  tukar ke latar belakang Corak  tukar ke latar belakang Awan  tukar ke latar belakang Kerawang  tukar ke latar belakang Alam  tukar ke latar belakang Diawagan     tukar text ke Merah  tukar text ke Hijau tukar text ke Biru tukar text ke Oren tukar text ke asal   tukar saiz text kecil tukar saiz text ke asal tukar saiz text besar   tukar kontras ke cerah tukar kontras ke asal tukar kontras ke gelap   tukar saiz portal mengecil tukar saiz portal ke asal tukar saiz portal mengembang

 

 

 


Anda di sini: Laman Utama > Mengenai KPKT > Bahagian & Unit di KPKT > Bahagian Sumber Manusia


Bhg/Unit di KPKT


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

| Visi | Misi Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |




Visi

Mewujudkan perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap dan efisien untuk menyumbang ke arah pelaksanaan dan pencapaian program-program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


| ke atas |



Misi
pointer_purple

Merancang keperluan saiz tenaga manusia yang optimum untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

pointer_purple

Melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam yang melibatkan aspek perjawatan, perkhidmatan dan latihan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan bijaksana.

pointer_purple

Membantu menggubal dasar sumber manusia bagi Pihak Berkuasa Tempatan.

pointer_purple

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

pointer_purple

Menguruskan keutuhan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


| ke atas |



Objektif
pointer_purple

Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai tenaga manusia yang mencukupi dan digunakan secara optimum.

pointer_purple

Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  mempunyai tenaga manusia yang berilmu, berdisiplin dan berdedikasi agar program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


| ke atas |



Fungsi
pointer_purple Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
 
pointer_purple

Unit Perancangan Tenaga Manusia dan Pembangunan Organisasi.

 
light_purple

Menyediakan perancangan tenaga manusia yang praktikal selaras dengan dasar pelanjutan umur persaraan wajib dan penyediaan tenaga kerja yang diperlukan dalam mencapai matlamat dasar Wawasan Negara.

light_purple

Memantapkan keperluan jawatan-jawatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang baru setelah menilai keberkesanan penyusunan semula KPKT.

light_purple

Membuat kajian Skim Pekhidmatan yang terpencil bagi menarik lebih ramai tenaga kerja yang cemerlang memasuki perkhidmatan KPKT.Menyediakan Data Perjawatan.

light_purple

Menyelaras dan memantau pelaksanaan sistem HRMIS di Kementerian dan Jabatan dan menilai keberkesanannya.Membuat Perancangan Tenaga Manusia

pointer_purple

Unit Pengurusan Prestasi dan Tatatertib.

 
light_purple

Menguruskan pengiktirafan pegawai menerusi Laporan Penilaian prestasi Tahunan (LNPT); urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan, urusan penganugerahan bintang, pingat dan darjah kebesaran.

light_purple

Menguruskan tatatertib dan pengisytiharan harta pegawai dan kakitangan kementerian. 

light_purple

Menyelaras Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Sekerja Kakitangan Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULE).Menguruskan Kenaikan Pangkat.

light_purple

Mengurus program keutuhan pengurusan peringkat Kementerian dan menyelaras Search Committee.

pointer_purple

Unit Perkhidmatan

 
light_purple

Menguruskan pengambilan pegawai dan kakitangan serta membuat pengisian bagi jawatan-jawatan yang kosong.

light_purple

Menguruskan pengesahan jawatan bagi lantikan baru dan anggota yang memangku.

light_purple

Menyimpan dan mengemaskini buku rekod perkhidmatan serta menguruskan urusan cuti.

light_purple

Mengendalikan urusan persaraan bagi Kementerian dan Jabatan. 

light_purple

Profil Kepegawaian dan Imej Korporat

pointer_purple

Unit Kaunseling dan Hubungan Pekerja.

 
light_purple

Mengaplikasikan psikologi dalam pengurusan dan pembangunan personel.

light_purple

Mengaplikasi penyediaan psikologi dalam Intervensi (Program Pengupayaan Kendiri)

pointer_purple

Cawangan Latihan dan Kompetensi

 
pointer_purple

Unit Pentadbiran dan Khidmat Sokongan

 
light_purple

Mengurus pentadbiran am, pengurusan sumber manusia dan kewangan. Menyelaras pengkomputeran Jabatan/ Bahagian CIO, JPKA, MBJ.

