Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c RAKYAT | WARGA | MYGOVUC 2.0
jata     mei2018
faq hubungi aduan peta laman
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
apec
radio

youtube

facebook

twitter

instagram
 

MALAYSIA TUAN RUMAH WORLD URBAN FORUM 9

Kuala Lumpur, Malaysia akan menjadi tuan rumah sesi Ke-9 World Urban Forum (WUF9) pada tahun 2018 dan merupakan bandar kedua di Asia yang bakal menjadi tuan rumah World Urban Forum selepas Nanjing, China pada tahun 2008.

WUF9 dengan “Implementing the New Urban Agenda” akan berlangsung pada 7 hingga13 Februari 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Latar Belakang

World Urban Forum (WUF) adalah satu forum teknikal bukan perundangan yang diadakan oleh UN Habitat, di bandar yang berbeza setiap dua tahun. Forum ini telah menjadi salah satu acara antarabangsa utama bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran.

Objektif dan kaedah pelaksanaan WUF telah dimulakan semasa sesi pertama forum yang diadakan di Nairobi, Kenya, dari 29 April - 3 Mei 2002. Sesi kedua pula telah berlangsung di Barcelona, Sepanyol, 13-17 September 2004; Ketiga di Vancouver, Kanada, 19-23 Jun 2006; Sesi Keempat di Nanjing, China, 3-6 November 2008; sesi Kelima di Rio de Janeiro, Brazil, 22-26 Mac 2010; sesi Keenam di Naples, Itali, 1-7 September 2012 dan sesi ketujuh di Medellín, Colombia, pada 5-11 April 2014.

Terdapat peningkatan yang ketara kepada jumlah penyertaan WUF pada sesi-sesi yang lalu di mana kira-kira 22,000 peserta dari seluruh dunia telah menyertai yang terakhir iaitu WUF7 di Medellín, Colombia. Forum ini mengumpulkan pelbagai pakar dari setiap sektor perbandaran. Para peserta adalah termasuk dan merangkumi pertubuhan bukan kerajaan, organisasi berasaskan komuniti, profesional, institusi penyelidikan dan akademik, profesional, sektor swasta, institusi pembangunan kewangan, media dan badan-badan antarabangsa yang lain sama ada di peringkat antarabangsa, nasional, serantau dan kerajaan tempatan.

Tujuan utama World Urban Forum adalah:

• Sokongan dan peningkatan kesedaran mengenai pembangunan perbandaran yang mampan
• Pengetahuan kolektif ke atas perbandaran yang mampan melalui debat terbuka, pertukaran pengalaman dan amalan terbaik.
• Koordinasi lanjutan dan kerjasama di dalam dan di antara kawasan-kawasan yang berbeza ke arah kemajuan dan pelaksanaan Agenda Habitat



Untuk maklumat lanjut, layari http://wuf9.org/




 
SUMBER : KPKT

  •  
  • Print
  • Email this page

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000    Faks: 03 -8891 5557
 
Jumlah Pelawat : 8258466 Tarikh Kemaskini : 20-04-2024
Hakcipta Terpelihara @ KPKT
Paparan terbaik skrin beresolusi 1024x768 piksel menggunakan
browser Mozila Firefox atau Chrome versi terkini
Statistik Pelawat
Hari ini
Bulan ini
Jumlah pelawat
Hari IniHari Ini90 Minggu IniMinggu Ini6782 Jumlah PelawatJumlah Pelawat8258466