1. |
Apakah enam (6) langkah segera Program Bandar Selamat yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? |
||
---|---|---|---|
![]() |
|||
2. | Apakah jenis jenayah jalanan yang menjadi tumpuan dalam pelaksanaan enam (6) langkah segera Program Bandar Selamat? | ||
Pelaksananaan enam (6) langkah segera Program Bandar Selamat adalah bertumpu kepada pengurangan jenayah jalanan yang dilaporkan seperti yang berikut: i. Samun berkawan tanpa senjata api ii. Samun tanpa senjata api iii. Curi ragut |
|||
3. | Apakah konsep Reka Bentuk Bandar Selamat atau Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)? | ||
Konsep CPTED adalah berdasarkan kepada idea bahawa ‘reka bentuk persekitaran fizikal terperinci secara efektif boleh mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan kesalahan serta mengurangkan perasaan takut berlakunya jenayah dan insiden jenayah di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan’. | |||
4. | Siapakah pengguna CPTED? | ||
![]() |
Orang Awam | ||
Orang awam adalah pengguna dan klien utama dalam mereka bentuk reruang. Maklum balas penduduk mengenai isu jenayah boleh dijadikan asas reka bentuk persekitaran. | |||
![]() |
Pereka Bentuk (Perancang bandar, Arkitek, Arkitek Landskap, Jurutera, Juruukur, Pereka bentuk hiasan dalaman) | ||
Semua pereka bentuk merujuk kepada Panduan Pelaksanaan CPTED semasa mereka bentuk pelan susun atur atau bangunan bagi semua jenis pembangunan. | |||
![]() |
Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan Agensi Kerajaan | ||
PBN, PBT, PBPT dan agensi kerajaan berkaitan memainkan peranan yang penting untuk memastikan pelaksanaan konsep CPTED terutamanya di dalam proses kebenaran merancang dan pelan bangunan serta memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat melalui CPTED. | |||
![]() |
Polis DiRaja Malaysia(PDRM) | ||
PDRM memainkan peranan yang amat penting dan menjadi penasihat untuk mereka bentuk susun atur pembangunan yang mencegah berlakunya jenayah. | |||
![]() |
Agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) | ||
Agensi atau pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mengguna pakai konsep CPTED bagi merancang dan menggerakkan aktiviti yang boleh mengurangkan jenayah seperti pendidikan dan kesedaran awam, penubuhan rukun tetangga dan sebagainya. |
|||
![]() |
Pihak Pemaju | ||
Pemaju berperanan untuk menerapkan konsep CPTED di dalam semua jenis pembangunan. | |||
5. | Apakah kesan pengaplikasian konsep CPTED? | ||
Konsep CPTED telah diguna pakai dalam perancangan bandar-bandar di luar negara seperti New York, Glasgow, Adelaide, Melbourne, Seoul, Singapura dan lain-lain. Kajian membuktikan CPTED berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah seperti berikut: |
|||
i | Pengurangan kerugian ke atas peniaga runcit sebanyak 50% bagi jenayah kecurian dan 65% bagi jenayah samun; | ||
ii | Pengurangan yang mendadak ke atas penjualan dadah, jenayah pecah rumah dan lain-lain jenayah di antara 15 -100% di dalam komuniti tertentu di Amerika Syarikat dan Kanada; | ||
iii | Mengurangkan jenayah pencabulan di kalangan pelajar sekolah; | ||
iv | Meningkatkan faedah, produktiviti dan kualiti hidup komuniti; dan | ||
v | Menjimatkan kos dan sumber melalui reka bentuk secara efisien dengan melaksanakan strategi semulajadi berbanding dengan strategi pengurusan dan mekanikal | ||
(Sumber: Sinclair Knight Merz, Nusajaya Security Training 2008). | |||
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Unit Khas NKRA Bandar Selamat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur No. Telefon : 603-2698 9211 No. Faksimile : 603-2698 6642 |
|||