light_purple

Menyelaras penyediaan jawapan Parlimen, maklum balas mesyuarat utama, teguran audit/ BPR. 

light_purple

Menguruskan stor/ inventori/ pelupusan dan hapuskira bagi Bahagian Sumber Manusia.

light_purple

Menyedia dan menyelaras belanjawan bagi Bahagian Sumber Manusia 

pointer_purple

Unit Penilaian Tahap Kompetensi

 
light_purple

Merancang, menyelaras dan melaksanakan Dasar PTK.

light_purple

Merancang dan membangunkan sukatan PTK serta merancang pelaksanaan PTK bagi warga KPKT. 

light_purple

Mengurus data dan maklumat calon PTK serta memantau pengendalian PTK oleh Jabatan/Bahagian.

light_purple

Membantu menyediakan sukatan dan menggubal soalan peperiksaan PTK bagi Jabatan/ Bahagian di KPKT. 

light_purple

Bertindak sebagai penyelaras kepada Lembaga Penilaian Kompetensi KPKT dengan menyediakan kertas pertimbangan untuk Lembaga bersidang

pointer_purple

Unit Pengurusan Peperiksaan Jabatan dan Induksi

 
light_purple

Merancang dan menyelaras Kursus Induksi bagi lantikan baru untuk KPKT dan Jabatan.

light_purple

Melantik penggubal sukatan dan soalan peperiksaan serta membantu menyediakan sukatan dan soalan peperiksaan. 

light_purple

Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan Jabatan serta menyediakan laporan bagi setiap peperiksaan Jabatan.

light_purple

Menjadi urusetia kepada Lembaga Peperiksaan KPKT. 

light_purple

Melatih dan membangunkan tenaga pengajar Kursus induksi melalui kaedah Training of Trainer (TOT).

pointer_purple

Unit Operasi Latihan.

 
light_purple

Menggubal dan melaksana dasar latihan KPKT tidak termasuk Kursus Wajib dan PTK.

light_purple

Mengendali Kursus Latihan dalam perkhidmatan dan Training Need Analysis bagi warga KPKT. 

light_purple

Mengenalpasti pusat latihan dan penilai kursus yang bersesuaian.

light_purple

Menyediakan rekod latihan semua program latihan yang dilaksanakan sepanjang tahun 

light_purple

Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Latihan.Menyediakan laporan suku tahun semua program / latihan yang telah dijalankan dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan KPKT samada anjuran KPKT, pihak swasta, luar negara dan agensi-agensi lain.

light_purple

Menguruskan tawaran / permohonan kursus pegawai dan anggota KPKT anjuran swasta, agensi kerajaan dan luar negara.


| ke atas |



Piagam Pelanggan
   
  1.

Memastikan setiap penjawat awam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghadiri latihan tujuh (7) hari setahun.

  2.

Menyelesaikan kes tatatertib biasa (am) dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan daripada penerimaan lengkap.

  3.

Memproses urusan kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup enam (6) bulan dari tarikh kekosongan jawatan.

  4.

Melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai sekali setahun.

  5.

Menyediakan bantuan ataupun maklum balas kepada aduan mengenai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) tidak lewat tiga (3) hari daripada aduan diterima.

  6.

Mengadakan sesi kaunseling tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas permohonan diterima.

  7.

Melaksanakan pelantikan melalui surat Penurunan Kuasa SPA [ P.U. (B) 496 ] tidak lewat dari enam (6) bulan dari kelulusan diterima.

  8.

Memproses pengesahan pelantikan, pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen yang lengkap dalam tempoh sepuluh (10) hari bagi jawatan gunasama dan limabelas (15) hari bagi jawatan tertutup.

  9.

Memproses permohonan persaraan wajib / pilihan yang lengkap ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan.

| ke atas |



Carta Organisasi
Sila klik Carta Organisasi Cawangan/Unit Bahagian Sumber Manusia

| ke atas |










Alamat Surat - Menyurat
Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 11 & 12, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 603-8891 5174
No. Fax :

603-8891 3492

e-Mel : bhr@kpkt.gov.my                                                                                              

| ke atas |

Dikemaskini pada 03/01/2013 Jumlah capaian kepada laman ini: 59809
Dikemaskini pada 28/03/2013 Jumlah pelawat ke Portal ini: 9756879
| Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan  | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11
   ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel |