|
| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |
|
|
Memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perolehan yang cemerlang sebagai pemangkin visi Kementerian ke arah mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan.
|
|
| Komited dalam memberikan perkhidmatan pengurusan Kewangan dan Perolehan yang bertunjangkan integriti dan akauntabiliti melalui perancangan belanjawan dan perolehan yang inklusif. |
|
 |
Merancang semua aktiviti Kewangan dan Perolehan berdasarkan peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa; |
 |
Mengawal selia belanjawan tahunan, Prestasi perbelanjaan, mengurus terimaan hasil dan menyelaras pelaksanaan perolehan berdasarkan perancangan; |
 |
Menambah baik sebarang bentuk ketakakuran dan ketakaturan terhadap peraturan kewangan yang berkaitan. |
|
|
| 1. |
Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab utama dan memaklumkan agihan peruntukan kepada Pusat Kos dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima. |
| 2. |
Mengeluarkan Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
| 3. |
Memproses Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
| 4. |
Memproses semua bil/ tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
| 5. |
Mengeluarkan resit rasmi pada tarikh yang sama setiap terimaan yang diuruskan. |
| 6. |
Memproses semua permohonan pembelian terus dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima. |
| 7. |
Memproses semua permohonan perolehan secara sebut harga dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima. |
| 8. |
Memproses semua permohonan perolehan secara tender dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima. |
| 9. |
Mengurus permohonan mendapatkan keizinan membuat perolehan Kementerian selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP168) dan AP168A. |
| 10. |
Memproses dokumen perubahan gaji mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara/ Bahagian Akaun. |
|

Alamat Surat - Menyurat |
|
Bahagian Kewangan dan Perolehan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 14, No.51,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
|
|
Kemaskini pada 2024-07-10 12:23:56 daripada Administrator