![]() Laman Web Rasmi
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATANwww.kpkt.gov.my |
|
Skim Sewa untuk Beli (Rent-to-Own, RTO) Program Perumhan Rakyat (PPR) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Ogos 2016.
Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan atau “unbankable”. Buat masa ini, RTO adalah khusus untuk pembelian rumah PPR Gua Musang, Kelantan (1000 unit), PPR Lembah Subang 2, Selangor (1,580 unit), PPR Kampung Hassan, Selangor (300 unit) dan PPR Ladang Siliau, Port Dickson (300 unit) dan mana-mana PPR yang akan di putuskan untuk dijual oleh Kementerian. Inisiatif ini akan membantu bakal pembeli rumah yang berkelayakan terutamanya bakal pembeli dari golongan berpendapatan rendah termasuk penempatan semula setinggan. |