Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Pembangunan

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi Utama | Fungsi Unit - unit | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Semua projek-projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna.

Misi

Merancang, memantau dan menilai semua projek pembangunan dengan menggunakan kaedah yang berkesan.

Objektif
Memastikan pelaksanaan projek pembangunan mengikut masa yang dipersetujui, kos yang ekonomik dan kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan dengan cara:
 
pointer_purple

Merancang bajet dengan lebih efisyen.

pointer_purple

Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar dan mematuhi jadual ditetapkan.

pointer_purple

Menilai projek pembangunan yang siap dilaksanakan bagi mendapatkan hasil dan impak projek.

Fungsi Utama
pointer_purple

Menyelaras bajet pembangunan bagi projek-projek pembangunan KPKT. 

pointer_purple

Menyelaras pemantauan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan KPKT.

pointer_purple

Menyelaras penilaian program / projek pembangunan KPKT.

Fungsi Unit - Unit Di Bawah Bahagian Pembangunan
pointer  red

Unit Projek (1,2 dan 3)

 
pointer  red Menyelaras pemantauan projek pembangunan KPKT bagi Rancangan Pembangunan 5 Tahun.
pointer  red Urus Setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian.
pointer  red Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Persekutuan Peringkat KPKT.
pointer  red Sekretariat Kementerian bagi Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur.
pointer  red Menyelaras sistem maklumat dalam Sistem MyProjek
pointer  red Urus Setia Lawatan Pemantauan Projek oleh Pengurusan Tertinggi KPKT.
pointer  red Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian penilaian keberkesanan dan hasil projek/program pembangunan dengan Kerjasama Jabatan serta agensi pelaksana.
pointer  red Merancang, menyelaras dan menilai pelaksanaan Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) Kementerian.
pointer  red Menilai dan memantau ketersediaan pengoperasian projek pembangunan yang telah siap.
pointer  red Menyemak dan menyelaras maklum balas bagi penemuan serta teguran pengauditan khas Jabatan Audit Negara
 
pointer  red

 Unit Bajet Pembangunan

 
pointer  red

Merancang dan menyelaras penyediaan Bajet Pembangunan :

 
i.  Tahunan
ii.  Rancangan Pembangunan 5 Tahun
pointer  red

Memantau prestasi perbelanjaan pembangunan KPKT.

pointer  red

Menyelaras urusan permohonan Notis Perubahan dan urusan pindah peruntukan

pointer  red

 Unit Khidmat Nasihat Teknikal

 
pointer  red Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pegawai Bahagian terhadap isu dan perkara berbangkit dalam pelaksanaan projek.
pointer  red Menyelaras dan melaksanakan intervensi terhadap isu dan masalah kritikal pelaksanaan projek melibatkan pihak-pihak berkaitan.
pointer  red Menyelaras dan melaksanakan fungsi sekretariat terhadap mekanisme Penilaian Gerbang 0 (GN0) dan Proses Pengurusan Nilai Strategik (VMS) bagi setiap cadangan projek baharu.
pointer  red Mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Fasiliti.
pointer  red Menyelaras dan mengurus setiakan mesyuarat pemantauan projek sebelum ke peringkat Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP)

 

pointer  red

Unit Pentadbiran dan Khidmat Sokongan

 
pointer  red

Menyelaras dan mengawalselia perbelanjaan Mengurus Bahagian.

pointer  red

Menyelaras urusan pentadbiran dan keselamatan pejabat.

pointer  red

Menyelaras pengurusan pentadbiran Bahagian termasuk pengurusan fail dan rekod, kenderaan, keperluan peralatan dan kelengkapan.

pointer  red

Menyelaras pengurusan aset alih dan stor Bahagian.

pointer  red

Menyelaras pengurusan keselamatan Bahagian

pointer  red Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Bahagian.
pointer  red Menyelaras urusan-urusan perkhidmatan dan sumber manusia melibatkan pegawai/kakitangan Bahagian.
Piagam Pelanggan
 
  1.

Mengemukakan permohonan Notis Perubahan (NOC) yang lengkap daripada Jabatan ke Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  2.

Mengemukakan permohonan tanah yang lengkap ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

 

Carta Organisasi
Sila klik Carta Organisasi Bahagian Pembangunan

image

image Alamat Surat - Menyurat
 
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pembangunan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.
 
No. Telefon : 603-8891 5000                                                                                                                                              
No. Faks : 603-8891 5330  

 


Kemaskini pada 2024-01-05 10:57:27 daripada Administrator4

  •  
  • Print
  • Email this page