![]() |
|
|
|
|
| Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Luar KPKT Bil. 1/2011 |
|
|
|
|
![]() |
|
| klik untuk bantuan QR-KPKT |
|
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
|
||
|
Biodata Ringkas
Dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1955 di Alor Setar, Kedah, Dato' Seri Chor Chee Heung mendapat pendidik awal di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn London dalam jurusan perundangan pada tahun 1975. Pada tahun 1986, beliau telah melanjutkan lagi pelajaran dan telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam Perundangan Perniagaan dari institutsi yang sama. Beliau telah ditauliahkan sebagai Member of Chartered oleh Chartered Institute of Arbitrators pada tahun 1980 dan merupakan peguamcara dan penguambela di Mahkamah Tinggi Malaya dari Tahun 1980 sehingga 1995.
Pada tahun 1990, Dato' Seri Chor Chee Heung telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Alor Setar. Beliau merupakan ahli parti Malaysia Chinese Association (MCA) dan antara jawatan parti yang disandang beliau termasuk Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar Division dari 1993 – 2008, Pengerusi MCA Negeri Kedah dari 2008-2009, Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa dari 2010 hingga sekarang dan Naib Presiden Parti dari 2010 hingga sekarang. Dari segi jawatan dalam pentadbiran Kerajaan pula, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen di Kementerian Pengangkutan, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga Timbalan Menteri Kewangan. Pada tahun 2011, Dato' Seri telah dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dato' Seri Chor Chee Heung telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Cheong Guek Mee dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata
|
| | Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2012 KPKT | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel | |