BM EN 中文 தமிழ்

#ASINGKAN

Pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 SEPTEMBER 2015.

Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

AKTA 672

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawalselia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

PENDEKATAN

Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.

SISTEM KUTIPAN 2 + 1

Sistem kutipan 2 + 1 akan digerakkan bermula 1 SEPTEMBER 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.


ASINGKAN SISA PEPEJAL ANDA DENGAN

3 LANGKAH MUDAH

Langkah 1

Asingkan Mengikut Jenis Yang Telah DiTetapkan.

Langkah 2

Simpan Sementara Dalam Bekas Yang Sesuai.

Langkah 3

Letakkan Di Tepi Tong Pada Hari Kutipan.

KENAPA KITA PERLU MENGASINGKAN SISA PEPEJAL DI PUNCA?

Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula

Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan

Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal

Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa

Jadual
Kutipan

Syarikat konsesi kutipan akan membuat kutipan berdasarkan konsep 2+1.

Sistem kutipan 2 + 1 akan digerakkan bermula 1 SEPTEMBER 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.

SISA BAKI

Kutipan sisa baki akan dilakukan dua kali seminggu.

SISA KITAR SEMULA

Kutipan sisa kitar semula akan dilakukan sekali seminggu.

Muat Turun
Jadual Kutipan

Soalan
lazim

SOALAN LAZIM BERKAITAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA (PENGUATKUASAAN)

 

1. Apakah peruntukan Akta bagi penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca?

 Penguatkuasaan pengasingan sisa di punca adalah tertakluk kepada  Akta Pengurusan sisa pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011.

 

2. Apakah peruntukan Akta bagi penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca?

 Penguatkuasaan pengasingan sisa di punca adalah tertakluk kepada  Akta Pengurusan sisa pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011.

 

3. Apakah peruntukan Akta bagi penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca?

 Penguatkuasaan pengasingan sisa di punca adalah tertakluk kepada  Akta Pengurusan sisa pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011.

 

4. Apakah kesalahan-kesalahan tidak melakukan pengasingan sisa di punca?

Kesalahan – kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan pengasingan sisa di punca ialah apabila pemilik premis didapati tidak melakukan pengasingan sisa kitar semula (sisa kering) dan mencampurkan sisa tersebut dengan sisa baki (sisa kering).

 

5. Apakah kesalahan-kesalahan tidak melakukan pengasingan sisa di punca?

Kesalahan – kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan pengasingan sisa di punca ialah apabila pemilik premis didapati tidak melakukan pengasingan sisa kitar semula (sisa kering) dan mencampurkan sisa tersebut dengan sisa baki (sisa kering).

 

6. Bagaimana tindakan penguatkuasaan dilaksanakan?

Bagi Fasa 1 : 1 Julai sehingga 30 Ogos 2015

  • Setelah semakan dijalankan, sekiranya didapati pengasingan sisa di punca tidak dilaksanakan, anggota penguatkuasa SWCorp akan berjumpa dengan penghuni premis untuk:
  • i. Menasihati penghuni untuk melakukan pengasingan sisa dipunca;
  • ii. Menyerahan surat peringatan mesra dan risalah penerangan pengasingan sisa di punca;
  • iii. Menjelaskan implikasi perundangan sekiranya tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca.

Bagi Fasa 2 : 1 September sehingga 31 Mei 2016

Sekiranya  penghuni premis tidak melakukan pengasingan sisa di punca, anggota penguatkuasa SWCorp akan berjumpa dengan penghuni premis untuk:
i. Menasihati penghuni untuk melakukan pengasingan sisa di punca;
ii. Menyerahan Notis pemberitahuan kesalahan
iii. Menjelaskan implikasi perundangan sekiranya tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca;
Proses menyerahkan notis pemberitahuan akan diulangi sehingga menjelang 1 Jun 2016.

Bagi Fasa 3 : Mulai 1 Jun 2016

Jika didapati terdapat penghuni premis yang tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca, anggota penguatkuasa SWCorp akan menasihati penghuni premis tersebut untuk melakukan pengasingan sisa di punca dan menyerahkan Notis pemberitahuan kesalahan.
Setiap notis kesalahan pemberitahuan kesalahan yang dikeluarkan akan di ambil tindakan perundangan dengan mengkompaun atau pendakwaan kepada penghuni premis tersebut.
Nilai kompaun adalah seperti berikut:

  • i. Kesalahan pertama – RM 50.00
  • ii. Kesalahan kedua – RM 100.00
  • iii. Kesalahan ketiga – RM 500.00
    Setiap kompaun tersebut hendaklah diselesaikan dalam masa 14 hari, tindakan pendakwaan ke mahkamah akan diambil dan denda maksimu RM 1000.00 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

 

HUBUNGI
 KAMI

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN, SILA HUBUNGI SWCORP DI TALIAN-TALIAN BERIKUT:
Talian Indahkan Malaysia        1-800-88-7472
  • KUALA LUMPUR    03 2245 9292
  • PUTRAJAYA    03 8890 5088
  • JOHOR    07 222 6476
  • MELAKA    06 283 8953
  • N. SEMBILAN    06 763 6030
  • PAHANG    09 566 3151
  • KEDAH    04 735 4286
  • PERLIS    04 976 9834

KE ARAH NEGARA BERSIH, INDAH & SEJAHTERA