1. | Apa itu Program TP1M? | |
Program membaikpulih/menyelenggara rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah swasta. | ||
2. | Siapa yang layak memohon? | |
Pihak pengurusan perumahan (JMB/MC) atau persatuan penduduk yang berdaftar bagi rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah swasta. | ||
3. | Berapakah harga rumah bagi kategori rumah kos rendah dan sederhana rendah yang dipertimbangkan? | |
Harga Belian asal daripada pemaju seperti di dalam perjanjian jual beli (S&P) adalah seperti berikut: | ||
i. | Bagi kategori rumah kos rendah swasta: RM42,000.00 ke bawah (bagi Negeri Sarawak : RM59,000.00 ke bawah); | |
ii. | Bagi kategori rumah kos sederhana rendah swasta : RM42,001.00 sehingga RM80,000.00 (bagi Negeri Sarawak : RM80,000.00 sehingga RM100,000.00). | |
4. | Apakah kerja pembaikan yang boleh dipohon? | |
Skop kerja yang boleh dipohon adalah seperti berikut: | ||
i. | Penyelenggaraan atau baik pulih lif | |
ii. | Penyelenggaraan Tangga | |
iii. | Penyelenggaraan Bumbung | |
iv. | Mengecat Bangunan | |
v. | Membaiki tangki air dan sistem retikulasi | |
vi. | Penyelenggaraan paip sanitari | |
vii. | Pendawaian semula | |
viii. | Membaiki kerosakan umum yang membahayakan penghuni | |
ix | Kerosakan-kerosakan lain yang diputuskan wajar diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tabung | |
x. | Kerosakan am yang melibatkan harta bersama (common property) | |
5. | Adakah kos pembaikan ditampung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan? | |
Tidak, Kerajaan Persekutuan hanya menampung 90% daripada kos projek rumah berstrata kos rendah dan 10% ditampung oleh JMB/MC/Persatuan Penduduk. Manakala Kerajaan Persekutuan membiayai sebanyak 70% daripada kos projek rumah berstrata kos sederhana rendah dan baki 30% akan ditampung oleh JMB/MC/Persatuan Penduduk. | ||
6. | Apakah syarat-syarat lain untuk permohonan TP1M? | |
Syarat-syarat lain adalah seperti berikut: | ||
i. | Perumahan yang diduduki kurang dari 10 tahun tidak layak memohon. | |
ii. | Hanya kerja penyelenggaraan dengan kos RM50,000 ke atas sahaja akan dipertimbangkan. | |
iii. | Permohonan adalah terbuka kepada JMB/MC/PP yang mempunyai dana untuk memenuhi kadar sumbangan yang ditetapkan. | |
iv. | Sumbangan daripada JMB/MC/Persatuan Penduduk (10% atau 30%) perlu diperolehi sepenuhnya sebelum projek dilaksanakan (sumbangan hendaklah daripada akaun JMB/MC/Persatuan Penduduk). | |
7. | Siapakah yang akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan? | |
Kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Agensi Pelaksana (SUK/PPPN/PBT) mengikut proses perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa. | ||
8. | Di manakah borang permohonan boleh diperolehi? | |
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web www.kpkt.gov.my. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan daripada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan bagi Sabah/Sarawak boleh diperolehi di Pejabat Pengerusi di PBT. | ||
9. | Bilakah permohonan boleh dibuat? | |
Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun dan boring perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan bagi Sabah/Sarawak boleh diperolehi di Pejabat Pengerusi di PBT. | ||
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: No. Telefon : 03-8891 4338 |
||